Bismillahirrahmanirrahim

Thursday, December 17, 2009

YALA 17 Dis. - Bayi berusia dua tahun bersama ayahnya adalah antara lima mangsa yang terbunuh dalam keganasan terbaru di wilayah selatan Thailand, kata polis hari ini.

Kanak-kanak dan ayahnya, seorang penolong ketua kampung itu ditembak mati ketika dalam perjalanan pulang menaiki motosikal di wilayah Yala, semalam.

Semasa kaum keluarga bergegas membawa mangsa ke hospital, pihak berkuasa pula telah menyangka mereka adalah militan dan melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang dinaiki menyebabkan dua orang cedera.

Menurut polis, penolong ketua kampung dan anak perempuannya itu terbunuh sebelum sempat tiba di hospital.

Sementara itu, seorang lagi lelaki berusia 51 tahun telah ditembak mati ketika sedang duduk di luar rumahnya di wilayah Narathiwat, awal semalam.

Seorang pemberontak berusia 23 turut terbunuh dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dengan kumpulan bersenjata di wilayah Yala, semalam.

Pada tengah malam tadi pula, anggota sukarela pasukan keselamatan rakyat yang berusia 24 tahun ditembak mati di wilayah sama ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari tempat kerja.

Lebih 4,000 orang telah terbunuh dan beribu-ribu lagi cedera sejak pemberontakan tercetus pada Januari 2004 di wilayah selatan Thailand ini. - AFP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal