Bismillahirrahmanirrahim
Wednesday, March 17, 2010
YALA: Pihak berkuasa melaporkan tiga penduduk, termasuk seorang remaja lelaki ditembak mati kumpulan disyaki kumpulan pemisah selatan Thailand, semalam.
Remaja 13 tahun itu maut manakala ibu dan bapanya cedera parah selepas kereta yang mereka naiki ditembak kumpulan penyerang di Yala.
Manakala seorang lelaki berusia 38 tahun pula mati ditembak ketika dalam perjalanan pulang dari masjid di Pattani. Anak mangsa berusia tujuh tahun cedera.
Seorang lagi mangsa, lelaki berusia 43 tahun dilapor maut ditembak di rumahnya di Narathiwat.
Insiden berlaku ketika Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva dijadual tiba di selatan Thailand untuk mengiringi Putera Mahkota, Maha Vajiralongkorn pada upacara pengebumian komander polis yang terbunuh di wilayah itu minggu lalu. - AP
Label: Pattani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment