Bismillahirrahmanirrahim

Thursday, December 31, 2009

YALA - Dua askar maut dalam letupan bom di Pattani ketika kawalan keselamatan ditingkatkan menjelang tahun baru dan ulang tahun keenam pemberontakan di selatan Thailand.

Polis berkata, letupan itu memusnahkan sebuah trak yang membawa lima askar ketika mereka sedang meronda di laluan yang digunakan guru-guru di wilayah itu.

Dua askar maut di tempat kejadian manakala tiga rakan mereka cedera parah.

Polis berkata, bom itu mengandungi bahan letupan seberat 15 kilogram dan diletupkan dari jarak jauh dengan menggunakan telefon bimbit.

Kabinet mengadakan mesyuarat semalam berikutan kebimbangan militan mungkin melancarkan serangan sempena tahun baru.

"Semua pegawai keselamatan meningkatkan langkah berjaga-jaga sempena cuti tahun baru," kata ketua tentera, Jeneral Anupong Paojinda.

Beliau mempertahankan tindakan kerajaan mendaftarkan motosikal dan kereta dengan kod khas di selatan Thailand selepas beberapa pemilik mendapati kenderaan mereka dimusnahkan.

"Satu-satunya kumpulan yang tidak bersetuju dengan tindakan itu ialah militan," katanya.

Wednesday, December 30, 2009

Dua askar Thailand terbunuh




ANGGOTA keselamatan memeriksa kawasan berlakunya serangan bom tepi jalan yang mengorbankan dua askar kerajaan di wilayah Pattani, selatan Thailand, semalam.

Bom seberat 15 kilogram diletup dari jauh menggunakan telefon bimbit

YALA: Letupan bom tepi jalan membunuh dua askar dalam keganasan terbaru di selatan Thailand semalam ketika pihak berkuasa meningkatkan keselamatan menjelang sambutan tahun baru dan ulang tahun keenam pemberontakan di wilayah terbabit.

Letupan membabitkan sebuah trak membawa lima ahli pasukan renjer ketika mereka meronda di laluan yang digunakan guru di wilayah Pattani, satu daripada tiga wilayah bermasalah bersempadan dengan Malaysia.

Dua askar mati di tempat kejadian manakala tiga yang lain parah. Polis berkata bom terbabit mengandungi 15 kilogram bahan letupan dan diletupkan dari jauh menggunakan telefon bimbit.

Kabinet khas kerajaan Thailand bagi menangani pemberontakan mengadakan satu mesyuarat semalam berikutan kebimbangan militan meningkatkan serangan menjelang sambutan Tahun Baru.

"Pegawai keselamatan terbabit meningkatkan langkah keselamatan menjelang cuti sambutan Tahun Baru," kata ketua tentera, Jeneral Anupong Paojinda kepada pemberita selepas mesyuarat terbabit di Bangkok.

Anupong juga mempertahankan langkah baru kerajaan untuk mendaftar motosikal dan kenderaan dengan kod bar di selatan selepas beberapa pemiliknya didapati mendapati bahawa kenderaan mereka dipergunakan.

"Kenderaan banyak digunakan dalam serangan jadi kami mahu mengawal kenderaan secara berkesan di kawasan terbabit. Satu-satunya kumpulan yang tidak akan bersetuju dengan langkah itu adalah militan," katanya.

Lebih 4,000 penduduk dilaporkan terbunuh manakala beribu-ribu lagi cedera sejak pemberontakan tercetus pada Januari 2004 ketika militan menyerbu sebuah kem tentera di selatan negara itu yang membunuh empat askar. - AF



PASUKAN keselamatan Thai memeriksa kawasan kejadian serangan di Pattani, selatan Thailand, semalam. - REUTERS


YALA, Thailand 30 Dis. - Letupan bom di tepi sebuah jalan raya telah mengorbankan dua anggota tentera di selatan Thailand hari ini.

Menurut polis, kejadian itu berlaku ketika pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan sempena sambutan Tahun Baru dan ulang tahun keenam pemberontakan di wilayah itu.

Letupan itu berlaku menerusi sebuah trak yang membawa lima anggota pasukan renjer ketika mereka memantau jalan raya yang digunakan oleh guru-guru di wilayah Pattani, satu daripada tiga wilayah bergolak berdekatan sempadan Malaysia.

Dua anggota tentera itu mati di tempat kejadian sementara tiga yang lain mengalami kecederaan parah.

Polis berkata, bom itu mengandungi 15 kilogram bahan letupan dan diletupkan menggunakan alat kawalan jauh menerusi telefon bimbit.

Kabinet Khas kerajaan Thailand berhubung pemberontakan pemisah, telah mengadakan satu mesyuarat hari ini berikutan kebimbangan serangan militan pada Tahun Baru.

"Semua pegawai keselamatan telah meningkatkan langkah-langkah sewajarnya sempena cuti Tahun Baru ini," kata ketua tentera, Jeneral Anupong Paojinda kepada pemberita selepas mesyuarat selesai di Bangkok.

Anupong turut mempertahankan langkah baru kerajaan supaya semua motosikal dan kereta didaftar dengan kod bar di selatan, selepas segelintir pemilik mendapati kenderaan yang ditanda telah dimusnahkan.

"Kenderaan banyak digunakan dalam kebanyakan serangan, jadi kami mahu mengawal kenderaan secara efektif di kawasan terlibat. Satu-satunya kumpulan yang tidak bersetuju dengan langkah itu ialah puak militan," katanya.

Lebih 4,000 penduduk telah terbunuh manakala ratusan daripadanya mengalami kecederaan sejak pemberontakan tercetus bermula Januari 2004, semasa puak militan menyerang pangkalan tentera di selatan, menyebabkan empat anggota tentera terbunuh.

Ketegangan telah lama berlaku di negara itu sejak penganut Buddha di Thailand menguasai dan mengambil alih pemerintahan kesultanan Melayu Islam pada tahun 1902. - AFP

Sunday, December 27, 2009

YALA - Tiga penduduk kampung dan dua militan maut dalam keganasan terbaru yang melanda wilayah selatan Thailand, kata polis, semalam.

Suspek militan didakwa menembak mati seorang penduduk Islam berumur 39 tahun di luar rumahnya di Pattani, kelmarin.

Kumpulan pemberontak juga membunuh dua lelaki Islam berumur 25 dan 20 tahun ketika mereka sedang menaiki motosikal di wilayah Yala.

Pasukan keselamatan menyerbu sebuah rumah di Yala semalam dengan menembak mati seorang suspek pemberontak yang berumur 32 tahun dalam pertempuran selama lebih 10 minit.

Dalam serbuan ke atas sebuah rumah lain di wilayah sama, pasukan keselamatan turut menembak mati seorang lagi suspek militan.

Lebih 4,000 penduduk maut dan beribu-ribu lagi cedera sejak kumpulan pemisah melancarkan pemberontakan di selatan Thailand pada Januari 2004.

Penduduk Islam dan Buddha sering menjadi sasaran serangan di tiga wilayah majoriti penduduk Islam itu.

Pergolakan di Yala, Narathiwat dan Pattani turut menjejaskan industri pelancongan di Thailand.

Lima mati di Selatan Thailand

YALA: Tiga penduduk kampung Muslim dan dua militan maut dalam insiden keganasan di wilayah selatan Thailand semalam.

Anggota militan menembak mati seorang penduduk berusia 39 tahun ketika dia sedang berdiri di depan rumahnya di wilayah Pattani kelmarin, kata polis.

Selepas tengah malam, sekumpulan pemberontak juga menembak mati dua lelaki berusia 25 dan 20 tahun, ketika mereka sedang menunggang motosikal di wilayah Yala. Lelaki ketiga cedera dalam serangan berkenaan.

Semalam, anggota polis dan tentera menyerbu sebuah rumah diduduki penentang di Yala dan seorang anggota militan berusia 32 tahun terbunuh dalam kejadian tembakan selama 10 minit, kata polis.

Dalam serbuan kedua di sebuah rumah di Yala, pasukan polis yang sama membunuh seorang lagi pejuang.

Lebih 4,000 orang terbunuh dan beribu-ribu lagi cedera sejak pemberontakan meletus pada Januari 2004. � AFP

Friday, December 25, 2009

Kemunculan al-Masih Dajjal...

Wednesday, December 23, 2009

3 maut di Narathiwat, Pattani

NARATHIWAT: Tiga orang, termasuk seorang tentera laut dan suspek militan, terbunuh dalam dua pertempuran berasingan di selatan Thailand, semalam.

Sumber tentera berkata, 100 anggota keselamatan dibantu helikopter mengepung sebuah rumah di Bacho, Narathiwat sejak awal pagi untuk menahan militan yang ada di dalamnya.

Ketika pertempuran berlangsung, seorang anggota marin terbunuh bersama seorang militan.

Apabila pertempuran berlanjutan, seorang pegawai kanan polis cedera ditembak.


Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki Muslim berusia 28 tahun ditembak mati di daerah Sai Buri, Pattani. - AFP

e-book


Ebook yang amat menarik untuk dibaca. William G Carr adalah seorang bekas anggota perisik rahsia Inggeris yang tahu mengenai selok belok gerakan yahudi dan zionisme. Selamat Membaca!


Saturday, December 19, 2009




TENTERA mengawal trak pikap renjer yang musnah akibat letupan bom di Bacho, Narathiwat semalam.

NARATHIWAT: Tiga renjer tentera terbunuh sementara dua yang lain termasuk seorang pegawai kerajaan tempatan cedera parah dalam satu serangan bom di wilayah selatan bergolak Thailand, kata pihak berkuasa semalam.

Suspek pemisah meletupkan bom dibungkus dengan kira-kira 25 kilogram bahan letupan di tengah jalan di daerah Bacho di wilayah bergolak di sini, kata seorang pegawai tentera.

Empat renjer terbabit sedang membuat rondaan bersama seorang penolong pegawai daerah apabila letupan mengenai trak pikap dinaiki mereka menyebabkan satu lubang besar terbentuk di tengah jalan, katanya.

Tiga daripada empat renjer terbabit terbunuh di tempat kejadian sementara yang keempat dan pegawai berkenaan dibawa ke hospital dalam keadaan parah, tambahnya.

Lebih 4,000 orang terbunuh dan ribuan lagi cedera sejak pemberontakan pemisah meletus pada Januari 2004 di wilayah selatan Thailand bersempadan Malaysia. � AFP

Friday, December 18, 2009

PATTANI - Seramai 13 orang cedera apabila sebutir bom meletup di sebuah restoran dalam daerah Muang, Pattani, kelmarin.

Mangsa terbunuh adalah lima askar renjer dan lapan penduduk awam, terdiri daripada enam lelaki dan tujuh wanita.

Semua mangsa dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan sejurus letupan berlaku sekitar tengah hari kelmarin.

Pasukan pemusnah bom yang memeriksa tempat kejadian berkata, bom tersebut diletakkan di dalam pasu di restoran berkenaan dan diletupkan menggunakan isyarat telefon bimbit ketika pelanggan sedang menikmati makan tengah hari.

Sementara itu, seorang sukarela pertahanan, Isho Jeni, 28, mati ditembak pada awal pagi kelmarin di daerah Yaring, Pattani ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Satu lagi serangan bom turut dilaporkan pada pagi kelmarin dalam wilayah sama dengan menyebabkan lima askar cedera.

Di Yala, laporan perisikan mendakwa seorang daripada tiga warga Thailand, yang disyaki pakar bom, ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia pada Isnin lalu.

Thursday, December 17, 2009

Militan lari penjara ditahan

ISABELA: Pasukan tentera Filipina menangkap semula seorang militan yang melarikan diri dari sebuah penjara dan menggugurkan beribu-ribu risalah menawarkan ganjaran kepada penduduk kampung yang membantu untuk menangkap 28 yang lain.

Kira-kira 2,000 tentera, marin dan polis menjejaki tahanan yang kebanyakannya berhadapan dakwaan membabitkan keganasann meloloskan diri dari penjara di wilayah Basilan yang diserang gerila Ahad lalu.

Kebanyakan 31 banduan yang melarikan diri adalah anggota Barisan Pembebasan Islam Moro, dan kumpulan pelampau Abu Sayyaf.

Seorang pengawal terbunuh ketika kejadian di penjara itu, kata polis. Seorang tahanan terbunuh manakala yang lain berjaya ditahan semula.

Militan Abu Sayyaf, Aseng Sahibul ditahan polis kelmarin di Isabela, Basilan. Kerajaan menawarkan ganjaran 200,000 peso kepada sesiapa yang membantu sehingga tertangkapnya Sahibul yang berhadapan dakwaan membunuh dan menculik, kata Leftenan Kolonel Gamal Hayudini.

Hayudini mengetuai operasi menggugurkan lebih 14,000 risalah dari dua helikopter tentera di Isabela dan enam bandar berhampiran di mana tahanan dipercayai melarikan diri. - AP

Lima mati dibunuh di Yala

YALA: Seorang kanak-kanak dan bapanya antara lima penduduk Islam dibunuh dalam keganasan terbaru di wilayah selatan Thailand yang menyaksikan pemberontakan sejak Januari 2004.

Budak perempuan berusia dua tahun dan bapanya, pembantu ketua kampung ditembak mati ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Yala malam kelmarin, kata polis.

Saudara mangsa bergegas mengejarkan mereka ke hospital semasa pasukan keselamatan yang menyangka mereka militan melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang dinaiki menyebabkan dua cedera.

Pembantu ketua kampung dan anak itu mati sebelum tiba di hospital, kata polis.

Terdahulu seorang penduduk kampung berusia 51 tahun ditembak mati ketika beliau duduk di luar rumahnya dalam kejadian di wilayah Narathiwat.

Manakala dalam kejadian kelmarin, seorang militan berusia 23 tahun terbunuh dalam satu pertempuran dengan pasukan keselamatan dan pemberontak di daerah Yala, kata polis.

Pada tengah malam seorang ahli sukarela pasukan pertahanan awam berusia 24 tahun ditembak mati dalam kejadian di wilayah sama ketika mangsa dalam perjalanan dari tempat kerja.

Lebih 4,000 dibunuh manakala beribu-ribu lagi cedera sejak pemberontakan tercetus pada Januari 2004 di wilayah selatan Thailand. - AFP


YALA 17 Dis. - Bayi berusia dua tahun bersama ayahnya adalah antara lima mangsa yang terbunuh dalam keganasan terbaru di wilayah selatan Thailand, kata polis hari ini.

Kanak-kanak dan ayahnya, seorang penolong ketua kampung itu ditembak mati ketika dalam perjalanan pulang menaiki motosikal di wilayah Yala, semalam.

Semasa kaum keluarga bergegas membawa mangsa ke hospital, pihak berkuasa pula telah menyangka mereka adalah militan dan melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang dinaiki menyebabkan dua orang cedera.

Menurut polis, penolong ketua kampung dan anak perempuannya itu terbunuh sebelum sempat tiba di hospital.

Sementara itu, seorang lagi lelaki berusia 51 tahun telah ditembak mati ketika sedang duduk di luar rumahnya di wilayah Narathiwat, awal semalam.

Seorang pemberontak berusia 23 turut terbunuh dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dengan kumpulan bersenjata di wilayah Yala, semalam.

Pada tengah malam tadi pula, anggota sukarela pasukan keselamatan rakyat yang berusia 24 tahun ditembak mati di wilayah sama ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari tempat kerja.

Lebih 4,000 orang telah terbunuh dan beribu-ribu lagi cedera sejak pemberontakan tercetus pada Januari 2004 di wilayah selatan Thailand ini. - AFP

Tuesday, December 15, 2009

Lagi korban di selatan Thai

YALA 15 Dis. - Lelaki-lelaki bersenjata dipercayai pemberontak membunuh enam penduduk awam dalam beberapa serangan di seluruh rantau bergolak selatan Thailand dalam tempoh beberapa hari lalu, menurut polis hari ini.

Seorang wanita Islam, berusia 37 tahun yang merupakan sukarelawan pasukan keselamatan kampung ditetak mati di ladang getah di tempatnya bekerja di wilayah Pattani, pagi semalam.

Seorang lagi lelaki berumur 58 tahun ditembak mati di sebuah kedai gunting, sementara seorang lelaki yang dikehendaki polis turut terbunuh dalam satu serangan hendap di wilayah tersebut pada hari yang sama.

Di wilayah kejiranan Narathiwat pula, lelaki Budha berusia 38 tahun ditembak mati lewat semalam dan sekumpulan lelaki bersenjata turut menyerang lapan anggota tentera yang sedang mengadakan rondaan, tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Dalam insiden berasingan Ahad lalu, seorang lelaki Buddha dan lelaki Islam, masing-masing berusia 50 dan 28 tahun ditembak mati di wilayah Pattani. - AFP

Monday, December 14, 2009

Askar buru 31 militan

MANILA: Kira-kira 2,000 tentera melancarkan operasi memburu 31 militan dan banduan lain yang lari daripada penjara Basilan, selatan Filipina, semalam.

Komander tentera, Mejar Jeneral Benjamin Dolorfino menuduh Gerakan Pembebasan Islam Moro (MILF) bertanggungjawab melancarkan serangan itu.

Beliau menuntut MILF menyerahkan 10 gerila yang melarikan diri atau membantu melancarkan serangan yang membunuh seorang pengawal penjara.

MILF yang menyambung kembali rundingan damai dengan kerajaan menafikan terbabit dalam serangan itu.

Jurucakap MILF, Eid Kabalu bagaimanapun mengaku seorang daripada penyerang adalah anggotanya.

“Beliau adalah anak saudara komander MILF, Dan Asnawi yang ditahan di penjara. MILF tidak meluluskan serangan ini dan kami akan menghukum mereka yang terbabit,” katanya.

Timbalan Gabenor Basilan, Al Rasheed Sakalahul mendakwa 70 lelaki bersenjata menggunakan tukul dan pemotong dawai untuk memecahkan dinding penjara yang menahan 40 banduan itu.

“Lima gerila MILF dan 12 anggota Abu Sayyaf antara yang melarikan diri. Baki banduan yang lari adalah penjenayah,” katanya. - AP

2,000 buru gerila Mindanao

MANILA - Kira-kira 2,000 askar dikerah ke Pulau Mindanao, selatan Filipina semalam bagi memburu gerila-gerila Islam yang didakwa menyerang sebuah penjara di samping turut menjejaki 31 banduan yang melarikan diri.

Komander kanan tentera Filipina, Mejar Jeneral Benjamin Dolorfino berkata, pasukan tentera membunuh seorang banduan Abu Sayyaf manakala rakannya pula menyerah diri.

Beliau menyalahkan gerila Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) berhubung serangan ke atas penjara wilayah Basilan itu kelmarin.

Dolorfino menuntut supaya MILF menyerahkan 10 orang gerila yang melarikan diri atau terbabit membantu serangan tersebut yang menyebabkan seorang pengawal penjara dan penyerang terbunuh.

Bagaimanapun, MILF menafikan terbabit dalam serangan itu tetapi mengakui bahawa seorang anggotanya yang menyertai serangan itu turut terbunuh. - Agensi

Mindanao berkocak lagi

This summary is not available. Please click here to view the post.

Sunday, December 13, 2009

Militan serang jel

MANILA: Sekumpulan lelaki disyaki militan Islam menyerang sebuah penjara di selatan Filipina semalam dan membebaskan 31 banduan.

Kejadian itu mencetuskan pertempuran dengan pasukan keselamatan yang mengorbankan dua orang.

Timbalan Gabenor Pulau Basilan, Al Rasheed Sakalahul berkata, 70 lelaki bersenjata berat memotong mangga selepas meruntuhkan tembok penjara di bandar Isabela untuk membebaskan rakan mereka.

Seorang penyerang dan seorang pengawal penjara terbunuh dalam pertempuran yang menyusuli kejadian itu.

Penyerang dan banduan terbabit kemudian melarikan diri ke hutan di kawasan pergunungan berhampiran dengan menaiki beberapa kenderaan.

Banduan yang melarikan diri itu termasuk lima pejuang Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), kumpulan yang terbabit dalam rundingan damai dengan kerajaan dan 12 anggota Abu Sayyaf.

Antara yang melepaskan diri itu ialah komander pejuang Moro, Dan Asnawi dan seorang lagi gerila yang dituduh memenggal 10 tentera Filipina pada 2007.

Al Rasheed berkata, sehingga petang semalam, belum ada banduan atau penyerang ditangkap. - AFP

This summary is not available. Please click here to view the post.

Friday, December 11, 2009

3 wanita korban bom

NARATHIWAT: Sebutir bom meletup di sini awal pagi semalam membunuh tiga orang dan mencederakan sembilan yang lain.

Kelmarin, lima bom meletup di Yala dan Narathiwat, menyebabkan 14 anggota pasukan keselamatan cedera.

Kejadian berlaku ketika Perdana Menteri, Abhisit Vej- jajiva dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengunjungi wilayah berkenaan dalam usaha menamatkan keganasan yang melanda sejak enam tahun lalu.

Dalam kejadian terbaru, dua lelaki disyaki anggota kumpulan pemisah yang menunggang motosikal melepaskan tembakan ke arah sebuah restoran di Narathiwat.

Sebutir bom kawalan jauh yang disembunyikan dalam motosikal kemudian meletup, menyebabkan tiga wanita terbunuh.

Lebih 3,700 orang mati sejak keganasan itu meletus, berpunca daripada penindasan kerajaan Buddha Thai dan gerakan pemisah. - Reuters

Wednesday, December 9, 2009

NARATHIWAT: Lima letupan bom mencederakan 14 anggota keselamatan Thailand di Narathiwat, selatan negara itu semalam menjadikan sembilan ledakan dicatat sejak Isnin lalu.

Serangan berlaku ketika Perdana Menterinya, Abhisit Vejjajiva mengiringi rakan sejawatan Malaysia, Datuk Seri Najib Razak melawat wilayah selatan bagi mencari jalan memulihkan keamanan di rantau itu.

Antara yang cedera termasuk empat askar, dua pegawai tentera laut, lima anggota polis dan tiga sukarelawan tempatan. Letupan berlaku ketika mereka menurunkan kain rentang pemisah.

Letupan berlaku di Yala dan Narathiwat. Polis berkata, sepanduk itu perangkap untuk membolehkan anggota keselamatan diserang.

"Kami akan mati bersama untuk dapatkan semula negeri Patani," menurut tulisan pada kain itu. "Patani sebahagian Malaysia," kata sepanduk lain.

Kelmarin, serangan bom dan tembakan membunuh seorang tentera dan mencederakan enam yang lain di Yala. � AFP


BEBERAPA anggota polis memeriksa lokasi letupan bom di wilayah Yala, selatan Thailand semalam.


NARATHIWAT – Dua orang terbunuh dan 17 cedera akibat sembilan letupan bom dan beberapa serangan di tiga wilayah majoriti penduduk Islam di selatan Thai semalam.

Keganasan itu berlaku semasa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sewatannya dari Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat wilayah bergolak tersebut sebagai usaha bagi menamatkan keganasan di situ.

Jurucakap tentera Thailand berkata, enam daripada letupan bom itu berlaku di Yala dan meragut nyawa seorang anggota pemusnah bom yang menyiasat satu kes letupan sebelumnya, yang mencederakan dua anggota tentera..

Beberapa letupan berlaku di daerah Khopo di Pattani dan Narathiwat.

Beberapa letupan bom berlaku di daerah Khopo di Pattani dan di Narathiwat serta mencederakan dua anggota tentera itu berlaku semasa mereka cuba mengalihkan sepanduk dalam tulisan jawi dan bahasa Melayu yang menyebut bahawa Pattani adalah sebahagian daripada Malaysia.

Seorang lelaki yang sedang memandu kereta pula ditembak mati oleh dua lelaki di Pattani.

Pihak polis tempatan berkata, beberapa sepanduk itu sebenarnya umpan untuk menarik kehadiran anggota keselamatan supaya memasuki laluan yang dipasang jerangkap samar.

“Kami akan mati bersama untuk mendapatkan semula negeri Patani,” kata satu sepanduk itu. – Agensi

BANGKOK 9 Dis. - Dua orang terbunuh dan 17 cedera akibat sembilan letupan bom dan beberapa serangan dengan senjata api di tiga wilayah di selatan Thailand semasa kunjungan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva ke wilayah yang bergolak itu hari ini.

Seorang jurucakap tentera Thailand berkata, enam daripada letupan bom itu berlaku di Yala dan meragut nyawa seorang anggota pasukan pemusnah bom.

Pegawai berkenaan terbunuh apabila sebutir bom meletup ketika sekumpulan anggota polis dan tentera menyiasat kes letupan sebelumnya, yang mencederakan dua anggota tentera.

Beberapa letupan bom berlaku di daerah Khopo di Pattani dan di Narathiwat serta mencederakan dua anggota tentera ketika mereka cuba mengalihkan sepanduk dalam tulisan jawi dan bahasa Melayu yang menyebut bahawa Pattani adalah sebahagian daripada Malaysia.

Seorang lelaki yang sedang memandu kereta pula ditembak mati oleh dua lelaki di Pattani.

Keganasan itu, termasuk serangan terhadap anggota tentera yang mengawal keselamatan guru dalam perjalanan pergi dan balik dari sekolah, berlaku ketika Abhisit mengiringi Najib melakukan kunjungan separuh hari ke Narathiwat.

Mereka menghadiri satu majlis bagi menamakan semula jambatan yang menghubungkan Bukit Bunga di Jeli dan Ban Buketa di Narathiwat sebagai Jambatan Persahabatan.

Selepas majlis itu, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor melawat Institut Islam Attarkiah di pusat bandar Narathiwat, sebelum menamatkan kunjungan dengan melawat Ban Rotunbatu, sebuah perkampungan yang dibuka oleh kerajaan Thailand bagi balu anggota tentera yang terkorban dalam sengketa selama lima tahun di wilayah berkenaan. - BERNAMA

Tuesday, December 8, 2009

BANGKOK - Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) meminta kerajaan Thailand meneruskan dialog dengan pemberontak bagi mencari penyelesaian politik dan menamatkan sengketa di selatan Thailand.

Sejak pemberontakan dilancarkan semula di Yala, Pattani dan Narathiwat pada 2004, Bangkok tidak membuat sebarang kemajuan dalam menangani isu itu dan perlu segera mengubah pendekatannya, kata ICG.

"Terdapat banyak idea mengenai penyelesaian politik yang perlu dibincangkan secara terbuka," kata pengarah projek ICG di Asia Tenggara, Jim Della-Giacoma.

"Kerajaan perlu mengubah pendekatan jika ia serius mahu menangani pemberontakan. Pendekatan baru itu perlu melibatkan dialog dengan wakil-wakil pemberontak," katanya.

ICG mendakwa tentera tidak mahu menarik balik perintah darurat dan kecemasan di wilayah itu.

Menurutnya, kebanyakan penduduk Islam menentang kehadiran anggota keselamatan secara besar-besaran di rantau tersebut.

Beberapa kerajaan Thailand sebelum ini menegaskan mereka enggan mengadakan dialog dengan pemberontak yang tidak pernah mendedahkan diri mereka secara terbuka.

Kumpulan-kumpulan pemberontak itu dipersalahkan berhubung pembunuhan yang berlaku hampir saban hari di selatan Thailand.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Filipina menyambung rundingan damai dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan menyuarakan keyakinan untuk mencapai penyelesaian berpanjangan.

Rundingan dua hari di Kuala Lumpur mulai semalam turut disertai oleh Kumpulan Penghubung Antarabangsa (ICG) yang dianggotai Britain, Jepun dan Turki.:

Proses damai yang dianjurkan Malaysia sejak 2001 itu bertujuan untuk menamatkan pemberontakan empat dekad yang menyebabkan 120,000 orang terbunuh di selatan Filipina.

Krisis itu juga menyebabkan pelabur asing bimbang untuk melabur di rantau tersebut yang dipercayai kaya dengan simpanan minyak dan gas.

"Saya percaya kita semua berkongsi keyakinan bahawa kita mampu menghasilkan keamanan yang adil, berpanjangan, diterima dan memberi manfaat kepada penduduk Islam di Mindanao serta seluruh rakyat Filipina," kata pengerusi panel perunding kerajaan, Rafael Seguis.

Peningkatan keganasan sejak Ogos 2008 hingga Julai tahun ini menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh dan hampir 750,000 lagi hilang tempat tinggal.

NARATHIWAT: Dua orang terbunuh dan 11 cedera apabila sebutir bom meletup di sebuah pasar yang sesak di sini, semalam.

Polis berkata, bom berkenaan disembunyikan di dalam sebuah motosikal.

Kira-kira 4,000 orang terbunuh sejak keganasan berpunca daripada gerakan menuntut pemisahan wilayah selatan Thai bermula kira-kira enam tahun lalu.

Serangan berlaku dua hari sebelum Perdana Menteri Thai, Abhisit Vejjajiva dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat wilayah berkenaan untuk membantu menyelesaikan krisis itu.

Kira-kira 80 peratus penduduk wilayah berkenaan keturunan Melayu dan beragama Islam serta bercakap bahasa Melayu dan mempunyai latar belakang hampir sama dengan penduduk Melayu di Malaysia.

Wilayah itu dijajah kerajaan Siam (Thai) lebih seabad lalu. - Reuters

Thai perlu berunding

BANGKOK: Kerajaan Thailand perlu mengubah cara dan berusaha mengadakan dialog dalam usaha mencari penyelesaian politik dan mengakhiri keganasan di selatan negara itu.

Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) berkata, selepas enam tahun sejak pemberontakan meletus semula di Yala, Pattani dan Narathiwat yang majoriti penduduknya keturunan Melayu dan beragama Islam, kerajaan Thai gagal membuat sebarang kemajuan dalam menangani krisis itu.

Lebih 3,700 orang terbunuh sepanjang tempoh berkenaan.

“Banyak idea mengenai penyelesaian politik yang sesuai dengan Thailand yang perlu dibincangkan secara lebih terbuka,” kata Pengarah Projek ICG Asia Tenggara, Jim Della-Giacoma.

“Jika kerajaan serius untuk mengekang keganasan, ia perlu mengubah hala tujunya.

Menurut laporan itu, usaha untuk menyelesaikan masalah dengan langkah merangsang ekonomi adalah sia-sia dan bajet kerajaan berjumlah 54 bilion baht (RM5.52 bilion) untuk projek pembangunan selama tiga tahun mungkin tidak berkesaan.

Ia sebaliknya mungkin meluaskan lagi kegiatan rasuah.

Penganalisis berkata, pertelingkahan yang berlaku lebih membabitkan etnik nasionalis dan tidak ada bukti menunjukkan ia sebahagian daripada gerakan jihad kumpulan Islam.

Menurut ICG, keadaan bertambah buruk kerana pihak tentera mengganggu tugas pentadbir awam di wilayah itu. - AFP

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Kerajaan Filipina dan kumpulan pemisah selatan negara itu hari ini menyambung semula rundingan damai yang terbantut 16 bulan lalu, sekali gus memulihkan usaha rasmi untuk menamatkan pemberontakan di wilayah itu, yang telah meragut sekurang-kurangnya 120,000 nyawa.

Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) telah berjuang untuk mewujudkan pemerintahan Islam di Mindanao, yang majoriti penduduknya beragama Islam. Ia adalah kumpulan pemisah terbesar daripada empat kumpulan yang telah melancarkan pemberontakan di selatan Filipina.

Perunding daripada kedua-dua belah pihak memulakan rundingan selama dua hari yang diusahakan Malaysia hari ini di sebuah hotel di ibu negara ini.

Wakil kerajaan Filipina menyuarakan keyakinan untuk mencapai 'penyelesaian aman yang adil, bertahan lama, dapat diterima dan bermanfaat kepada penduduk Filipina beragama Islam di Mindanao dan seluruh rakyat Filipina secara keseluruhannya'.

"Saya teruja dan optimistik kerana kami akhirnya, tiba ke hari ini apabila rundingan damai disambung semula secara rasmi," kata Rafael Seguis dalam majlis tertutup yang turut dihadiri diplomat Britain dan Jepun, demikian menurut teks ucapan pembukaan yang dihantar kepada media di ibu negara Filipina, Manila.

Pejuang pemisah Moro menduduki wilayah paling selatan, termasuk Maguindanao yang kini menyaksikan puak Ampatuan yang bersekutu dengan kerajaan Filipina disyaki melakukan pembunuhan politik ke atas 57 orang pada 23 November lalu.

Andal Ampatuan Jr. menyalahkan pejuang Moro atas pembunuhan itu, namun jurucakap MILF, Eid Kabalu dan Setiausaha Kehakiman, Agnes Devanadera menafikan perkara itu.

Rundingan antara kerajaan dengan MILF gagal pada Ogos tahun lalu apabila Mahkamah Agung Filipina mengisytiharkan perjanjian damai yang memberi autonomi lebih luas di Mindanao sebagai menyalahi Perlembagaan.

Kekacauan yang dicetuskan oleh tiga komander MILF yang kecewa dengan perkara tersebut sehingga menyebabkan berlaku pertempuran selama berbulan-bulan yang meragut beratus-ratus nyawa dan seramai 750,000 penduduk meninggalkan kediaman - mula reda Julai lalu. - AP

Thai perlu ubah pendekatan

BANGKOK 8 Dis. - Kerajaan Thailand perlu mengubah pendekatan dan mengadakan dialog dengan kumpulan pemisah bagi mencari penyelesaian politik, sekali gus menamatkan konflik berdarah di tiga wilayah di selatan negara ini, yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Hampir enam tahun berlalu sejak tercetus kembali pemberontakan di Yala, Pattani dan Narathiwat, namun tidak banyak kemajuan yang ditunjukkan oleh kerajaan untuk menangani konflik itu dan adalah penting untuk menukar pendekatan," demikian menurut Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG).

Badan pemantau, Deep South Watch berkata, lebih 3,700 orang terbunuh dalam keganasan di wilayah-wilayah bergolak di selatan negara ini.

"Banyak idea penyelesaian politik yang boleh diambil oleh Thailand dengan syarat ia membuka ruang kepada perbincangan.

"Sekiranya kerajaan serius untuk menangani pemberontakan, ia perlu mengubah haluannya. Ini adalah arah baru yang turut menggunakan cara dialog dengan wakil pemisah," kata pengarah projek ICG Asia Tenggara, Jim Della-Giacoma.

Laporan itu menyatakan bahawa cubaan menyelesaikan masalah yang timbul dengan pelan rangsangan ekonomi adalah gagal dan bajet kerajaan sebanyak 54 bilion baht (RM5.54 bilion) untuk projek pembangunan selama tiga tahun mungkin tidak berhasil, mewujudkan ruang untuk berlaku rasuah dan memburukkan lagi keadaan di sana.

Penganalisis berpendapat, konflik di selatan Thailand lebih berupa masalah etnik nasionalis dan walaupun terdapat khabar angin mengenai campur tangan luar, tidak wujud bukti ia adalah perjuangan ekstremis.

ICG yang merupakan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, berusaha mencegah atau menyelesaikan konflik dunia dan setakat ini telah mengumpulkan laporan menyeluruh tentang masalah di selatan Thailand.

Laporan itu menyatakan bahawa pihak tentera menghalang kerja-kerja pentadbiran awam dan menentang tindakan menarik-balik perintah darurat dan undang-undang tentera di sana.

Umat Islam di selatan Thai tidak bersetuju dengan kehadiran ramai anggota tentera dan terdapat spekulasi menyatakan polis, askar dan sukarelawan keselamatan beragama Buddha telah melakukan pembunuhan yang merumitkan lagi masalah perkauman dan mewujudkan suasana penuh ketakutan dan rasa tidak percaya. - REUTERS

Monday, December 7, 2009

BANGKOK: Janji politik yang tidak ditunaikan membawa kepada jalan buntu di wilayah selatan Thailand selepas enam tahun pemberontakan berlangsung ketika Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia melakukan lawatan bersejarah ke kawasan sempadan terbabit.

Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva yang berkuasa setahun lalu berikrar untuk mencari penyelesaian politik terhadap pemberontakan yang semakin meningkat sehingga mengorbankan kira-kira 4,000 nyawa di tiga wilayah majoriti penduduk Islam itu.

Bagaimanapun, pertambahan anggota pasukan bersenjata kerajaan selain kegagalan menamatkan pencabulan undang-undang pasukan keselamatan dari segi hak asasi manusia menyebabkan pemberontakan berterusan, kata penganalisis.

Oleh itu, lawatan bersama ke selatan hujung minggu ini oleh Najib dan Abhisit tidak dapat menangani sepenuhnya kesilapan dasar kerajaan Thailand, kata Sunai Phasuk dari Human Right’s Watch (HRW). - AFP

Saturday, December 5, 2009

Tiga beranak mati ditembak

PATTANI: Tiga sekeluarga mati ditembak di rumah mereka di selatan Thai, semalam.

Polis berkata, penyerang tidak dikenali memecah masuk rumah mangsa di Pattani dan membunuh mereka di ruang tamu.

Mangsa tragedi itu adalah penoreh getah berusia 46 tahun, isterinya dan juga anak lelaki berusia 17 tahun.

Polis mendakwa mangsa dibunuh pemisah selatan Thai yang didakwa bertanggungjawab terhadap krisis keselamatan di wilayah itu.

Sementara itu, letupan kecil bom yang diletak di dalam bakul sebuah motosikal di luar sebuah pasar menyebabkan dua orang awam dan dua tentera cedera.

Lebih 3,700 terbunuh sejak krisis keselamatan selatan Thai bermula enam tahun lalu. - Reuters

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal