Bismillahirrahmanirrahim

Monday, January 30, 2012

5 maut ditembak tentera Thai


Seorang ahli keluarga mangsa menangis pada majlis pengebumian mangsa pembunuhan tentera Thai di Pattani, semalam. - AFP


PATTANI 30 Jan. - Pasukan separa tentera Thailand malam tadi menembak mati empat lelaki Islam termasuk seorang warga emas dan seorang remaja di selatan negara ini kerana menyangka mereka diserang.
Mangsa dalam perjalanan pulang dengan menaiki sebuah trak pikap setelah menghadiri pengebumian seorang ahli keluarga, kata pemandu kenderaan itu kepada polis di wilayah Pattani.

"Renjer tentera melihat sebuah trak pikap dan menahannya, kemudian mendengar bunyi tembakan dan menyangka mereka diserang, lantas membedil trak itu dengan tembakan senjata api, menyebabkan empat lelaki terbunuh dan lima lagi cedera," menurut laporan polis hari ini mengenai insiden itu.

Antara yang maut termasuk seorang lelaki berusia 70 tahun dan seorang remaja berumur 18 tahun, manakala seorang lelaki berumur 76 tahun dan tiga remaja berusia 14, 15 dan 19 tahun adalah antara lima mangsa yang cedera.

Dua senjata api ditemui di dalam trak, tetapi laporan polis tidak menyebut sama ada tembakan telah dilepaskan dengan senjata itu.

Pemandu trak memberitahu polis senjata tersebut bukan milik sesiapa di dalam trak itu.

"Kami perlu menyiasat insiden ini dengan terperinci dan saya akan menyoal anggota renjer terbabit dan mangsa yang selamat untuk memastikan keadilan bagi kedua-dua pihak," kata ketua polis daerah Nongjik, Kolonel Chonnawee Chamareuk.

Tiga wilayah paling selatan di Thailand, Pattani, Yala dan Narathiwat dilanda pergolakan berpunca daripada pemberontakan yang tidak mempunyai matlamat yang jelas.

Ramai askar kerajaan ditempatkan di wilayah itu, dengan bantuan pasukan separa tentera yang bersenjata.
Menurut angka terbaru Deep South Watch, badan yang memantau konflik di selatan Thai, hampir 5,000 orang termasuk penduduk Islam dan penganut agama Buddha terbunuh dan 8,300 lagi cedera sejak kekacauan bermula pada 2004. - AFP

Empat maut di Selatan Thai

PATTANI - Empat lelaki Islam terbunuh, manakala lima yang lain parah dipercayai ditembak askar renjer di kawasan pergolakan selatan Thai, Pattani semalam.

Kesemua mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan pulang dari menghadiri satu majlis pengebumian dengan menaiki sebuah trak, menurut pemandu kenderaan berat itu kepada polis .
 
“Askar renjer bertindak menghentikan sebuah lori. Ketika itu mereka terdengar bunyi tembakan dan menganggap ianya ditujukan kepada mereka, jadi mereka terus menembak ke dalam trak menyebabkan empat lelaki terbunuh dan lima yang lain parah,” menurut laporan polis mengenai insiden pada petang kelmarin.
 
Dua pucuk pistol ditemui dalam trak itu yang mana tidak dapat dipastikan sama ada senjata itu digunakan ketika kejadian dan difahamkan senjata tersebut bukan milik mangsa di dalam trak.
 
“Kita akan menyiasat insiden ini dengan cermat dan akan menemu bual kedua-dua askar renjer dan mangsa yang masih hidup bagi memastikan keadilan dibuat untuk dua pihak,” tegas Ketua Polis Daerah Nongjik, Chonnawee Chamareuk.

YALA: Anggota tentera menembak mati empat orang disyaki anggota pemisah Islam dalam satu kejadian terbaru di wilayah selatan Thailand yang bergolak, kata tentera, semalam.

Empat lelaki itu ditembak mati semalam dan tiga lagi cedera dalam satu kejadian tembak menembak ketika pemeriksaan ke atas sebuah trak pikap oleh tentera yang menjaga tempat pemeriksaan di wilayah Pattani.

Jurucakap Tentera Wilayah, Akara Thiproj berkata, ketika sekumpulan tentera mendekati trak itu, dua lelaki tiba-tiba datang dari arah belakang kenderaan, melepaskan tembakan kemudian melarikan diri dengan menaiki motosikal. - Bangkok Post

4 balik majlis pengebumian maut

PENDUDUK Pattani mengebumikan mangsa tembakan renjer Thailand. - Foto AFP
PENDUDUK Pattani mengebumikan mangsa tembakan renjer Thailand. - Foto AFP
 
PATTANI: Renjer tentera Thailand menembak mati empat orang termasuk seorang warga tua dan seorang remaja di selatan negara itu kerana menyangka diserang oleh mangsa yang berada dalam trak pikap, semalam.

Mangsa terbabit yang beragama Islam baru balik dari upacara pengebumian, kata pemandu kenderaan itu kepada polis di Pattani, antara wilayah selatan yang bergolak. 

“Renjer tentera melihat trak pikap dan mengarahkannya berhenti, Mereka dengar bunyi tembakan dan menyangka ditembak, jadi mereka melepaskan tembakan ke arah trak, membunuh empat orang dan mencederakan lima yang lain,” menurut laporan mengenai kejadian petang kelmarin itu. 
 
Laporan agensi berita Reuters pula menyatakan bahawa renjer terbabit ditembak dua lelaki bersenjata ketika mereka mendekati trak dan penyerang kemudian lari.

Warga emas berusia 70 tahun dan remaja lelaki berusia 18 tahun antara yang terbunuh manakala lima lelaki dan kanak-kanak turut cedera termasuk tiga remaja berusia 14,15 dan 19 tahun serta seorang lagi warga emas berusia 76 tahun.

Dua senapang ditemui dalam trak itu, walaupun laporan tidak mendedahkan sama ada tembakan dilepaskan menggunakan senjata itu.

Polis berkata, pemandu memberitahu pegawai bahawa senjata berkenaan bukan milik mereka dalam trak itu.

“Kami akan siasat kejadian itu dengan teliti dan menyoal siasat anggota renjer serta mangsa yang terselamat untuk memastikan keadilan untuk kedua-dua pihak,” kata ketua polis daerah Nongjik, Kolonel Polis, Chonnawee Chamareuk.

Tiga wilayah paling selatan Thailand, Pattani, Yala dan Narathiwat, dilanda keganasan sejak 2004. Ia memaksa kerajaan menempatkan ramai tentera yang dibantu pasukan renjer bersenjata di situ.

Menurut perangkaan terbaru daripada agensi Deep South Watch, yang memantau rapi konflik di selatan itu, hampir 5,000 penduduk Islam dan Buddha terbunuh dan 8,300 cedera sejak ketegangan bermula. – AFP/Reuter

Wednesday, January 11, 2012


MANILA 10 Jan. - Jururunding kerajaan Filipina menggesa Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) meneruskan rundingan damai dalam tempoh tiga bulan walaupun berlaku pertempuran kumpulan pemberontak itu dengan tentera kerajaan baru-baru ini.

Ketua jururunding itu, Marvic Leonen yakin perjanjian damai boleh dicapai selepas rundingan disambung semula semalam di Malaysia.

Beliau berkata, satu perjanjian awal akan membenarkan kedua-dua pihak melaksanakannya dan membuat perubahan sebelum penggal pentadbiran Presiden, Benigno Aquino III tamat pada 2016.

''Pada pandangan kami, peluang keemasan untuk membentuk perjanjian adalah pada suku pertama tahun ini.

''Kami rasa ia merupakan satu kemungkinan tinggi,'' katanya dalam satu kenyataan selepas rundingan damai itu bermula.
Naib Pengerusi MILF, Ghazali Jaafar menyatakan pihaknya berkongsi pandangan dengan kerajaan.

Bagaimanapun katanya, sebarang perjanjian damai perlu kuat, bagi menarik sokongan meluas dan membendung pemberontakan lain.

Ghazali yang tidak menyertai rundingan damai itu Malaysia membuat spekulasi bahawa kedua-dua pihak mungkin mula mencapai kesepakatan berhubung pewujudan Kerajaan Bangsamoro untuk mentadbir wilayah autonomi Islam. - AGENSI

Monday, January 9, 2012

Thailand gagal kekang keganasan


BANGKOK: Lebih 160 bilion baht (RM16 bilion) dibelanjakan untuk menangani keganasan di selatan Thai sejak ia mula meletus lapan tahun lalu tetapi tidak banyak kejayaan yang dicapai.

Pakar keselamatan, Chaiyong Maneerungsakul, anggota Majlis Penasihat Untuk Mewujudkan Keamanan di Wilayah Selatan berkata, kerajaan yang silih berganti, menerusi angkatan tentera dan agensi keselamatan gagal mencapai kejayaan bermakna dalam usaha memerangi keganasan itu.


Menurutnya, bajet paling besar ialah sebanyak 27 bilion baht yang diperuntukkan pada 2009.


Tahun ini, 16 bilion baht diperuntukkan untuk operasi keselamatan sementara lebih satu bilion baht sudah dibelanjakan untuk membayar pampasan dan langkah pemulihan untuk mangsa yang terbabit dalam konflik itu.


Keganasan bermula pada 4 Januari 2004 apabila sekumpulan lelaki menyerang stor simpanan senjata Batalion Keempat tentera Thai di daerah Cho Airong, Narathiwat dan melarikan sejumlah besar senjata.



Sejak itu keganasan meletus semula di wilayah Yala, Pattani, Narathiwat dan beberapa daerah di Songkhla dan berterusah sehingga kini.



Chaiyong berkata, lebih 5,000 orang terbunuh dan lebih 10,000 lagi cedera sepanjang keganasan itu.


Mereka yang terbunuh termasuk orang awam, pemimpin agama, sami Buddha, pegawai kerajaan tempatan, polis dan juga tentera.


Ia juga menyebabkan lebih 2,000 wanita menjadi janda dan 4,000 kanak-kanak menjadi yatim. - Bangkok Post

Friday, January 6, 2012

Pemisah Islam serang kem polis


NARATHIWAT: Lebih 30 suspek pemisah Islam menyerang kem polis di selatan Thailand semalam.

Dua pegawai polis mati dalam kejadian itu menjadikan enam orang setakat ini yang terkorban dalam keganasan di wilayah itu, dalam tempoh kurang daripada 24 jam. Tiga pegawai lagi turut tercedera. 


Dalam serangan awal pagi itu, mereka menyerbu asrama sewaktu pegawai polis sedang tidur di wilayah Narathiwat dan mencuri lima senjata berat dan peluru. 

“Serangan dirancang dengan baik, sebagai tindak balas kepada serbuan kami memusnahkan dua gudang senjata mereka, Disember lalu,” kata Ketua Polis, Kolonel Satanpah Wamasingha.- Bangkok Post

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal