Bismillahirrahmanirrahim
Tuesday, October 12, 2010
MANILA: Pejuang pemisah Islam di selatan Filipina membantah penangkapan seorang daripada pemimpin kanan mereka atas dakwaan melakukan keganasan. Dalam kenyataan dikeluarkan semalam, MILF menuntut Abraham - ditahan dua minggu lalu kerana disyaki terbabit dalam serangan bom - dibebaskan tanpa syarat. MILF berkata, Abraham adalah ahli jawatankuasa pusat pertubuhan yang dianggotai 12,000 ahli itu. “Penangkapan Abraham dianggap satu ancaman terhadap usaha memulihkan rundingan damai dengan kerajaan,” kata kenyataan itu. Kata MILF, Abraham adalah antara pemimpin penting pertubuhan berkenaan yang mendapat imuniti hasil persetujuan dengan Manila. Sementara itu, Penasihat Keamanan Presiden Benigno Aquino, Teresita Deles, berkata kerajaan akan mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi. - AFP
Label: MILF
0 ulasan:
Post a Comment