Bismillahirrahmanirrahim
Tuesday, March 31, 2009
Insiden berbalas tembakan itu berlaku, selepas lebih 10 pejuang pemisah melancarkan serangan hendap ke atas sekumpulan 10 askar yang sedang melakukan rondaan di wilayah Narathiwat, kata jurucakap tentera, Kolonel Parinya Chaidilok.
"Kumpulan askar tersebut melepaskan tembakan balas dan anggota pejuang pemisah melarikan diri dengan empat daripada mereka ditemui mati di kawasan hutan berdekatan jalan raya," katanya.
Puluhan askar kemudian telah dikerahkan untuk mengesan baki enam penyerang dan dua daripada mereka berjaya ditangkap di kawasan berdekatan.
Dalam satu serangan berasingan hari ini, seorang peniaga makanan beragama Islam cedera parah setelah ditembak oleh seorang pemberontak ketika peniaga itu sedang menunggang motosikal. - AP
Label: Pattani
Saturday, March 28, 2009
FILIPINA 28 Mac - Askar kerajaan bersenjatakan meriam dan kereta perisai bertempur dengan pejuang Islam di selatan Filipina, menyebabkan 20 gerila dan tujuh tentera kerajaan maut.
Jurucakap tentera wilayah, Leftenan Kolonel Jonathan Ponce berkata, tentera daripada Briged 601 mendapat laporan bahawa 80 pejuang Islam diketuai komander Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Umbra Kato sedang berkumpul di kampung Bialong apabila pertempuran tercetus sebelum subuh semalam yang berlanjutan selama lapan jam.
Menurut Ponce, ia merupakan pertempuran terburuk pada tahun ini.
Beliau menambah kata, lima askar turut cedera dalam serangan itu yang berlaku di luar bandar Mamasapano, dekat wilayah Maguindanao.
Tambah beliau, pihak tentera diarahkan memburu Kato serta dua komander pemberontak lain yang dipercayai mengetuai insiden amukan berdarah yang mengorbankan berpuluh-puluh orang awam di wilayah Lanao del Norte selepas urusan perjanjian damai awal dibatalkan Ogos lalu.
Jelas Ponce, pihaknya percaya ramai pejuang Islam cedera dan maut akibat terkena tembakan meriam askar kerajaan.
Sementara itu, di selatan pulau Jolo, tentera kerajaan akan berundur dari kawasan hutan setelah militan Islam mengancam akan memenggal kepala salah seorang daripada tiga anggota Palang Merah Antarabangsa (ICRC) yang ditawan oleh militan Islam.
Setiausaha Dalam Negeri, Ronaldo Puno berkata, pengunduran itu akan disempurnakan dalam masa 36 jam bagi membuka jalan kepada militan Abu Sayaf agar membebaskan salah seorang tawanan itu. - AP
Label: MILF
Friday, March 13, 2009
:Abhisit menyatakan lebih banyak pasukan tentera akan dihantar ke wilayah selatan bagi menumpaskan pejuang pemisah.
:Penghantaran sejumlah besar pasukan tentera itu juga dibuat bagi menghalang golongan muda tempatan daripada menyertai kumpulan pejuang itu.
:Kerajaan Thailand mengharapkan beberapa bentuk skim pendidikan yang ditawarkan kerajaan dapat mengalihkan tumpuan warga muda di ketiga-tiga wilayah Islam itu.
:Pihak berkuasa sebelum ini memberi pelbagai tekanan hebat ke atas kumpulan pejuang pemisah bagi menggagalkan misi pembebasan yang dijalankan.
:Namun kumpulan pejuang mula menggunakan pendekatan lebih keras bagi meningkatkan tekanan kepada kerajaan di wilayah-wilayah selatan negara ini.
:Kerajaan juga dijangka mempertimbangkan lanjutan perintah darurat di wilayah selatan Thailand sehingga bulan depan, kata Abhisit.
:Krisis tiga wilayah di selatan Thailand merupakan di antara isu keselamatan yang menjadi perhatian utama pentadbiran Abhisit.
Label: Pattani
Tuesday, March 3, 2009
**"Akan terjadi suatu perselisihan ketika meninggalnya seorang khalifah, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah, dan beliau lari ke Makkah, maka datanglah kepadanya orang-orang yang berasal dari penduduk Makkah, lalu mereka membawa lelaki tersebut secara paksa, kemudian mereka membai'ahnya antara Hajarul- Aswad dengan Maqam Ibrahim.
'Aisyah Ummul-Mukminin ra. telah berkata:
"Suatu kaum yang mempunyai jumlah dan kekuatan yang tidak bererti akan kembali ke Baitullah, maka diutuslah ( oleh penguasa ) sekelompok tentera untuk mengejar mereka, sehingga apabila mereka telah sampai di suatu padang pasir, maka mereka ditelan bumi".