Bismillahirrahmanirrahim
Friday, January 21, 2011
YALA: Tiga orang awam, termasuk sepasang suami isteri, ditembak mati di pasar malam di Narathiwat, kata polis semalam.
Jurucakap polis berkata, sekumpulan lelaki bersenjata dilihat menembak pasangan berusia 33 dan 23 tahun itu kelmarin.
Katanya, dua anggota polis yang baru saja menamatkan tugas mengawal guru tempatan pula cedera dalam satu letupan di tepi jalan di Pattani.
Label: Pattani
Label: Pattani
BANGKOK 21 Jan. – Perdana Menteri, Thailand Abhisit Vejjajiva semalam meminta pasukan tentera negara itu memperkemaskan aspek kawalan keselamatan di semua kem mereka di wilayah selatan berikutan serangan ke atas sebuah kem di Narathiwat semalam “Beberapa perubahan harus dilakukan. Pasukan tentera harus melihat mengapa begitu banyak senjata api boleh dicuri dari kem itu,” katanya. Empat anggota tentera terkorban dan enam cedera apabila sekumpulan militan bersenjata menyerang dan mencuri sejumlah senjata api di Kem Pasukan Petugas Tentera di Rangae, dalam satu kejadian kira-kira pukul 8 malam semalam. Ditanya sama ada serangan terbaru itu akan menjejaskan keputusan kerajaan untuk menarik balik perintah darurat di wilayah selatan pada masa depan, Abhisit berkata ia tidak akan menjejaskan keputusan keseluruhan kerana perintah itu bergantung kepada situasi keselamatan di kawasan terbabit. Akhir bulan lepas kerajaan Thai menarik balik perintah darurat di daerah Mae Lan di Pattani apabila keadaan kembali aman, iaitu yang pertama sejak perintah itu dilaksanakan di kawasan terbabit tujuh tahun lepas. Pada Selasa lepas kerajaan melanjutkan tempoh perintah darurat selama tiga bulan lagi bagi wilayah Pattani (kecuali daerah Mae Lan), Yala dan Narathiwat. Kira-kira 4,000 telah terkorban sejak kumpulan pemisah meneruskan semula usaha mereka untuk mendapatkan pemerintahan sendiri di tiga wilayah terbabit tujuh tahun lepas. – BERNAMA
Label: Pattani
Thursday, January 20, 2011
NARATHIWAT: Berpuluh-puluh pemberontak bersenjata membunuh sekurang-kurangnya empat tentera Thailand dan mencederakan ramai yang lain dalam serbuan di sebuah kem di Narathiwat, kelmarin.
Pegawai tentera tempatan, Banphot Poonpien, berkata kejadian itu membabitkan kira-kira 50 militan yang mula menyerang pada waktu malam, mencetuskan pertempuran di antara kedua-dua pihak.
“Empat tentera maut dan tujuh cedera dengan empat daripadanya kini dalam keadaan kritikal,” katanya.
Militan terbabit didakwa melarikan 50 raifal dan kira-kira 5,000 peluru sebelum meletupkan sejumlah bom serta membakar dua rumah serta satu khemah dalam kawasan berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri Thailand, Suthep Thaugsuban, berkata serangan itu dibuat pemberontak untuk menakut-nakutkan penduduk kampung.
“Mereka sengaja menunjuk-nunjuk kemampuan mereka,” katanya. - AFP
Label: Pattani
Label: Pattani
NARATHIWAT 20 Jan. – Sekumpulan berpuluh-puluh pemberontak bersenjata membunuh sekurang-kurangnya empat askar Thailand dan mencederakan beberapa yang lain apabila mereka menggempur sebuah kem tentera di selatan Thai, malam tadi. Pertempuran bersenjata meletus apabila kira-kira 50 pemberontak menyerang kem di wilayah Narathiwat itu awal malam tadi, kata jurucakap tentera, Kolonel Banphot Poonpien, hari ini. “Empat askar terbunuh dalam serangan itu, manakala tujuh lagi cedera, termasuk empat yang berada dalam keadaan kritikal,” katanya. Penyerang melarikan kira-kira 50 laras raifal dan 5,000 butir peluru, kebanyakannya diambil daripada askar yang terbunuh, tambah beliau. Mereka juga meletupkan bom dan membakar dua buah rumah dan sebuah khemah di kem itu sebelum berundur. Askar yang terbunuh berusia antara 22 hingga 33 tahun. Kumpulan yang disyaki puak pemisah Islam itu melancarkan kempen bersenjata di selatan Thai sejak awal 2004, menyebabkan lebih 4,400 penduduk Islam dan Buddha maut dalam konflik itu. Kelmarin, kerajaan Thai melanjutkan tempoh perintah darurat di selatan negara ini selama tiga bulan lagi, meskipun dibantah oleh pertubuhan hak asasi manusia yang bimbang mengenai kuasa meluas yang diberikan kepada tentera di bawah perintah itu. Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara berkata, puak pemisah melancarkan serbuan terbaru itu untuk menakutkan penduduk tempatan. “Mereka mahu menunjukkan keupayaan mereka,” katanya, sehari selepas melawat selatan Thai. – AFP
Label: Pattani
Wednesday, January 19, 2011
YALA 20 Jan. - Suspek pemisah membunuh empat anggota tentera dan mencederakan lima yang lain dalam insiden berdarah di wilayah selatan negara ini yang bergolak, semalam
Serangan itu berlaku tidak lama selepas waktu senja apabila 20 penjenayah bersenjata melepaskan tembakan ke arah pangkalan tentera di Rangae, di wilayah Narathiwat.
Ia merupakan satu daripada kawasan yang mencatatkan banyak kematian di wilayah yang kebanyakannya terdiri daripada penduduk Islam dan dibelenggu pergolakan selama tujuh tahun. - REUTERS
Label: Pattani
Tuesday, January 18, 2011
Label: Pattani
Monday, January 17, 2011
Label: Pattani
Friday, January 14, 2011
MANILA: Kerajaan Filipina semalam berkata, mereka akan berunding sekali lagi dengan pejuang Islam di selatan negara itu dalam usaha terbaru menamatkan konflik di kawasan berkenaan.
Rundingan dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) akan diadakan pada 9 dan 10 Februari ini di Malaysia.
Jurucakap MILF, Eid Kabalu, berkata rundingan itu boleh menjadi langkah awal kepada perjanjian damai.
Label: MILF
Wednesday, January 12, 2011
This summary is not available. Please click here to view the post.
Label: MILF
MANILA 12 Jan. - Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) akan mengadakan rundingan tidak rasmi esok di Kuala Lumpur dalam usaha menamatkan konflik di selatan negara ini selama lebih 40 tahun.
Rundingan tersebut disahkan sumber daripada kedua-dua belah pihak.
Ia merupakan rundingan damai pertama sejak Presiden Benigno Aquino membentuk satu panel baru pada Julai lalu untuk menyambung semula rundingan dengan MILF.
"Kami berharap dapat menyambung semula rundingan rasmi awal bulan depan selepas bersetuju dengan peraturan-peraturan baru termasuk pelantikan seorang fasilitator baru daripada kerajaan Malaysia.
"Pertemuan ini merupakan satu kejayaan besar dalam proses damai," kata sumber yang terlibat dalam rundingan berkenaan kepada Reuters.
Sumber itu berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media selepas pertemuan esok bagi memberitahu rakyat Filipina tentang perkembangan terbaru rundingan tersebut.
Malaysia menjadi pengantara rundingan itu sejak 2001 bagi mengakhiri konflik yang telah mengorbankan 120,000 nyawa, menyebabkan dua juta hilang tempat tinggal dan membantutkan pembangunan di selatan Filipina yang dipercayai kaya dengan sumber mineral, minyak dan gas asli.
Cubaan memulakan semula rundingan damai antara Manila dan MILF terhenti berikutan langkah kerajaan menukar fasilitator Malaysia yang dilihat lebih memihak kepada pihak pemberontak.
Kali terakhir rundingan dijalankan adalah pada Jun tahun lalu, di mana kerajaan gagal memenuhi tuntutan MILF yang mahu memerintah sebuah negeri sendiri di bahagian selatan Filipina. - Reuters
Label: MILF