Bismillahirrahmanirrahim

Monday, May 9, 2011

MILF henti kempen pemisah di selatan

MOHAGHER Iqbal ketika   rundingan dengan kerajaan Filipina  Quezon City, Filipina.
MOHAGHER Iqbal ketika rundingan dengan kerajaan Filipina Quezon City, Filipina.
Pemimpin sedia kongsi pentadbiran Mindanao dengan Kerajaan Pusat

MANILA: Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), sebuah kumpulan pemisah Filipina secara rasmi membatalkan pendirian untuk keluar daripada negara itu dengan membentuk pemerintahan sendiri di rantau selatan.

“ Sebaliknya, pemimpinnya mencadangkan supaya selatan Filipina itu terus ada hubungan dari segi pentadbiran dengan kerajaan”, kata pemimpinnya.

“Dalam deraf antara pergerakan itu dengan Kerajaan Filipina, MILF bersetuju supaya Mindanao diperintah secara langsung dan bersama-sama dengan kerajaan Persekutuan,” kata ketua perunding pemisah, Mohagher Iqbal kepada Gulf News.

Cadangan MILF itu terkandung dalam dokumen bagi menyelesaikan isu Bangsamoro bagi menggantikan Entiti Kehakiman Bangsamoro (BJE) pada 2008.

“Selepas pindaan dibuat Februari lalu, perjanjian komprehensif MILF kepada kerajaan juga menyatakan secara khusus bahawa ‘MILF tidak lagi menuntut untuk keluar dari Filipina,” kata Mohagher.

Cadangan MILF bertujuan menamatkan kempen pemberontakan bersenjata sejak beberapa dekad lalu di selatan Filipina.
Sekali gus pendirian baru itu bermakna MILF menamatkan cita-citanya menubuhkan sebuah negara Islam bebas, kata orang kanan pergerakan itu serta menambah cadangan itu diberi kepada pengantara rundingan damai dari Malaysia antara kerajaan dan MILF ketika rundingan damai berlangsung minggu lalu.

Sambil menyifatkan cadangan MILF sebagai perkara penting, Mohagher berkata, langkah itu adalah satu ‘penyelesaian menang-menang’ selepas mereka berazam tidak menuntut pemisahan tetapi ‘kerjasama dan perpaduan’ dengan Kerajaan Filipina.

MILF mendedahkan inti pati cadangan penyelesaian politik dengan kerajaan pada penghujung mesyuarat dua hari di sini dengan diplomat dan anggota Kumpulan Hubungan Antarabangsa (ICG).

Pada 2010, kerajaan dan MILF bersetuju menubuhkan ICG untuk memantau rundingan damai mereka ke arah menguat kuasa penyelesaian politik.

Mohagher berkata, berdasarkan cadangan baru, penduduk Moro berkuasa menentukan keseluruhan aspek pentadbiran kecuali pertahanan, hal-ehwal luar, mata wang dan pos.

“Konsep seperti ini tidak semestinya bermakna kemerdekaan, ia satu tahap di bawah kemerdekaan,” kata Mohagher.

Penasihat proses damai kerajaan, Teresita Deles, pula berpendapat semua pihak yang ada kepentingan dalam penyelesaian isu selatan Filipina perlu memberi peluang kepada MILF supaya dapat menunjukkan mereka benar-benar berusaha ke arah keamanan.

“Sejarah proses damai di dunia menunjukkan wujud pihak yang membatalkan cita-cita mendapatkan kuasa dan kekayaan bagi matlamat lebih murni. Saya percaya pihak itu boleh menolak kepentingan peribadi,” katanya. – Agensi

INFO
Cadangan MILF


  • MILF cadang agihan 75-25 peratus perkongsian aset Mindanao.

  • Pentadbiran bersama membabitkan 30 peratus kawasan minoriti Islam di Mindanao dan pulau sekitarnya.

  • 0 ulasan:

    Google News

     

    Tentera Mahdi | Tentera Dajjal