Bismillahirrahmanirrahim

Wednesday, January 11, 2012


MANILA 10 Jan. - Jururunding kerajaan Filipina menggesa Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) meneruskan rundingan damai dalam tempoh tiga bulan walaupun berlaku pertempuran kumpulan pemberontak itu dengan tentera kerajaan baru-baru ini.

Ketua jururunding itu, Marvic Leonen yakin perjanjian damai boleh dicapai selepas rundingan disambung semula semalam di Malaysia.

Beliau berkata, satu perjanjian awal akan membenarkan kedua-dua pihak melaksanakannya dan membuat perubahan sebelum penggal pentadbiran Presiden, Benigno Aquino III tamat pada 2016.

''Pada pandangan kami, peluang keemasan untuk membentuk perjanjian adalah pada suku pertama tahun ini.

''Kami rasa ia merupakan satu kemungkinan tinggi,'' katanya dalam satu kenyataan selepas rundingan damai itu bermula.
Naib Pengerusi MILF, Ghazali Jaafar menyatakan pihaknya berkongsi pandangan dengan kerajaan.

Bagaimanapun katanya, sebarang perjanjian damai perlu kuat, bagi menarik sokongan meluas dan membendung pemberontakan lain.

Ghazali yang tidak menyertai rundingan damai itu Malaysia membuat spekulasi bahawa kedua-dua pihak mungkin mula mencapai kesepakatan berhubung pewujudan Kerajaan Bangsamoro untuk mentadbir wilayah autonomi Islam. - AGENSI

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal