Bismillahirrahmanirrahim

Friday, November 14, 2008

Filipina-MILF digesa berdamai

MANILA - Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) semalam menggesa kerajaan Filipina dan kumpulan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menghentikan pertempuran bagi mengelakkan risiko terhadap orang awam dan gangguan terhadap proses damai.

Kerajaan Filipina pimpinan Presiden Gloria Macapagal Arroyo dan MILF perlu memulakan rundingan damai dan menghentikan sebarang pertempuran yang tercetus sejak April lalu, kata Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu.

Dalam tulisannya di laman web pertubuhan tersebut, beliau berkata pertempuran di Mindanao akan memberikan ruang kepada pihak-pihak tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan mengganggu proses damai.

Ekmeleddin berkata kedua-dua pihak perlu bertindak mencari jalan penyelesaian kreatif bagi meneruskan proses damai itu.

Dalam pada itu Arroyo yang ditemui di New York kelmarin menyifatkan kestabilan adalah penting dan perlu dikukuhkan terlebih dahulu sebelum rundingan damai dapat dimulakan.

Jurucakap MILF, Eid Kabalu pula berkata pihaknya sentiasa bersedia untuk berunding jika kerajaan ikhlas mengiktiraf tanah orang Islam.

“Pintu kami sentiasa terbuka untuk berunding,” kata Eid.

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal