Bismillahirrahmanirrahim

Monday, October 24, 2011

MILF didakwa bunuh lima pekerja ladang


ZAMBOANGA: Tentera Filipina semalam menuduh Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) membunuh lima pekerja ladang getah dalam satu keganasan terbaru di wilayah berkenaan.

Bagaimanapun, belum ada kumpulan mengaku bertanggungjawab dalam serangan awal pagi di Pulau Basilan itu, beberapa hari selepas MILF melancarkan serangan yang menyebabkan 27 pegawai kerajaan terbunuh. 

Menurut pihak berkuasa, lapan pekerja lain turut cedera dalam kejadian itu. 

Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Randolph Cabanbang berkata, motif dan identiti penyerang masih belum diketahui.


Katanya, pejuang MILF memang diketahui beroperasi dalam hutan di kawasan itu dan serangan mungkin bertujuan mengalihkan perhatian tentera daripada meneruskan serangan terhadap anggota MILF yang bertanggungjawab dalam serangan sebelum ini. - AFP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal