Bismillahirrahmanirrahim

Wednesday, February 17, 2010

MILF tolak tawaran Manila

MANILA: Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menolak tawaran damai terbaru Presiden Gloria Arroyo dan menganggap ia tidak wajar dipertimbangkan.
Perunding MILF, Mohagher Iqbal, berkata kemahuan mereka adalah mentadbir sebuah negeri yang dikawal sepenuhnya kumpulan itu.


“Kami tidak mahu menjadi tidak lebih daripada wakil Manila di selatan Filipina,” katanya semalam.


Melalui tawaran Manila itu, kerajaan menawarkan perkongsian kuasa dalam beberapa aspek, termasuk pungutan cukai dan kawalan sumber semula jadi.


Disebabkan itu, MILF menganggap tawaran berkenaan tiada bezanya daripada cadangan sebelum ini.


“Kerajaan akan terus mengawal hidup orang Islam di selatan Filipina,” katanya. Bagaimanapun, Mohagher mengakui MILF dan perunding kerajaan tetap mencari persefahaman.

Cuma, katanya, perjanjian itu mungkin tidak dapat ditandatangani sebelum Gloria menamatkan penggal pemerintahannya pada 30 Jun ini.


“Kemungkinan perjanjian dimuktamadkan sebelum Gloria berundur agak tipis,” katanya.


Gloria menandatangani gencatan senjata pada 2003 untuk membuka jalan rundingan damai. - AFP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal