Bismillahirrahmanirrahim

Wednesday, January 4, 2012


BANGKOK: Dua anggota tentera terbunuh akibat bom ketika melakukan penghantaran hadiah ke kampung di Wilayah Mayo di Pattani, sempena tahun baru.

Mangsa merupakan sebahagian daripada konvoi kumpulan lapan anggota dari Pasukan Petugas Khas ke 25 Pattani yang menaiki empat motosikal dan trak pikap untuk mengedarkan hadiah sempena tahun baru kepada penduduk di Kampung Moo 2 di Tambon Kra Sor. 

Mereka berada kira-kira satu kilometer dari pangkalan, ketika serangan itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi.

Bom yang ditanam di jalan raya meletup betul-betul di bawah trak yang dinaiki oleh komander Kompeni Pasukan Khas 15312, Leftenan Direksan Rattanasin, 26, dan Sarjan Yutthaya Jampa, 25 tahun.

Trak itu dipandu oleh Sarjan Yutthaya.

Letupan kuat menyebabkan kenderaan itu terjunam ke dalam parit dan memusnahkannya. - Bangkok Post

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal