Bismillahirrahmanirrahim

Tuesday, October 25, 2011

Filipina serang MILF


MANILA 24 Okt. - Tentera udara Filipina hari ini melancarkan serangan udara ke atas sekumpulan pemberontak Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang didakwa membunuh 35 orang dalam beberapa serangan di selatan negara ini sejak minggu lalu.

Dua pesawat penyerang OV-10 mengebom sebuah kampung terpencil di pinggir bandar Payao, Pulau Mindanao, di mana pemberontak MILF berkubu sejak minggu lepas, kata jurucakap tentera, Mejar Harold Cabunoc.

"Pengeboman bermula pada 11.30 pagi ini ke atas kira-kira 100 pemberontak bersenjata yang berlindung di dalam kubu dan parit," katanya.

Belum ada laporan mengenai kemalangan jiwa dalam pengeboman itu tetapi tentera berkata, kira-kira 3,000 orang awam sudah pun meninggalkan kawasan itu pada minggu lepas.

Jurucakap tentera bagi wilayah Barat Mindanao, Leftenan Kolonel Randolf Cabangbang pula berkata, serangan udara itu ditujukan kepada kedudukan pemberontak diketuai oleh tiga komander MILF yang diburu iaitu Wanning Abdusalam, Putot dan Ogis Jakarta serta sebilangan pengikut mereka yang bersenjata.

Katanya, pengeboman tertumpu kepada kem pemberontak di kampung Labatan, pinggir Payao.

Askar Briged Tentera ke-102 yang diketuai oleh Kolonel Santiago Baluyot semakin menghampiri kem berkubu itu.

Penduduk kampung Labatan sebelum ini mencapai kata sepakat untuk meminta bantuan tentera mengusir pemberontak daripada mendirikan kem di kampung mereka. - AFP/Bernama

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal