Bismillahirrahmanirrahim
Wednesday, July 13, 2011
BANGKOK: Kerajaan Thailand pimpinan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva melanjutkan undang-undang darurat di wilayah selatan negara itu pada mesyuarat Kabinet terakhirnya, semalam. Undang-undang berkenaan yang mula dikuatkuasakan pada 2005, meliputi hampir keseluruhan tiga wilayah paling selatan negara itu, dilanjutkan selama dua bulan lagi. Kabinet baru yang akan diketuai oleh Yingluck Shinawatra, adik bongsu bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang kini hidup dalam buangan akan mengangkat sumpah jawatan tidak lama lagi. - Reuters
Label: Pattani
Monday, July 11, 2011
YALA: Dua belas orang cedera akibat tiga letupan bom yang dipasang kumpulan pemisah Islam di wilayah selatan Thai, semalam. Seorang penganalisis menyifatkan kejadian itu sebagai usaha untuk menarik perhatian bakal kerajaan baru pimpinan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra mengenai masalah di wilayah berkenaan. Sebelah kaki seorang penoreh hancur akibat letupan pertama dan dua letupan berikutnya mencederakan dua anggota pasukan keselamatan dan seorang pegawai pemusnah bom yang dikerah ke tempat kejadian. “Keganasan meningkat setiap kali berlaku perubahan kerajaan. Saya tidak terkejut jika kejadian seumpamanya meningkat bulan depan, mengatasi purata bulanan 70 hingga 80 keganasan sebulan yang berlaku sejak awal tahun ini,” katanya. Menurut Srisompob, penduduk Islam mahu melihat sama ada Yingluck akan memenuhi janjinya ketika kempen pilhan raya untuk membentuk zon pentadbiran khas di selatan Thai. - AFP
Label: Pattani
YALA: Empat bom dilontarkan sekumpulan yang disyaki pemisah mencederakan sekurang-kurangnya 12 orang dalam kejadian di wilayah selatan Thailand semalam, dalam apa yang disifatkan seorang penganalisis sebagai cubaan untuk menarik perhatian pentadbiran baru Perdana Menteri Yingluck Shinawatra terhadap masalah di wilayah berkenaan.
Polis berkata tiga jerangkap samar meletup dalam kejadian di sebuah ladang getah di Yala, di mana dalam kejadian pertama ia mencederakan kaki seorang penoreh getah, manakala dua yang lain mencederakan pegawai keselamatan dan anggota pemusnah bom yang dihantar ke tempat kejadian.
Mereka berkata bom terakhir di pasang di sebuah trak yang diletakkan di ladang getah di sebuah daerah lain dalam wilayah yang sama memusnahkan kenderaan itu tetapi tidak mencederakan sesiapa.
“Insiden keganasan mungkin akan meningkat apabila ada perubahan kerajaan. Saya tidak terkejut jika insiden seperti ini meningkat dalam masa beberapa bulan lagi dengan purata 70-80 dapat disaksikan dalam separuh pertama tahun ini,” katanya. – Reuters
Label: Pattani
YALA 11 Julai – Empat bom dipercayai dilancarkan pemberontak meletup dan mencederakan 12 orang di selatan Thailand, dalam kejadian yang disifatkan penganalisis sebagai cubaan mendapatkan perhatian kerajaan baru di bawah pimpinan bakal Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra. Polis berkata, tiga jerangkap samar meletup serentak di sebuah ladang getah di wilayah Yala, yang pertama terkena kaki seorang penoreh sementara dua lagi mencederakan pegawai-pegawai keselamatan dan anggota skuad pemusnah bom yang dikerah di tempat kejadian. “Ini mungkin cubaan untuk mendapatkan perhatian kerajaan baru berhubung masalah di wilayah ini, terutamanya tuntutan masyarakat tempatan yang mahukan pemerintahan autonomi. “Insiden keganasan cenderung untuk meningkat apabila berlaku perubahan kerajaan. Saya tidak terkejut jika kadarnya meningkat bulan depan berbanding purata tahunan 70-80 kejadian dalam suku pertama tahun ini,” kata pensyarah sains politik, Srisompob Jitpiromsri dari Universiti Srinakharin di sini. Srisompob berkata, majoriti penduduk selatan Thai yang beragama Islam mahu melihat Yingluck mengotakan janji pilihan rayanya untuk mewujudkan satu zon pentadbiran khas di wilayah itu yang dijajah Thailand kira-kira 100 tahun lalu. “Penduduk tempatan akan memberikan reaksi positif kepada rundingan damai atau sebarang langkah untuk mewujudkan zon pentadbiran baru, walaupun saya tidak menjangkakannya dalam masa lima ke enam bulan ini, ketika kerajaan Yingluck sibuk dengan urusan politik di Bangkok,” katanya. – Reuters
Label: Pattani
Saturday, July 2, 2011
BANGKOK - Sebuah kereta Honda meletup semasa seorang anggota skuad bom Thailand berada dekat dengan kenderaan itu pada pagi semalam di Narathiwat. Anggota skuad bom itu yang memakai jaket perlindungan cedera namun tahap kecederaannya masih belum diketahui. Letupan bom itu menyebabkan kereta tersebut musnah teruk. Bom itu dipercayai diletakkan oleh kumpulan gerila pemisah yang mendalangi kejadian keganasan di sempadan Thailand dengan Malaysia. Lebih 4,500 orang terbunuh dalam serangan keganasan yang berlaku di selatan Thailand sejak 2004. - Agensi
Label: Pattani
Tuesday, June 28, 2011
Pemberontakan di selatan Thai menjadi fokus pilihan raya
0 ulasan Dicatat oleh Adisarwajagat di 6:24 AMAbhisit Vejjajiva menerima bunga daripada penduduk semasa berkempen pilihan raya di wilayah Narathiwat pada 21 Jun lalu. - AFP |
YALA 27 Jun - Pemberontakan di selatan Thailand menjadi fokus perbahasan politik menjelang pilihan raya umum pada 3 Julai ini, selepas beribu-ribu terbunuh di wilayah itu dalam keganasan yang berlaku hampir setiap hari sejak tujuh tahun lalu.
Konflik berlarutan di wilayah selatan Thai mendedahkan penduduknya yang majoriti beragama Islam kepada tembakan, letupan bom dan serangan lain yang didakwa dilakukan oleh puak pemisah yang tidak dikenali dan tidak diketahui matlamat sebenar mereka.
Pengkritik menuduh kerajaan gagal meredakan rasa tidak puas hati penduduk Islam, termasuk pelanggaran hak asasi manusia yang didakwa dilakukan oleh tentera dan tanggapan bahawa identiti etnik, bahasa dan agama mereka tidak dihormati.
Walaupun parti-parti utama yang bertanding dalam pilihan raya umum pada bulan depan turut berkempen di selatan Thai, tidak ramai penduduk di wilayah ini berasa optimis pengundian itu akan membawa masa depan lebih cerah kepada mereka.
"Semua parti itu lebih kurang sama, sesetengahnya lebih baik sedikit, setengahnya lebih teruk sedikit, tetapi kesemua mereka melayan kami dengan buruk," kata seorang lelaki Islam berusia 48 tahun yang datang untuk mendengar ucapan Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva yang mengadakan kempen kepada pengundi.
Seorang lagi lelaki Islam, Peng, 50, berikrar dia akan mengundi 'Tidak', sebagai sokongan kepada kempen untuk membiarkan kertas undi kosong.
"Orang dalam kerajaan tidak pernah menunaikan janji mereka, kerana itu saya sudah bosan dengan politik," katanya.
Kerajaan bagaimanapun mendakwa keadaan semakin bertambah baik.
"Langkah yang jelas telah diambil ke arah mewujudkan keamanan dan kestabilan.
"Terdapat sikap saling mempercayai yang lebih ketara antara penduduk dengan pegawai tempatan," kata Abhisit semasa kunjungan singkat ke selatan Thai pada minggu lepas.
Beliau mengakui keganasan terus berlaku dari semasa ke semasa tetapi yakin kitaran keganasan yang berpunca daripada pihak kerajaan tidak akan berulang. - AFP
Label: Pattani
KUALA LUMPUR 27 Jun - Rundingan antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bermula di sini hari ini dalam usaha untuk merangka perjanjian damai bagi menamatkan pemberontakan berpuluh-puluh tahun di selatan Filipina. Seorang pegawai Malaysia mengesahkan rundingan dua hari itu sudah bermula di sebuah hotel di sini, tetapi dia tidak dapat memberikan butir lanjut. MILF melancarkan perjuangan bersenjata untuk mendirikan sebuah negara Islam merdeka di wilayah Mindanao pada 1978 dan sejak itu lebih 150,000 orang terbunuh. Gencatan senjata ditandatangani pada 2003 untuk membuka laluan bagi mengadakan rundingan damai tetapi proses damai tergendala. Rundingan bagi menamatkan pemberontakan selama 33 tahun di selatan negara itu dihidupkan semula pada Februari lalu, dengan Malaysia bertindak sebagai pengantara. MILF mengemukakan draf perjanjian dalam sesi pada April lalu dan kerajaan Filipina kini dijangka mengemukakan cadangan balas. Perunding kerajaan enggan mendedahkan kandungan dokumen cadangan balas itu tetapi seorang anggota kanan panel perunding Manila berkata, usul kerajaan boleh membawa kedua-dua pihak lebih hampir kepada penyelesaian konflik. "Kami berhasrat untuk merapatkan jurang antara apa yang berlaku di meja rundingan dengan pelaksanaan sebenar, dan kami akan mengemukakan cadangan balas kepada mereka," kata pegawai itu. Katanya, panel perunding juga akan menyatakan penghargaan kepada MILF kerana membantu polis menyelamatkan seorang ahli perniagaan wanita Filipina yang diculik oleh sekumpulan penculik pada bulan lepas. "Bantuan itu memberikan sedikit keyakinan, tetapi banyak lagi yang perlu dilakukan," kata pegawai tersebut. - AFP
Label: MILF