Bismillahirrahmanirrahim

Thursday, January 20, 2011

NARATHIWAT: Berpuluh-puluh pemberontak bersenjata membunuh sekurang-kurangnya empat tentera Thailand dan mencederakan ramai yang lain dalam serbuan di sebuah kem di Narathiwat, kelmarin.

Pegawai tentera tempatan, Banphot Poonpien, berkata kejadian itu membabitkan kira-kira 50 militan yang mula menyerang pada waktu malam, mencetuskan pertempuran di antara kedua-dua pihak.


“Empat tentera maut dan tujuh cedera dengan empat daripadanya kini dalam keadaan kritikal,” katanya.

Militan terbabit didakwa melarikan 50 raifal dan kira-kira 5,000 peluru sebelum meletupkan sejumlah bom serta membakar dua rumah serta satu khemah dalam kawasan berkenaan.


Timbalan Perdana Menteri Thailand, Suthep Thaugsuban, berkata serangan itu dibuat pemberontak untuk menakut-nakutkan penduduk kampung.


“Mereka sengaja menunjuk-nunjuk kemampuan mereka,” katanya. - AFP

Pemberontak serang kem di wilayah selatan

NARATHIWAT: Berpuluh-puluh pemberontak bersenjata membunuh sekurang-kurangnya empat askar Thailand dan mencederakan beberapa lagi dalam satu serbuan ke atas sebuah kem tentera di wilayah selatan Thailand dengan majoriti penduduk beragama Islam.

Dalam satu serangan luar biasa di wilayah yang dilanda pemberontakan itu, kira-kira 50 militan menyerang unit terbabit di wilayah Narathiwat petang kelmarin, mencetuskan satu pertempuran senjata, kata Kolonel Banphot Poonpien.

“Empat askar terbunuh dalam serangan itu dan tujuh lagi cedera. Daripada jumlah itu empat dalam keadaan kritikal,” katanya.

Militan melarikan lebih 50 raifal dan kira-kira 5,000 peluru dalam serbuan terbabit, meletupkan bom dan membakar dua rumah serta sebuah khemah dalam pangkalan terbabit, kata satu kenyataan dari ibu pejabat tentera selatan Thailand.

Tentera yang terbunuh berusia antara 23 hingga 33 tahun.

Kumpulan pemisah melancarkan kempen ganas di wilayah selatan yang bersempadan dengan Malaysia sejak awal 2004, menyebabkan lebih 4,400 orang maut kedua-dua mereka adalah penduduk Islam dan Buddha.
Dalam kejadian Selasa lalu, Thailand melanjutkan perintah darurat di kebanyakan wilayah selatan dengan majoriti penduduk Islam selama tiga bulan lagi, walaupun kumpulan hak asasi bimbang mengenai kuasa yang diberikan kepada tentera.

Suthep Thaugsuban, timbalan perdana menteri yang memantau keselamatan negara berkata pihak militan melancarkan serangan baru untuk menakutkan penduduk tempatan.

“Mereka mahu menunjukkan kekuatan mereka,” katanya kepada pemberita, sehari selepas membuat lawatan ke wilayah yang bermasalah itu.

Lebih 60,000 pegawai keselamatan ditempatkan di wilayah itu untuk berhadapan dengan militan yang tidak jelas tujuan mereka.

Pengkritik mendakwa kerajaan gagal untuk menangani rasa terkilan penduduk Melayu Islam Thailand yang juga golongan minoriti di negara itu termasuk dakwaan penderaan oleh pihak tentera dan kurangnya rasa hormat terhadap etnik, identiti, bahasa dan wilayah terbabit. – AFP



Seorang tentera Thai berkawal di pintu masuk ke sebuah kem tentera di Narathiwat selepas kem itu digempur kumpulan pemberontak, semalam. – AFP


NARATHIWAT 20 Jan. – Sekumpulan berpuluh-puluh pemberontak bersenjata membunuh sekurang-kurangnya empat askar Thailand dan mencederakan beberapa yang lain apabila mereka menggempur sebuah kem tentera di selatan Thai, malam tadi.

Pertempuran bersenjata meletus apabila kira-kira 50 pemberontak menyerang kem di wilayah Narathiwat itu awal malam tadi, kata jurucakap tentera, Kolonel Banphot Poonpien, hari ini.

“Empat askar terbunuh dalam serangan itu, manakala tujuh lagi cedera, termasuk empat yang berada dalam keadaan kritikal,” katanya.

Penyerang melarikan kira-kira 50 laras raifal dan 5,000 butir peluru, kebanyakannya diambil daripada askar yang terbunuh, tambah beliau.

Mereka juga meletupkan bom dan membakar dua buah rumah dan sebuah khemah di kem itu sebelum berundur.

Askar yang terbunuh berusia antara 22 hingga 33 tahun.

Kumpulan yang disyaki puak pemisah Islam itu melancarkan kempen bersenjata di selatan Thai sejak awal 2004, menyebabkan lebih 4,400 penduduk Islam dan Buddha maut dalam konflik itu.

Kelmarin, kerajaan Thai melanjutkan tempoh perintah darurat di selatan negara ini selama tiga bulan lagi, meskipun dibantah oleh pertubuhan hak asasi manusia yang bimbang mengenai kuasa meluas yang diberikan kepada tentera di bawah perintah itu.

Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara berkata, puak pemisah melancarkan serbuan terbaru itu untuk menakutkan penduduk tempatan.

“Mereka mahu menunjukkan keupayaan mereka,” katanya, sehari selepas melawat selatan Thai. – AFP

Wednesday, January 19, 2011

YALA 20 Jan. - Suspek pemisah membunuh empat anggota tentera dan mencederakan lima yang lain dalam insiden berdarah di wilayah selatan negara ini yang bergolak, semalam

Serangan itu berlaku tidak lama selepas waktu senja apabila 20 penjenayah bersenjata melepaskan tembakan ke arah pangkalan tentera di Rangae, di wilayah Narathiwat.

Ia merupakan satu daripada kawasan yang mencatatkan banyak kematian di wilayah yang kebanyakannya terdiri daripada penduduk Islam dan dibelenggu pergolakan selama tujuh tahun. - REUTERS

Tuesday, January 18, 2011

BANGKOK - Kerajaan Thailand hari ini melanjutkan perintah darurat yang dikuatkuasakan di selatan negara ini sejak 2004 selama tiga bulan lagi.

Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva berkata, perintah itu dilanjutkan dari 20 Januari hingga 19 April ini.

Perintah itu meliputi Pattani, Yala dan Narathiwat serta semua daerah di tiga wilayah berkenaan, kecuali daerah Mae Lan di Pattani, yang ditarik balik baru-baru ini setelah keadaan kembali normal.

"Perintah itu perlu dilanjutkan di kawasan lain, tapi saya akan minta Kabinet menimbang semula keputusan berkenaan sekiranya keadaan mengizinkan," kata Abhisit selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet dekat sini.

Lebih 4,000 orang terbunuh sejak kumpulan pemisah dikatakan menyambung kempen bersenjata mereka untuk menuntut kemerdekaan bagi tiga wilayah berkenaan sejak tujuh tahun lepas. - BERNAMA

Monday, January 17, 2011

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva akan bertemu kira-kira 4,000 guru dari selatan negara itu hari ini apabila beliau menyertai majlis di Pattani sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan.

Seramai 138 guru terbunuh dalam serangan pemberontakan sejak tujuh tahun lalu.

Kejadian terbaru membabitkan seorang guru maut dalam kejadian tembakan di daerah Muang, Pattani kelmarin.

Ia adalah lawatan pertama Abhisit ke wilayah sempadan selatan selepas perintah darurat ditarik balik di satu bahagian Pattani dan empat daerah di Songkhla.

Pengerusi Gabungan Guru di Tiga Wilayah Sempadan Selatan, Boonsom Thongsriplai, berkata Perdana Menteri akan menghadiri satu majlis memperingati guru yang terbunuh dalam kejadian keganasan di selatan.

Satu pameran juga diadakan sempena penghormatan kepada mereka yang kehilangan nyawa dalam keganasan terbabit selain upacara agama Buddha dan bagi penduduk Islam serta Kristian.

Abhisit akan melawat daerah Mae Lan di Pattani, di mana ia dilihat sebagai satu kes kajian bagi perintah darurat yang ditarik balik di wilayah terbabit, sempena satu program kebajikan kerajaan di sana. – Agensi

Friday, January 14, 2011

Manila, MILF berunding di KL

MANILA: Kerajaan Filipina semalam berkata, mereka akan berunding sekali lagi dengan pejuang Islam di selatan negara itu dalam usaha terbaru menamatkan konflik di kawasan berkenaan.

Rundingan dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) akan diadakan pada 9 dan 10 Februari ini di Malaysia.

Ia adalah rundingan rasmi pertama diadakan sejak Benigno Aquino dilantik sebagai presiden tahun lalu.

Jurucakap MILF, Eid Kabalu, berkata rundingan itu boleh menjadi langkah awal kepada perjanjian damai.

“MILF berharap ia merealisasikan perdamaian berpanjangan dan penduduk Mindanao mendapat manfaatnya,” katanya. Rundingan damai terhenti pada 2008 apabila Mahkamah menganggap perjanjian yang bakal dipersetujui memberikan MILF hak kawasan lebih luas di Mindanao. - AFP

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal