Bismillahirrahmanirrahim

Monday, May 17, 2010

MILF sedia temui Aquino

MANILA 17 Mei - Kumpulan pemisah semalam menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan damai dengan bakal Presiden baru Filipina, Benigno Aquino III selepas tidak banyak kemajuan dicapai di bawah pentadbiran ketika ini, dengan harapan mandat yang dimenangi beliau dapat membawa kepada tamatnya pemberontakan selama berpuluh tahun.

Jurucakap Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Mohagher Iqbal bagaimanapun berkata, kumpulan itu akan menyimpan harapan mengenai prospek perjanjian damai di bawah pentadbiran Aquino kelak, dengan merujuk kepada rundingan yang berjalan lancar dengan kerajaan Presiden Gloria Macapagal Arroyo sebelum ia gagal.

"Kemenangan Aquino tidak dicemari dakwaan penipuan undi seperti Arroyo. Beliau mempunyai kuasa moral sebagai Presiden dan itu menambahkan lagi pengaruhnya," kata Iqbal lagi.

Pentadbiran penuh kontroversi Arroyo akan tamat pada 30 Jun ini.

MILF mengucapkan tahniah kepada Aquino atas kemenangan beliau, yang mana laman webnya menyatakan dia berhak 'disukai ramai' kerana hampir mustahil memenangi pilihan raya berikutan keputusannya yang lewat untuk menyertai pertandingan merebut jawatan tersebut.

"Noynoy adalah lelaki yang baik, namun sebagai Presiden perlu kekal sedemikian," kata MILF lagi dengan merujuk nama timangan Aquino.

MILF turut memuji mendiang ibu bapa Aquino sebagai dua ikon prodemokrasi yang menyokong kebajikan minoriti beragama Islam.

Perjuangan pemerintahan Islam di selatan Filipina oleh MILF, kumpulan gerila terbesar dengan anggaran 11,000 pejuang, akan menjadi satu isu besar keselamatan yang bakal memeningkan Aquino. - AP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal