Bismillahirrahmanirrahim

Friday, January 6, 2012

Enam terbunuh kena tembak di Narathiwat


NARATHIWAT: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam beberapa kejadian tembakan berasingan di wilayah bergolak di selatan Thailand yang bersempadan dengan Malaysia, semalam. 

Ketua balai polis tempatan, Kolonel Satanpah Wamasingha berkata, dalam kejadian pertama, lebih 30 orang disyaki pemisah, menyerang sebuah kem polis di Narathiwat dan menembak mati dua pegawai.
“Kumpulan pemisah menyerbu asrama pada awal pagi ketika pegawai berkenaan masih tidur. Mereka juga mencuri laras senapang dan peluru. Tiga lagi pegawai cedera dalam serangan itu.
“Mereka merancang serangan ini dengan rapi sebagai membalas dendam kejayaan polis menyerbu dan memusnahkan dua gudang senjata mereka Disember lalu,” katanya. 

Di wilayah sama awal pagi semalam, kumpulan lelaki bersenjata menembak mati seorang lelaki dan mencederakan isterinya ketika mereka menaiki trak di bandar Sungai Kolok. 

Di Pattani, dua lelaki terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam dua kejadian tembakan dari kenderaan awal tengah hari semalam. 

Awal kelmarin, seorang penduduk kampung ditembak mati ketika dalam perjalanan pulang ke rumah daripada bekerja di sebuah ladang getah di Yala. 
Data yang dikeluarkan aktivis hak asasi Deep South Watch menyatakan, pergolakan di selatan Thailand sudah membunuh dan mencederakan 8,300 orang sejak ia bermula pada 2004. 

Penduduk di wilayah itu yang majoritinya beragama Islam mendakwa, mereka kerap menjadi mangsa diskriminasi dan tindakan keras pihak berkuasa, termasuk dakwaan penganiayaan oleh pasukan tentera. – AFP 

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal