Bismillahirrahmanirrahim

Thursday, January 14, 2010

2 dibunuh, dibakar

YALA: Sepasang suami isteri ditembak mati sebelum dibakar dalam kejadian keganasan terbaru di selatan Thai, semalam.


Polis mendakwa kumpulan militan Islam bertanggungjawab terhadap kejadian di Pattani itu.

Dalam kejadian lain, seorang bapa juga mati setelah keluarganya diserang, didakwa oleh kumpulan yang sama.

Keganasan yang meletus enam tahun lalu di wilayah selatan Thai yang majoriti penduduknya beragama Islam dan keturunan Melayu telah menyebabkan lebih 4,100 orang terbunuh.

Dalam kejadian semalam, seorang lelaki berusia 51 tahun dan isterinya, 42, dalam perjalanan ke tempat kerja dengan bermotosikal apabila mereka diserang.

Polis berkata, penyerang kemudian menyimbah minyak pada mayat pasangan beragama Buddha itu lalu membakarnya di tengah jalan.

Kumpulan yang sama juga dipercayai menyerang seorang lelaki Buddha, isteri, anak perempuannya berusia 11 tahun dan bayi berumur 10 bulan.

Lelaki itu dan anak perempuannya cedera dalam kejadian itu tetapi lelaki terbabit mati kemudian di hospital.

Sementara itu, dua anggota tentera cedera akibat jerangkap samar tidak lama selepas itu.

Keganasan di selatan Thai bermula 4 Januari lalu 2004 dan menjadi semakin buruk sejak itu.

Wilayah berkenaan satu ketika dulu diperintah oleh raja Melayu sebelum dijajah oleh kerajaan Buddha Siam pada 1902.

Militan terbabit tidak mendedahkan matlamat mereka secara umum dan menggunakan pelbagai cara dalam serangan, termasuk memenggal mangsa. - AP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal