Bismillahirrahmanirrahim
Tuesday, April 19, 2011
YALA - Seorang maut dan 23 lagi cedera dalam letupan bom kereta di Yala, selatan Thailand, iaitu serangan terbaru di wilayah yang dihuni penduduk Islam, semalam. Menurut polis, bom itu meletup di kawasan perniagaan Yala, sekitar 100 meter dari pasar makanan, membunuh sekurang-kurangnya seorang renjer dan mencederakan empat renjer lain serta 19 orang awam. Yala adalah salah satu daripada tiga wilayah selatan Thailand yang dicemari keganasan sejak 2004 yang menyaksikan lebih 4,500 orang terbunuh. Pergolakan mula berlaku selepas penduduk Islam di wilayah itu mendakwa budaya mereka tidak dihormati dan tidak difahami oleh rakyat Thailand yang kebanyakannya terdiri daripada penganut agama Buddha.
Label: Pattani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment