Bismillahirrahmanirrahim

Sunday, January 1, 2012

7 tentera cedera diserang militan


BANGKOK: Tujuh tentera dan renjer cedera dalam letupan bom, grenad dan serangan hendap di Pattani dan Yala, semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi, sepasukan renjer diserang dengan tembakan dan grenad di Kampung Moo 1 di Thung Yang Daeng, Pattani, menyebabkan empat daripada mereka cedera ringan.


Sejam kemudian, sebutir bom lain diletupkan di depan sebuah sekolah di daerah Yarang - juga di Pattani - ketika enam tentera meronda dengan motosikal.


Akibat serangan itu, dua daripada tentera terbabit cedera parah.


Sementara itu, di daerah Raman, Yala, sebutir bom yang ditanam meletup di Jalan Ban Samor-Ban Jalangtadong jam 7.25 pagi. Polis berkata, serangan itu pada asalnya disasarkan kepada sebuah konvoi membabitkan dua motosikal dan enam lori membawa lapan tentera yang baru pulang daripada tugas mengiringi pekerja ladang. Bagaimanapun, bom itu meletup awal dan hanya menyebabkan kecederaan ringan pada seorang tentera. Berdasarkan siasatan, polis yakin kedua-dua bom digunakan penyerang di Pattani dan Yala adalah buatan sendiri.



Sementara itu, seorang lelaki parah ditembak di kepala di Raman, Yala, Khamis lalu. - Bangkok Post

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal