Bismillahirrahmanirrahim
Saturday, December 18, 2010
Lelaki bersenjata tembak askar, dua mayat tidak dikenali ditemui dikelar ANGGOTA keselamatan Thailand memeriksa dua mayat lelaki yang ditemui di Yala, semalam.YALA: Lima orang, dua daripadanya askar, terbunuh dalam kejadian keganasan terbaru di kawasan pemberontakan di selatan Thailand, kata polis semalam.
Sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali dalam sebuah trak pikap menembak mati dua askar kerajaan ketika mengawal keselamatan sami Buddha yang mengumpul derma di Yala, salah sebuah wilayah majoriti penduduk Muslim di selatan yang masih dalam perintah darurat.
Tidak lama kemudian di sebuah pekan berdekatan, polis menemui dua mayat tidak dikenali yang dikelar sampai mati.
Salah seorang dijumpai memakai kemeja-T yang menunjukkan dia mungkin askar kerajaan dari kem tentera berdekatan.
Seorang lagi memakai pakaian seragam sebuah sekolah agama. Polis berkata, mereka sedang menyiasat kaitan antara kedua-dua kejadian.
Kematian itu berlaku sehari selepas seorang militan berusia 29 tahun dilaporkan terbunuh dalam tembakan dengan pasukan keselamatan di wilayah Pattani.
Seorang anggota polis cedera dalam kejadian itu, sementara seorang budak 13 tahun cedera terkena peluru sesat, kata pihak berkuasa.
Militan melancarkan kempen pemberontakan di selatan Thailand sejak tujuh tahun lalu, menyasarkan penduduk Muslim dan penganut Buddha, orang awam dan anggota keselamatan.
Lebih 4,400 orang terkorban sejak Januari 2004, manakala lebih 7,000 cedera, menurut pertubuhan bukan kerajaan, Deep South Watch, yang memantau konflik itu.
Sementara itu, ketua polis Thailand, Jeneral Wichean Potephosree, berkata kawasan selatan dijangka akan dilanda serangan pemberontak sebelum dan menjelang sambutan tahun baru 2011, berdasarkan maklumat perisikan.
Sebahagian besar kawasan wilayah Yala dan Narathiwat juga menghadapi risiko selain daerah Hatyai di Songkhla, katanya yang dilaporkan akhbar The Nation.
Meskipun Pattani tidak termasuk senarai amaran itu, penduduk dinasihatkan berhati-hati, katanya lagi. Beliau berkata, polis tidak memandang rendah amaran itu dan sedang merancang langkah kawalan.
Wichean berkata demikian selepas melawat sebuah unit polis yang pakar dalam mematikan bom di Yala dan turut memberi jaminan kepada tokoh agama tempatan bahawa penggunaan bukti saintifik akan memulihkan keamanan di rantau itu. – AFP/Agensi

Label: Pattani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment