Bismillahirrahmanirrahim

Thursday, December 17, 2009

Lima mati dibunuh di Yala

YALA: Seorang kanak-kanak dan bapanya antara lima penduduk Islam dibunuh dalam keganasan terbaru di wilayah selatan Thailand yang menyaksikan pemberontakan sejak Januari 2004.

Budak perempuan berusia dua tahun dan bapanya, pembantu ketua kampung ditembak mati ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Yala malam kelmarin, kata polis.

Saudara mangsa bergegas mengejarkan mereka ke hospital semasa pasukan keselamatan yang menyangka mereka militan melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang dinaiki menyebabkan dua cedera.

Pembantu ketua kampung dan anak itu mati sebelum tiba di hospital, kata polis.

Terdahulu seorang penduduk kampung berusia 51 tahun ditembak mati ketika beliau duduk di luar rumahnya dalam kejadian di wilayah Narathiwat.

Manakala dalam kejadian kelmarin, seorang militan berusia 23 tahun terbunuh dalam satu pertempuran dengan pasukan keselamatan dan pemberontak di daerah Yala, kata polis.

Pada tengah malam seorang ahli sukarela pasukan pertahanan awam berusia 24 tahun ditembak mati dalam kejadian di wilayah sama ketika mangsa dalam perjalanan dari tempat kerja.

Lebih 4,000 dibunuh manakala beribu-ribu lagi cedera sejak pemberontakan tercetus pada Januari 2004 di wilayah selatan Thailand. - AFP


0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal