Bismillahirrahmanirrahim

Thursday, November 26, 2009

MANILA - Turki bersetuju menyertai Kumpulan Hubungan Antarabangsa (ICG) dalam usaha memecah kebuntuan rundingan damai antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Duta Turki ke Filipina, Adnan Basaga mengesahkan penyertaan Ankara dalam ICG menerusi surat kepada Duta Filipina, Rafael Seguis dan pengerusi panel damai MILF, Mohagber Iqbal.

"Ini adalah langkah positif ke arah meneruskan semula rundingan damai rasmi yang dijadualkan bermula minggu pertama Disember nanti," kata Seguis.

Manila dan MILF bersetuju membentuk ICG semasa rundingan di Kuala Lumpur pada 15 September lalu.

Penubuhan ICG itu adalah antara tiga langkah kukuh yang dikenal pasti oleh kedua-dua pihak sebagai syarat awal rundingan damai.

ICG bertujuan mengembalikan kepercayaan antara kerajaan Filipina dan MILF serta membuka jalan kepada memulihkan rundingan damai yang terhenti sejak setahun lalu berikutan kegagalan menandatangani memorandum perjanjian tanah warisan.

Friday, November 20, 2009

2 mati ditembak di Pattani

YALA: Penyerang disyaki kumpulan pemisah Thailand didakwa menembak mati dua lelaki di Pattani, semalam.

Seorang pekerja buruh 32 tahun dibunuh ketika dalam perjalanan menjemput anaknya di sekolah.

Seorang lagi mangsa, pekerja universiti berusia 35 tahun dibunuh ketika pulang dari tempat kerja.

Sementara itu, lima tentera dan dua penduduk kampung cedera selepas sebutir bom motorsikal meletup di pusat pemeriksaan di Yala. Tiga daripada tentera itu dilapor parah. - AFP

Tuesday, November 17, 2009

NARATHIWAT - Polis Thailand menembak mati enam orang gerila pemisah yang turut disyaki terlibat membunuh seorang pemandu bas dan dua lelaki di selatan negara itu, kata polis semalam.

Kira-kira 4,000 orang maut dan beribu-ribu mangsa lagi cedera sejak kumpulan pemisah melancarkan serangan hampir enam tahun lalu di sempadan wilayah Thailand-Malaysia yang didiami majoriti penduduk Islam itu.

Pegawai-pegawai polis berkata, pihak polis bertindak mengepung sebuah rumah di wilayah Pattani semalam dan mengarahkan sekumpulan gerila yang berada di dalam kediaman itu menyerah diri.

Bagaimanapun, gerila-gerila terbabit enggan menyerah diri dan polis melepaskan tembakan menyebabkan enam gerila maut.

- AFP

Friday, November 13, 2009

This summary is not available. Please click here to view the post.

Filipina, MILF digesa berdamai

MANILA 13 Nov. - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Rodham Clinton hari ini berkata, sudah tiba masanya bagi Filipina memeterai perjanjian damai dengan kumpulan pemisah Islam terbesar di negara ini, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bagi menamatkan pemberontakan yang berlarutan selama 30 tahun.

Hillary yang melakukan lawatan ke Manila menggesa kedua-dua pihak supaya mencapai perjanjian damai sebelum penggal perkhidmatan Presiden Gloria Macapagal Arroyo berakhir pada Jun tahun depan.

Diplomat tertinggi AS itu memberi amaran, suasana rundingan mungkin berubah di bawah pentadbiran Presiden baru Filipina.

"Keadaan untuk mencapai perdamaian sangat sesuai. Rakyat mahu melihatnya dan saya berharap tidak ada sesiapa yang melepaskan peluang ini," kata Hillary pada forum awam yang disiarkan di televisyen ke seluruh negara, sehari selepas membincangkan isu itu dengan Arroyo dan pegawai lain.

Hillary mengulangi komitmen dan sokongan kerajaan AS untuk membantu menguruskan rundingan dengan MILF yang menjalankan kempen pemberontakan di Pulau Mindanao sejak 1978.

Tentera Filipina melaporkan lebih 150,000 orang terkorban dalam konflik itu.

Hillary percaya Arroyo 'sudah bersedia sepenuhnya' untuk membuat keputusan sukar bagi mencapai perdamaian dengan MILF.

"Saya mendapati adalah lebih mudah untuk membuat keputusan sukar itu apabila kita sudah hampir ke penghujung penggal kita, kerana kita mengetahui apa yang perlu dipertahankan dan kita sanggup mengharungi bahang politik," kata beliau.

Manila dan MILF menandatangani gencatan senjata baru pada Julai lalu, 11 bulan selepas rundingan damai terhenti ekoran beberapa serangan gerila ke atas perkampungan pendatang Kristian di Mindanao.

Serangan diketuai beberapa komander MILF itu dilancarkan selepas Mahkamah Agung Filipina menolak draf perjanjian yang akan memberi MILF kuasa politik dan ekonomi ke atas 700 wilayah yang dituntutnya sebagai tanah warisan penduduk Islam di selatan Filipina.

Kedua-dua pihak sejak beberapa bulan lalu berkata, rundingan damai boleh disambung semula tidak lama lagi, tetapi sehingga kini rundingan itu belum menjadi kenyataan. - AFP

Wednesday, November 11, 2009

NARATHIWAT: Pungutan suara di wilayah selatan bagi menentukan bentuk pentadbiran dikehendaki penduduk, selagi dibenarkan Perlembagaan Thailand, adalah pendekatan terbaik untuk menamatkan konflik wilayah bergolak yang sudah meragut hampir 4,000 nyawa sejak lima tahun lalu.

Ahli Parlimen Narathiwat, Dr Wanmahdee Wandaud, berkata kegagalan kerajaan Thailand di Bangkok mendapatkan pandangan rakyat wilayah selama ini dalam tindakan dan pendekatan yang dilaksana, menjadi punca semua usaha membina keamanan sukar dicapai.

Katanya, dalam keadaan lebih 90 peratus rakyat wilayah itu cenderung kepada pentadbiran autonomi, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva, masih menolak kaedah terbabit yang boleh disesuaikan dengan suasana Thailand, walaupun dibenar Perlembagaan.

“Apa jua bentuk autonomi termasuk seperti dicadangkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, di Hua Hin, baru-baru ini mendapat sokongan lebih 90 peratus rakyat di selatan, adalah dibenarkan Perlembagaan Thailand.

“Malangnya, tanpa rundingan dengan rakyat, Abhisit dengan mudah menolak cadangan autonomi ketika menjawab pertanyaan saya di Parlimen.

“Cadangan itu patut dirundingkan dengan pemimpin dan rakyat wilayah selatan yang lebih memahami keadaan dan keperluan mereka,” katanya kepada media Malaysia di sini, semalam.

Dr Wanmahdee berkata, keadilan dan pembangunan semata-mata seperti diyakini Abhisit tidak mampu menyelesaikan keganasan di wilayah itu.

Katanya, keadilan yang diharapkan rakyat bukan hanya perbicaraan adil di mahkamah dan sistem perundangan, tetapi dalam semua aspek termasuk sosioekonomi, budaya dan politik.

“Pentadbiran autonomi juga sebahagian daripada keadilan politik. Saya menyokong autonomi kerana ia masih boleh dilaksanakan tanpa memisahkan wilayah ini daripada Thailand,” katanya,

Beliau berkata, lawatan Najib bersama Abhisit ke wilayah selatan yang dijangka pada Disember ini juga tidak mampu membawa perubahan, selagi Bangkok enggan mendengar suara dan menerima pendirian rakyat.

Katanya, dalam perkembangan sama, pentadbiran Abhisit dijangka meluluskan pembentukan satu badan pentadbiran baru diketuai pegawai kerajaan yang dilantik Perdana Menteri untuk mengawasi lima wilayah selatan merangkumi Singgora, Satun, Yala, Pattani dan Narathiwat, minggu depan.

“Saya menuntut Parlimen peringkat tempatan dengan wakilnya dipilih rakyat ditubuhkan bagi menjadi pengawas perjalanan badan itu,” katanya.

Friday, November 6, 2009


BANGKOK - Lebih separuh rakyat Thailand menentang idea penubuhan wilayah semi autonomni 'Kota Patani' di selatan negara itu yang dicadangkan pengerusi Parti Puea Thai, Chavalit Yongchaiyudh.

Keputusan tersebut didedahkan satu tinjauan pendapat yang lakukan Universiti Suan Dusit Rajabhat dengan menemu bual 364 penduduk di selatan Thailand dan beberapa kawasan lain pada 3 hingga 5 November lalu.

Tinjauan mendapati 72 peratus responden menentang idea penubuhan 'Kota Patani' itu.

Responden berpendapat cadangan tersebut akan memisahkan Thailand kepada dua bahagian dan menyebabkan jurang sosial dalam kalangan rakyat yang mampu mencetuskan keganasan dan menggugat keselamatan negara.

Hanya 17 peratus penduduk yang menyokong idea Chavalit dengan alasan cadangan itu mampu memulihkan dan meningkatkan pembangunan di selatan Thailand.

Mereka yang menyokong idea tersebut menjadikan Pataya dan Chiang Mai sebagai contoh kawasan yang berkembang maju dan membangun sebaik saja ia diisytiharkan sebagai bandar pentadbiran khas.

Menurut tinjauan, 10.6 peratus responden merasakan cadangan Chavalit itu mempunyai agenda tersembunyi dan sekadar kempen politik Parti Puea Thai.

Rata-rata responden meminta penjelasan yang lebih terperinci dan mendalam mengenai cadangan berkenaan supaya keputusan tepat dapat dibuat.

Thursday, November 5, 2009

Autonomi tidak akan berhasil

BANGKOK 5 Nov. - Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva (gambar) berkata, autonomi di selatan Thailand tidak akan berhasil.

"Saya yakin keadilan adalah cara terbaik untuk menyelesaikan konflik (di sana)," katanya pada persidangan Parlimen Thailand, hari ini ketika menjawab soalan daripada anggota Parlimen Narathiwat, Dr. Waemahadee Waedaoh.

Sesetengah pihak berpendapat kemerdekaan yang dituntut oleh kumpulan pemisah di Pattani, Yala dan Narathiwat tidak wajar, namun Thailand seharusnya menawarkan tahap tertentu autonomi kepada wilayah yang majoritinya penduduk Islam.

Timbalan Perdana Menteri Thailand Suthep Thaugsuban juga berpendapat autonomi tidak akan berhasil di wilayah itu tetapi tidak mengulas lanjut.

"Saya tidak akan buat sebarang kenyataan yang akan menimbulkan pertikaian," katanya semasa ditanya mengenai kenyataan Timbalan Presiden Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO) Kasturi Mahkota bahawa mereka bersedia berunding dengan kerajaan Thailand melalui pihak ketiga, termasuk Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima jemputan Abhisit untuk melawat wilayah bergolak di selatan Thailand pada bulan depan selepas mesyuarat perundingan tahunan mereka di ibu negara itu.

Lebih 3,600 orang terbunuh dalam keganasan sejak kumpulan pemisah menyambung semula perjuangan bersenjata mereka pada Januari, 2004 bagi menuntut kemerdekaan untuk Pattani, Narathiwat dan Yala yang bersempadan dengan Malaysia.

Bangkok, yang telah mengerahkan lebih 60,000 anggota tentera ke wilayah berkenaan, berkata keganasan telah menurun berbanding tahun-tahun sebelum ini, tetapi kejadian pengeboman dan tembakan masih berlaku.

Mengenai rancangan lawatan oleh pengerusi parti pembangkang Parti Puea Thai dan bekas Perdana Menteri Chavalit Yongchaiyudh ke Malaysia dan mempromosikan cadangannya bagi autonomi 'Bandaraya Pattani', Suthep berkata, beliau tidak bimbang kerana ia merupakan isu domestik.

"Kami akan meneruskan dasar-dasar kami," katanya.

Chavalit berkata, beliau telah meminta untuk mengadakan perjumpaan dengan pegawai Malaysia semasa lawatan ke Malaysia pada minggu depan untuk membincangkan beberapa isu kepentingan bersama, termasuk masalah di selatan, beras, getah dan industri halal. - BERNAMA

Wednesday, November 4, 2009

Lima maut di selatan Thailand

YALA: Kumpulan disyaki pemisah selatan Thailand didakwa membunuh lima penduduk Islam, majoriti adalah orang awam, semalam.

Polis menyatakan, lelaki bersenjata menembak mati bekas ketua sebuah kampung dan timbalannya ketika mereka menaiki sebuah kereta di Yala.

Seorang penduduk Islam pula ditembak mati selepas sekumpulan lelaki menceroboh masuk ke rumahnya di Narathiwat malam semalam.

Dua lagi mangsa adalah renjer yang ditembak mati dalam dua kejadian berasingan di Pattani,Seorang lagi renjer pula dilapor cedera parah akibat letupan bom di di Pattani.

Lebih 3,900 orang maut ditembak, letupan bom, dipancung kepala, dibakar di wilayah itu sejak krisis bermula Januari 2004. - AFP

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal