Bismillahirrahmanirrahim

Wednesday, May 25, 2011

MANILA: Kumpulan pemisah Islam di Filipina bekerjasama dengan tentera negara itu untuk menyelamatkan seorang ahli perniagaan wanita yang ditahan sekumpulan penculik di selatan negara itu, semalam.

Dalam satu kenyataan, Ketua Perunding Kerajaan, Marvic Leonen menyifatkan kerjasama itu sebagai satu keyakinan baru dalam rundingan damai antara kerajaan dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang mempunyai 12,000 pejuang.


“Usaha menyelamat ahli perniagaan, Angelina Suken Chew adalah perkembangan positif dalam proses damai.

“Kerjasama berkenaan dijalankan sejak 10 hari lalu,” kata Leonen.


Chew diculik oleh sekumpulan lima lelaki bersenjata dari rumahnya di Maguindanao sebelum dibawa ke kawasan yang dikuasai MILF.


Sumber polis dan tentera berkata, penculik berkenaan menuntut wang tebusan berjumlah 20 juta peso (RM1.4 juta) untuk membebaskan Angelina, ahli perniagaan tempatan yang kaya. - AFP

Tuesday, May 24, 2011



ANGGOTA polis memeriksa kenderaan pacuan empat roda polis yang musnah dalam kejadian serangan bom di wilayah Narathiwat, selatan Thailand, semalam. - REUTERS


NARATHIWAT 24 Mei - Dua anggota polis terbunuh dan lapan lagi cedera dalam serangan letupan bom di jalan raya di wilayah bergolak selatan Thailand hari ini.

Suspek militan dipercayai meletupkan bahan letupan yang ditanam di jalan raya ketika trak yang membawa 10 anggota polis itu melalui jalan itu menuju Narathiwat.

Menurut polis, mangsa yang merupakan pemandu trak berusia 38 tahun dan wanita berumur 33 tahun mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi pegawai wanita cedera parah dan dihantar ke hospital. - AFP

Friday, May 20, 2011

YALA (Thailand): Empat disyaki anggota militan terbunuh dalam insiden berbalas tembakan dengan tentera Thailand di selatan negara itu, semalam.

Anggota tentera, renjer dan polis bergegas ke buah desa di pedalaman wilayah Yala dekat sempadan Malaysia pada waktu Subuh untuk memburu kumpulan lelaki itu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pemberontakan yang tercetus di wilayah itu lebih tujuh tahun lalu. Keempat-empat suspek mati dalam kejadian berbalas tembakan yang berakhir selama 15 minit dan polis berkata, mereka turut menemui pistol dan raifal dari tempat kejadian.


“Kami mengarahkan mereka supaya menyerah diri tetapi tidak dihiraukan,” kata Ketua Pusat Pentadbiran Wilayah Selatan, Panu Uthairat.

Beliau menambah empat lelaki itu menjadi buruan sejak sekian lama. - AFP



AHLI keluarga empat lelaki yang disyaki sebagai anggota pemisah meratapi kematian mereka yang dibunuh tentera Thai di wilayah Yala, Thailand, semalam. - REUTERS


YALA 20 Mei – Empat orang disyaki militan terbunuh dalam pertempuran 10 minit dengan tentera dan polis di Yala hari ini.

Timbalan Ketua Polis Yala Kol Peera Boonliang berkata, insiden berbalas tembakan itu berlaku setelah militan terbabit enggan menyerah diri selepas rumah mereka di daerah Tharn To, Yala, dikepung oleh tentera dan polis pada 6.30 pagi.

“Mereka yang mula melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan. Kami kemudian membalasnya,” katanya.

Mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai Arsae Hulu, 30, Masawbee Arsue, 28, dan Muhammad Orlee, 28. Identiti mangsa keempat masih belum diketahui.

Beliau berkata pasukan keselamatan turut menemui dua laras raifal AK47, dua pucuk pistol .38 dan peluru di rumah itu.

Lebih 4,000 orang terbunuh sejak puak disyaki pemisah meneruskan kempen bersenjata mereka untuk menuntut kemerdekaan bagi tiga wilayah iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala.

Sementara itu, dua kejadian letupan berkembar berlaku di Narathiwat mengakibatkan sembilan penduduk kampung dan pegawai polis cedera, tatkala bom motosikal disusuli bom lebih besar meletup ketika polis cuba menutup kawasan itu.

Sepuluh buah rumah musnah dalam serangan letupan yang kedua.

“Ia jelas menunjukkan letupan pertama bertujuan untuk menarik perhatian pihak berkuasa ke kawasan kejadian sebelum serangan bom kedua yang lebih kuat,” kata polis. – AFP

Monday, May 16, 2011

YALA: Letupan kuat bom di tepi jalan membunuh dua sami Buddha dan mencederakan dua anggota tentera di wilayah selatan Thailand, semalam, kata polis dalam serangan terbaru di wilayah yang menjadi sasaran kumpulan pemisah sejak tujuh tahun lalu.

Bom itu disembunyikan dalam longkang di wilayah Yala di sempadan Malaysia dan meletup sebaik trak pikap yang dinaiki dua sami itu melalui kawasan berkenaan. Letupan itu menyebabkan kenderaan dinaiki mereka bergolek sejauh 10 meter dan turut mencederakan dua anggota tentera yang ditugaskan melindungi dua sami terbabit daripada serangan kumpulan pemisah. Polis berkata, bom itu dibuat daripada bahan letupan yang dimasukkan ke dalam tong gas dan seberat 20 kilogram.


Insiden keganasan di Yala, Narathiwat dan Pattani semakin meningkat tahun ini. Serangan termasuk letupan bom, cubaan membunuh gabenor wilayah dan serangan bersenjata ke atas berek tentera. Sasaran utama kumpulan pemisah adalah pasukan keselamatan dan kakitangan kerajaan walaupun sami Buddha turut dibunuh. Kejadian itu menunjukkan ketegangan yang berlaku antara umat Islam dan golongan minoriti penganut Buddha di wilayah berkenaan. - Reuters

Monday, May 9, 2011

YALA: Pemberontak di selatan Thailand membunuh dua penduduk Buddha dalam kejadian di depan sebuah masjid di Pattani, kata polis semalam.

Serangan maut itu berlaku sehari selepas dua bom diletupkan militan membunuh sekurang-kurangnya tujuh anggota keselamatan di wilayah itu.


Ia dianggap hari paling buruk dalam tempoh beberapa bulan di selatan Thailand.

Keganasan di Yala, Narathiwat dan Pattani semakin meningkat tahun ini, termasuk melalui insiden bom di tepi jalan dan cubaan membunuh seorang gabenor.


Militan juga berjaya menyerbu sebuah berek tentera dan melarikan sejumlah senjata. Pelbagai pihak mendakwa, kekejaman tentera Thailand ke atas penduduk setempat mencetuskan penentangan di wilayah didiami majoriti penganut Islam itu. - Reuters

MOHAGHER Iqbal ketika   rundingan dengan kerajaan Filipina  Quezon City, Filipina.
MOHAGHER Iqbal ketika rundingan dengan kerajaan Filipina Quezon City, Filipina.
Pemimpin sedia kongsi pentadbiran Mindanao dengan Kerajaan Pusat

MANILA: Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), sebuah kumpulan pemisah Filipina secara rasmi membatalkan pendirian untuk keluar daripada negara itu dengan membentuk pemerintahan sendiri di rantau selatan.

“ Sebaliknya, pemimpinnya mencadangkan supaya selatan Filipina itu terus ada hubungan dari segi pentadbiran dengan kerajaan”, kata pemimpinnya.

“Dalam deraf antara pergerakan itu dengan Kerajaan Filipina, MILF bersetuju supaya Mindanao diperintah secara langsung dan bersama-sama dengan kerajaan Persekutuan,” kata ketua perunding pemisah, Mohagher Iqbal kepada Gulf News.

Cadangan MILF itu terkandung dalam dokumen bagi menyelesaikan isu Bangsamoro bagi menggantikan Entiti Kehakiman Bangsamoro (BJE) pada 2008.

“Selepas pindaan dibuat Februari lalu, perjanjian komprehensif MILF kepada kerajaan juga menyatakan secara khusus bahawa ‘MILF tidak lagi menuntut untuk keluar dari Filipina,” kata Mohagher.

Cadangan MILF bertujuan menamatkan kempen pemberontakan bersenjata sejak beberapa dekad lalu di selatan Filipina.
Sekali gus pendirian baru itu bermakna MILF menamatkan cita-citanya menubuhkan sebuah negara Islam bebas, kata orang kanan pergerakan itu serta menambah cadangan itu diberi kepada pengantara rundingan damai dari Malaysia antara kerajaan dan MILF ketika rundingan damai berlangsung minggu lalu.

Sambil menyifatkan cadangan MILF sebagai perkara penting, Mohagher berkata, langkah itu adalah satu ‘penyelesaian menang-menang’ selepas mereka berazam tidak menuntut pemisahan tetapi ‘kerjasama dan perpaduan’ dengan Kerajaan Filipina.

MILF mendedahkan inti pati cadangan penyelesaian politik dengan kerajaan pada penghujung mesyuarat dua hari di sini dengan diplomat dan anggota Kumpulan Hubungan Antarabangsa (ICG).

Pada 2010, kerajaan dan MILF bersetuju menubuhkan ICG untuk memantau rundingan damai mereka ke arah menguat kuasa penyelesaian politik.

Mohagher berkata, berdasarkan cadangan baru, penduduk Moro berkuasa menentukan keseluruhan aspek pentadbiran kecuali pertahanan, hal-ehwal luar, mata wang dan pos.

“Konsep seperti ini tidak semestinya bermakna kemerdekaan, ia satu tahap di bawah kemerdekaan,” kata Mohagher.

Penasihat proses damai kerajaan, Teresita Deles, pula berpendapat semua pihak yang ada kepentingan dalam penyelesaian isu selatan Filipina perlu memberi peluang kepada MILF supaya dapat menunjukkan mereka benar-benar berusaha ke arah keamanan.

“Sejarah proses damai di dunia menunjukkan wujud pihak yang membatalkan cita-cita mendapatkan kuasa dan kekayaan bagi matlamat lebih murni. Saya percaya pihak itu boleh menolak kepentingan peribadi,” katanya. – Agensi

INFO
Cadangan MILF


  • MILF cadang agihan 75-25 peratus perkongsian aset Mindanao.

  • Pentadbiran bersama membabitkan 30 peratus kawasan minoriti Islam di Mindanao dan pulau sekitarnya.

  • Friday, May 6, 2011

    MANILA 5 Mei - Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) hari ini mengancam untuk menarik diri daripada rundingan damai, sekiranya kerajaan Filipina tidak segera mengemukakan cadangannya berhubung penyelesaian politik.

    Anggota kanan panel MILF, Michael Mastura berkata, pertemuan rundingan terbaru di Malaysia minggu lepas dibayangi perasaan tidak percaya dan beliau menuduh jururunding kerajaan tidak mengambil berat permintaan mereka.

    Beliau berkata, pihaknya menunggu cadangan penyelesaian daripada kerajaan sejak minggu lepas, namun diminta menunggu sehingga 27 Jun ini.

    ''Jika mereka tidak berbuat demikian (menyerahkan cadangan itu pada 27 Jun), kami tidak akan kembali ke meja rundingan.

    ''Ini bukan satu amaran tetapi kami menyatakan ia sebagai satu fakta dan kami akan melakukannya,'' katanya dalam satu forum akademik di sini.

    Ketua jururunding MILF, Mohagher Iqbar berkata, ia kelihatan seperti usaha sabotaj dalam kerajaan yang tidak mahu perjanjian damai dicapai menjelang Jun ini, rangka waktu yang ditetapkan oleh Presiden Benigno Aquino pada tahun lepas.

    Beliau tidak memaklumkan identiti mereka yang terlibat, namun menyatakan ia merupakan pegawi-pegawai yang memiliki tanah di Mindanao wilayah yang mendorong MILF melancarkan gerakan pemisahan sejak 1978.

    Jururunding kerajaan, Marvic Loenen pula berkata, kerajaan akan menyerahkan cadangannya pada 27 Jun ini.

    MILF pada awalnya berjuang bagi mewujudkan sebuah negara Islam di Mindano, namun dalam cadangan penyelesaian kepada kerajaan pada Februari lalu menyatakan ia tidak lagi ingin meneruskan hasrat itu sebaliknya ingin menubuhkan sebuah negeri dalam wilayah Mindanao yang diletak di bawah pentadbiran wilayah itu.

    Cadangan MILF tersebut akan meliputi 700 perkampungan dan bandar. - AFP

    Wednesday, May 4, 2011

    4 penduduk Islam Thai dibunuh

    YALA: Empat penduduk Islam Thai ditembak mati oleh kumpulan disyaki militan di sebuah kedai kopi di sini, semalam.

    Kira-kira lima orang berpakaian tentera kerajaan tiba dengan sebuah pikap dan melepaskan tembakan terhadap pengunjung kedai kopi tepi jalan di Bannang Sata, kata pegawai.


    Mangsa termasuk remaja perempuan berusia 16 tahun dan seorang budak lelaki berumur 14 tahun.

    Tiga belas orang lagi cedera, lapan daripada mereka parah.


    “Motif pembunuhan masih disiasat kerana saya belum sempat menyoal saksi kerana masih menguruskan mayat,” kata pemerintah polis wilayah itu, Kolonel Suwat Wongpaiboon. - AP

    Monday, May 2, 2011

    Selatan Thai berdarah lagi



    YALA - Dua renjer tentera maut manakala sembilan yang lain cedera dalam dua serangan bom berasingan di selatan Thailand yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan pemisah negara itu, kelmarin.

    Menurut pihak berkuasa, sebutir bom meletup dan mencederakan empat pegawai renjer yang sedang melakukan rondaan di wilayah Yala manakala bom kedua meletup hanya satu kilometer dari lokasi serangan pertama sehingga membunuh dua renjer dan mencederakan lima yang lain.

    Keganasan terbaru itu berlaku semasa Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat wilayah Narathiwat yang terletak berhampiran Yala bagi mempengerusikan satu mesyuarat pembangunan.

    Selatan Thailand yang bersempadan dengan Malaysia adalah antara kawasan paling bergolak di Asia Tenggara sejak kumpulan pemisah bangkit menuntut kuasa autonomi bermula Januari 2004.

    Keganasan di wilayah itu sehingga kini telah membunuh 4,500 orang.

    Google News

     

    Tentera Mahdi | Tentera Dajjal