Bismillahirrahmanirrahim

Sunday, December 13, 2009

Militan serang jel

MANILA: Sekumpulan lelaki disyaki militan Islam menyerang sebuah penjara di selatan Filipina semalam dan membebaskan 31 banduan.

Kejadian itu mencetuskan pertempuran dengan pasukan keselamatan yang mengorbankan dua orang.

Timbalan Gabenor Pulau Basilan, Al Rasheed Sakalahul berkata, 70 lelaki bersenjata berat memotong mangga selepas meruntuhkan tembok penjara di bandar Isabela untuk membebaskan rakan mereka.

Seorang penyerang dan seorang pengawal penjara terbunuh dalam pertempuran yang menyusuli kejadian itu.

Penyerang dan banduan terbabit kemudian melarikan diri ke hutan di kawasan pergunungan berhampiran dengan menaiki beberapa kenderaan.

Banduan yang melarikan diri itu termasuk lima pejuang Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), kumpulan yang terbabit dalam rundingan damai dengan kerajaan dan 12 anggota Abu Sayyaf.

Antara yang melepaskan diri itu ialah komander pejuang Moro, Dan Asnawi dan seorang lagi gerila yang dituduh memenggal 10 tentera Filipina pada 2007.

Al Rasheed berkata, sehingga petang semalam, belum ada banduan atau penyerang ditangkap. - AFP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal