Bismillahirrahmanirrahim
Monday, March 26, 2012
COTABATO: Pergaduhan antara pemberontak menyebabkan dua terbunuh dan kira-kira 270 keluarga meninggalkan rumah masing-masing, kata jurucakap tentera semalam.
Lapan rumah turut terbakar ketika anggota Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bertempur dengan penyokong Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).
Jurucakap tentera berkata, selepas seminggu pertempuran berlaku di beberapa lokasi, pejuang MILF menyerang anggota MNLF di bandar pertanian Carmen, selatan Mindanao, kelmarin.
“Pertempuran itu menyebabkan seorang maut bagi setiap kumpulan,” katanya.
Sementara itu, jurucakap MILF, Von al-Haq, berkata pergaduhan itu berpunca daripada perselisihan faham di antara pemimpinnya, Komander Karim, dengan ketua MNLF, Komander Teo.
“Mereka menuduh Komander Teo mendalangi pembunuhan isteri Komander Karim tiga minggu lalu,” katanya.
Bagaimanapun, Von al-Haq tidak tahu-menahu mengapa wanita terbabit dibunuh.
Ekoran ketegangan itu, MILF menghantar pegawainya ke kawasan terbabit bagi menamatkan permusuhan, manakala tentera turut diarah ke situ bagi memisahkan kedua-dua kumpulan. - AFP
Label: MILF
Sunday, March 18, 2012
BANGKOK 17 Mac – Seorang pelajar perempuan terbunuh dan empat lagi cedera dengan dua daripadanya parah, dalam satu letupan bom di tepi jalan di wilayah Pattani, selatan Thailand, hari ini.
Kelima-lima pelajar sekolah menengah itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah menaiki motosikal apabila bom buatan sendiri yang ditanam di tepi jalan itu meletup tiba-tiba.
Insiden berlaku di jalan Basaair-Nagate, Ban Totuwor, daerah Yarang, Pattani.
Hapueso Sadeh, 18, yang merupakan pelajar Sekolah Prasanwitthaya Mullanithi maut di tempat kejadian.
Ketua balai polis Yarang, Kolonel Polis Tuande Chutanant berkata, mangsa terkena serpihan bom di bahagian kepala, muka dan badan.
Label: Pattani
Pelajar wanita Islam maut, 4 cedera letupan di selatan Thai
0 ulasan Dicatat oleh Adisarwajagat di 12:59 AM
BANGKOK - Seorang pelajar wanita Islam terbunuh manakala empat rakannya cedera dalam satu kejadian letupan yang berlaku di tepi jalan di Pattani.
Ketua Polis Yarang Kolobel Tuandir Jutthanand berkata Hapisah Sadek, 18, seorang pelajar Tingkatan Enam Ma'had Assaqofah meninggal dunia selepas serpihan bom terkena kepala dan badannya.
Dalam kejadian itu, bom yang ditanam di tepi jalan, meletup pada kira-kira 11.30 malam ketika kelima-lima pelajar berkenaan yang menaiki tiga motosikal melalui Kampung Tua, Pintu Mudi dalam daerah Yarang.
"Bom itu dipercayai disasarkan terhadap tentera dalam sebuah bas namun terlepas apabila kenderaan itu memotong ketiga-tiga motosikal pelajar berkenaan ketika bom diletupkan menggunakan telefon mudah alih," katanya.
Adik Hapisah, Mariam yang berusia 16 tahun, cedera parah dan dirawat di Hospital Pattani manakala tiga lagi iaitu dua beradik Masitah Selamat dan Aesah Selamat, serta Mariam Deramae cedera ringan dan dirawat di Hospital Yarang.
Lebih 5,000 orang maut sejak puak pemisah dipercayai mengaktifkan semula kempen bersenjata mereka untuk mendapatkan kemerdekaan bagi tiga wilayah di selatan Thailand iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala sejak lapan tahun lepas. - Bernama
Label: Pattani
Friday, March 9, 2012
Dua belas tentera cedera dalam serang hendap kumpulan pemisah
0 ulasan Dicatat oleh Adisarwajagat di 7:08 AM
BANGKOK - Dua belas anggota tentera cedera parah apabila dua pangkalan
tentera di Bachok, Narathiwat, diserang hendap oleh lebih 50 anggota
kumpulan pemisah di sini awal hari ini.
Timbalan ketua polis Narathiwat Pol Kol Nanttadej Yoi-nual berkata dua
kumpulan militan membuat serangan serentak terhadap pangkalan tentera di
Kampung Sompoi dan satu lagi di pangkalan tentera yang terletak satu
kilometer dari kem pertama di Jabatan Pengairan, kira-kira pukul 12.30
tengah malam.
Bantuan ketenteraan lewat dua jam berikutan sekatan laluan ke dua
pangkalan tentera itu apabila kumpulan militan ketiga menumbangkan
pokok, meletakkan bom dan paku di sepanjang laluan, katanya.
Beliau berkata tembak menembak antara militan dan tentera berlaku kira-kira 20 minit.
Semua yang cedera dirawat di Hospital Narathiwat dan pada masa ini
tidak dapat dipastikan jumlah sebenar yang cedera dari setiap pangkalan,
katanya.
Lebih 5,000 orang terbunuh sejak kumpulan disyaki pemisah menggerakkan
semula kempen bersenjata mereka untuk menuntut kemerdekaan bagi tiga
wilayah selatan Narathiwat, Pattani dan Yala lapan tahun lepas. -
Bernama
Label: Pattani
NARATHIWAT: Empat anggota tentera terbunuh dan seorang cedera parah
apabila kumpulan pemisah Islam meletupkan sebutir bom tepi jalan,
kelmarin.
Serangan itu berlaku lewat petang kelmarin di wilayah yang
bersempadan dengan Malaysia, di mana pemberontakan yang berlaku meragut
lebih 5,000 nyawa sejak 2004 apabila kumpulan pemisah Islam 1970-an,
muncul kembali.
Anggota tentera itu yang berada dalam dua kenderaan, sedang dalam perjalanan untuk memberi khidmat keselamatan untuk sebuah pesta Buddha. Mereka diserang tidak lama selepas menghantar mayat seorang penduduk kampung beragama Islam yang dipercayai ditembak mati oleh pejuang pemisah, ke rumah keluarganya.
Tiga anggota tentera mati serta merta dan yang ke-empat meninggal dunia di hospital.
Dalam satu kejadian berasingan, seorang pekebun getah ditembak mati dan isterinya cedera parah awal pagi semalam.
Menurut polis, dua penembak yang tidak dikenali, melepaskan tembakan ketika mereka sedang bekerja di kebun.
Wilayah itu yang terletak lebih 1,100 kilometer daripada Bangkok, merupakan wilayah bebas yang terletak di bawah pemerintahan Kesultanan Melayu Muslim, sehingga ia dijajah oleh kerajaan Thailand pada 1909.
Kerajaan menegaskan dengan meletakkan tentera secara besar-besaran di wilayah yang kaya dengan getah itu penting untuk menghentikan pemberontakan, tetapi penduduk Islam berkata, kehadiran anggota tentera memburukkan lagi konflik di situ. - Bangkok Post
Label: Pattani
Tuesday, March 6, 2012
Rakyat Malaysia antara 7 cedera letupan bom di Tak Bai
0 ulasan Dicatat oleh Adisarwajagat di 5:58 AM
BANGKOK - Seorang rakyat Malaysia adalah antara tujuh orang yang cedera dalam serangan bom di Tak Bai, Narathiwat, hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Fauzi Awang, 40, cedera ringan di lengan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital Tak Bai.
Ketua Polis Tak Bai Pol Kol Nittinai Langyanai berkata seorang lelaki tempatan yang pada mulanya cedera dalam serangan 10.30 pagi di Pengkalan Perahu, Tak Bai, meninggal dunia di hospital.
Enam lagi yang cedera terdiri daripada empat anggota tentera dirawat di Hospital Narathiwat Ratchanakering dan dua lelaki tempatan dirawat di Hospital Tak Bai.
Ketua Polis Tak Bai itu berkata lima kilogram bom buatan sendiri diletupkan menggunakan satu walkie-talkie semasa empat anggota tentera itu berehat di kawasan itu.
Lebih daripada 5,000 orang terkoorban sejak kumpulan pemisah melancarkan kempen bersenjata kerana memperjuangkan kemerdekaan tiga wilayah selatan -
Narathiwat, Pattani dan Yala, lapan tahun lalu. - Bernama
Label: Pattani
Monday, March 5, 2012
Askar, penduduk wilayah majoriti Islam semakin bekerjasama
BANGKOK: Pergolakan di Selatan Thailand akan berjaya dikawal dalam masa setahun atau selewat-lewatnya dua tahun, kata Ketua Unit Keempat, tentera negara itu, Jeneral Udomchai Thammasarorat.
Pandangannya bertentangan dengan spekulasi ramai bahawa konflik itu mengambil masa 20 atau 30 tahun lagi untuk tamat.
Udomchai berkata, jangkaan itu berdasarkan kerjasama lebih baik yang diterima pihak berkuasa Thailand daripada penduduk tempatan yang membolehkan mereka masuk ke semua daerah untuk memberikan kawalan keselamatan.
Katanya, pasukan keselamatan juga meningkatkan kempen perhubungan awam untuk memperkukuh kepercayaan di kalangan penduduk di tiga wilayah bergolak itu.
“Saya jangka kami dapat kawal keadaan di wilayah selatan dalam masa dua tahun lagi,” katanya.
Beliau merujuk kepada penurunan mendadak keahlian dalam kumpulan pemisah Runda Kumpulan Kecil (RKK), yang dipersalahkan di atas kekerapan serangan ganas di selatan.
RKK mempunyai 10,000 anggota lapan tahun lalu tetapi angka terkini menunjukkan ahlinya cuma separuh daripada jumlah berkenaan.
Saki-baki anggota adalah orang baru yang melancarkan operasi mensabotaj seperti membakar lokasi sasaran dan menabur paku di jalan raya untuk menghalang usaha menyelamat, kata Udomchai.
Kumpulan pemisah, bagaimanapun, berusaha untuk menyekat tentera dan penduduk kampung bekerjasama. Mereka bertindak merosakkan misi menyelamat dan menonjolkan pihak berkuasa secara negatif dengan tujuan menghalau mereka daripada terus bercampur dengan penduduk tempatan.
Contoh terbaru ialah aksi seks yang dirakamkan antara seorang askar dan gadis berusia 16 tahun di Pattani menjadi isu yang menaikkan kemarahan penduduk awam terhadap tentera.
“Penduduk kampung dihasut untuk menuntut pengunduran tentera dari kampung mereka,” kata Udomchai. Bagaimanapun, tentera menegaskan untuk mengekalkan kehadiran di wilayah itu atas dasar keselamatan.
“Apabila ada dakwaan terhadap tentera, saya meminta penduduk tidak cepat membuat andaian,” katanya. Anggota tentera dilarang mengadakan hubungan intim dengan penduduk kampung ketika dalam misi.
Dalam kes terbaru itu, prebet terbabit dikenakan tindakan disiplin dan menantikan hukuman walaupun kedua-dua pihak wajar dipersalahkan.
Sementara itu, di Yala kelmarin, seorang suspek militan ditangkap dalam satu serbuan bersama tentera dan polis ke atas sebuah rumah di daerah Muang.
Amad Usni Bakoh, 24, mempunyai dua waran tangkap dan dikehendaki kerana didakwa mengendalikan sindiket jenayah. – Agensi

Subscribe to:
Posts (Atom)