Bismillahirrahmanirrahim
Tuesday, April 5, 2011
COTABATO, Filipina 4 April – Beratus-ratus penduduk melarikan diri dari sebuah kawasan perkampungan di Filipina ketika angka kematian akibat pertempuran antara pejuang Islam dan sebuah keluarga berpengaruh meningkat kepada 11 orang. Jurucakap tentera tempatan, Kolonel Prudencio Asto berkata, kira-kira 150 anggota bersenjata keluarga itu dan 130 gerila Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) berada di perkampungan Tenok hari ini, sehari selepas pertempuran itu. ‘‘Pertempuran semalam berlaku sebelum bermula rundingan damai antara kerajaan dan MILF yang dijangka diadakan pada hujung bulan ini dan tentera mengerahkan lebih 100 askar ke kawasan itu bagi mententeramkan keadaan,’’ katanya. Beliau berkata, pegawai pemerintah pasukan itu diarah mewujudkan pasukan penampan bagi menghalang pertempuran. ‘‘Angka kematian akibat pertempuran itu meningkat kepada 11 orang dengan penemuan dua mayat pengikut keluarga Mangudadatu yang diisytiharkan hilang selepas pertempuran itu,’’ uarnya. Anggota keluarga paling berpengaruh adalah Gabenor Wilayah Maguindanao dan tentera menyatakan beliau tidak terlibat dalam pertempuran itu. ‘‘Penduduk awam Tenok kini sudah dipindahkan,’’ kata Asto. Asto berkata, dendam antara kedua-dua pihak merupakan punca pertempuran itu dan tidak membabitkan kempen untuk mencapai kemerdekaan oleh MILF. MILF yang mengadakan gencatan senjata dengan Manila tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pertempuran itu. – AFP
Label: MILF
0 ulasan:
Post a Comment