Bismillahirrahmanirrahim

Monday, October 25, 2010

15 penduduk selatan Thai cedera

NARATHIWAT: Beberapa siri letupan mencederakan 15 orang di selatan Thai semalam, hari ulang tahun keenam tunjuk perasaan yang menyebabkan 85 penunjuk perasaan antikerajaan mati.

Sebelas letupan berlaku di wilayah Narathiwat dalam masa enam jam, termasuk dua bom yang meletup apabila dipijak oleh penduduk kampung di kebun getah, kata polis.

Dalam kejadian enam tahun lalu, tujuh orang ditembak mati oleh tentera Thai di Tak Bai sementara 78 lagi mati lemas akibat ditindan dalam trak yang membawa mereka ke sebuah pusat tahanan. - AP

Friday, October 22, 2010

PATTANI: Seorang guru agama ditembak mati dalam sebuah masjid di selatan Thailand, semalam dalam insiden keganasan terbaru di wilayah yang bergolak itu.

Kejadian itu berlaku di wilayah Pattani ketika dua lelaki yang berjemaah dalam solat Jumaat mengambil pistol mereka lalu menembak guru agama berusia 32 tahun itu, kata Kolonel Polis Pakdee Changsakul.

Polis mendakwa serangan itu dilakukan anggota kumpulan pemberontak dalam usaha mencetuskan keganasan kaum. Namun, tidak dapat dipastikan mengapa guru itu menjadi sasaran. - Reuters

Sunday, October 17, 2010

4,390 terkorban di selatan Thai



Pasukan keselamatan Thai memeriksa tempat kejadian di mana lima orang penduduk kampung di Pattani ditembak mati pada 29 September, 2010. - REUTERS

BANGKOK 17 Okt. - Satu tinjauan yang dijalankan menyatakan seramai 4,390 orang terkorban manakala seramai 7,139 lagi cedera dalam tempoh enam tahun lalu di selatan Thailand.

Tinjauan oleh The Deep South Watch daripada Prince Songkhla University di Pattani 750 kilometer di selatan Bangkok itu mendapati sebanyak 10,284 kejadian keganasan dilaporkan berlaku sejak Januari 2004.

Tinjauan tersebut turut mendapati sebanyak 60 peratus daripada 4,390 orang yang terbunuh di selatan wilayah itu terdiri daripada penduduk Islam, lapor akhbar The Nation, hari ini.

Wilayah-wilayah selatan - Narathiwat, Pattani dan Yala yang majoriti penduduknya Islam menderita akibat keganasan yang dilakukan pihak kerajaan dan pemberontak sejak 3 Januari 2004, setelah kumpulan itu bertindak menyerbu gudang senjata milik tentera dan merampas 300 jenis senjata.

Sejak itu, tindakan keras pihak tentera terhadap gerakan pemisah telah mengakibatkan berlakunya tentangan oleh penduduk tempatan dan kejadian pembunuhan berterusan dengan penganut Buddha dan Islam menjadi sasaran.

Menurut The Deep South Watch, penduduk menyenaraikan perdagangan dadah sebagai masalah paling teruk di wilayah tersebut.

Wilayah yang mempunyai seramai dua juta penduduk itu berada di bawah pemerintahan kesultanan Melayu Islam sebelum ia diambil alih oleh kerajaan Bangkok 200 tahun dahulu. - DPA

Thursday, October 14, 2010

Selatan Thai terus bergolak

NARATHIWAT 14 Okt. - Kumpulan lelaki bersenjata disyaki pemberontak membunuh empat orang dan menyebabkan tiga lagi cedera, termasuk seorang remaja perempuan dalam beberapa kejadian tembakan di wilayah selatan Thailand.

Seorang bekas ketua daerah yang beragama Islam berumur 62 tahun ditembak mati dalam satu kejadian tembak lari ketika beliau dalam perjalanan ke masjid di Narathiwat, petang semalam.

Beliau dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan di hantar ke hospital.

Dalam satu kejadian berasingan pada hari yang sama, seorang lelaki Buddha berusia 40 tahun cedera parah apabila sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ketika beliau sedang duduk di hadapan rumahnya di Pattani.

Seorang gadis berusia 14 tahun adalah antara tiga orang yang cedera dalam serangan di Pattani.

Dalam satu lagi kejadian petang semalam, dua sukarelawan pertahanan yang beragama Islam masing-masing berumur 30 dan 31 ditembak mati ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Yala.

Lebih 4,300 orang telah terbunuh di wilayah selatan Thailand yang dihuni majoriti penduduk Islam sejak tercetus kembali pemberontakan lebih enam tahun lalu. - AFP

Tuesday, October 12, 2010

MILF berang pemimpin ditahan

MANILA: Pejuang pemisah Islam di selatan Filipina membantah penangkapan seorang daripada pemimpin kanan mereka atas dakwaan melakukan keganasan.

Menurut Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), penangkapan Abraham Yap Alonto itu juga mungkin menjejaskan pelan damai yang cuba dicapai di antara pejuang pemisah dengan Manila.

Dalam kenyataan dikeluarkan semalam, MILF menuntut Abraham - ditahan dua minggu lalu kerana disyaki terbabit dalam serangan bom - dibebaskan tanpa syarat.

MILF berkata, Abraham adalah ahli jawatankuasa pusat pertubuhan yang dianggotai 12,000 ahli itu.

“Penangkapan Abraham dianggap satu ancaman terhadap usaha memulihkan rundingan damai dengan kerajaan,” kata kenyataan itu.

Kata MILF, Abraham adalah antara pemimpin penting pertubuhan berkenaan yang mendapat imuniti hasil persetujuan dengan Manila.

Sementara itu, Penasihat Keamanan Presiden Benigno Aquino, Teresita Deles, berkata kerajaan akan mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi. - AFP

MILF marah pemimpin ditangkap

MANILA: Pemisah Islam Filipina semalam membantah tindakan Manila menahan seorang daripada pemimpin kanan mereka atas dakwaan terbabit dalam keganasan dan memberi amaran bahawa penahanannya mungkin memusnahkan rancangan mengadakan rundingan damai.

Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menuntut pembebasan tanpa syarat, Abraham Yap Alonto, ditahan dua minggu lalu atas dakwaan terbabit dalam pengeboman di rantau selatan.


Alonto seorang anggota jawatankuasa pembuat dasar pusat MILF yang memiliki 12,000 anggota.

Pergerakan itu melancarkan pemberontakan 32 tahun dan menyebabkan lebih 150,000 orang maut.

“Jawatankuasa Pusat MILF menganggap penahanannya sebagai tamparan terhadap rancangan meneruskan rundingan,” menurut kenyataan MILF. – AFP

Monday, October 11, 2010

Pejuang MILF buru penculik wanita

MANILA: Kumpulan pejuang pemisah Islam selatan Filipina semalam berkata, ia melancarkan gerakan memburu sekumpulan lelaki bersenjata yang menculik seorang wanita tua.

Jurucakap Barisan Pembebasan islam Filipina (MILF), Von Al Haq berkata, kumpulan itu sudah mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab menculik Conchita Tan, 73, di Cotabato.


Katanya, anggota MILF sudah biasa dengan kawasan hutan di pinggir bandar itu yang dipercayai menjadi tempat Conchita ditahan.


“Kami mengenal penculik terbabit dan tahu di mana hendak mencari mereka. Kami sudah mengarah anggota kami menembak mati mereka,” kata Von Al Haq. — Reuters

Wednesday, October 6, 2010

YALA: Lima lelaki disyaki ditembak mati di beberapa lokasi di selatan Thailand, semalam, dalam serangan dikaitkan dengan militan Islam.

Dalam kejadian pertama, seorang lelaki Islam berusia 33 tahun ditembak di laluan masuk ke rumahnya di Yala.


Di Pattani pula, seorang ketua kampung berusia 43 tahun dibunuh di rumahnya petang semalam.


Dalam kejadian berasingan - juga di Pattani - tiga lelaki dibunuh ketika mereka mengangkut ayam ke rumah sembelihan pada malam kelmarin. - AFP

Militan bunuh 5 penduduk Yala

POLIS Thailand mengangkat mayat  seorang penduduk yang dibunuh militan di Yala, semalam.
POLIS Thailand mengangkat mayat seorang penduduk yang dibunuh militan di Yala, semalam.
YALA: Sekumpulan lelaki disyaki militan menembak mati sekurang-kurangnya lima penduduk awam dalam kejadian serangan di seluruh wilayah selatan Thailand yang dilanda bermasalah.

Dalam kejadian petang kelmarin di Yala, seorang lelaki Islam berusia 33 tahun ditembak mati ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari satu majlis. Mangsa mati di tempat kejadian.

Sementara itu dalam kejadian lain pada waktu yang sama, seorang penduduk lelaki berusia 43 tahun yang juga ketua pentadbiran tempatan ditembak mati di rumahnya di wilayah Pattani.

Juga di Pattani, tiga penduduk Buddha terbunuh ketika dalam perjalanan menghantar bekalan ayam ke sebuah rumah penyembelihan pada malam kelmarin.

Keganasan baru di wilayah paling selatan Thailand yang bersempadan dengan Malaysia itu berlaku ketika seorang komander baru mengambil alih tugas dalam pasukan bersenjata Thailand yang ditempatkan di sempadan.

Lebih 4,300 penduduk, kebanyakan adalah penduduk awam dan kakitangan keselamatan dibunuh di wilayah dengan majoriti penduduk Islam itu sejak kebangkitan pemisah yang tercetus kira-kira enam tahun lalu. – AFP

Sunday, October 3, 2010

YALA (Thailand): Kumpulan pemberontak Islam disyaki membunuh tiga anggota tentera dan mencederakan empat yang lain dalam satu serangan hendap di selatan Thailand, semalam.
Lebih 10 anggota kumpulan pemberontak menyerang enam tentera yang berkawal di wilayah Yala.

Kejadian disusuli dengan insiden berbalas tembakan selama 10 minit menyebabkan dua terbunuh dan empat lagi cedera. Menurut polis, kumpulan pemberontak kemudian melarikan diri. Seorang anggota tentera yang melakukan rondaan pula ditembak dalam satu serangan hendap di wilayah sama malam Sabtu lalu. Anggota tentera itu maut ketika menerima rawatan di hospital. - AFP

Pemisah bunuh tiga askar

YALA: Penyerang disyaki pemisah menembak mati tiga orang askar dan mencederakan empat yang lain dalam satu pertempuran bersenjata dan serang hendap di perkampungan Bannang Sata di Yala, selatan Thailand, semalam.

Polis berkata, sekumpulan 10 militan menyerang enam orang askar yang sedang membuat rondaan pagi semalam, menyebabkan pertempuran tercetus selama kira-kira 10 minit. Dua tentera terbunuh dan empat lagi cedera dalam kejadian itu. Pemisah melarikan diri selepas serangan.

Sementara itu, di wilayah sama malam kelmarin, seorang askar yang sedang membuat rondaan dengan berjalan kaki ditembak dalam satu serang hendap dan kemudian meninggal dunia di hospital.

Lebih 4,300 orang kebanyakannya penduduk awam dan anggota keselamatan terbunuh dalam pergolakan di majoriti penduduk Muslim di selatan Thailand yang berlarutan sejak enam tahun lalu. – AFP

Filipina-MILF mula perhubungan

MANILA 3 Okt. - Sumber yang boleh dipercayai dan rapat dengan panel rundingan damai Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mendedahkan bahawa wakil Malaysia yang dipilih sebagai orang tengah, Datuk Othman Abdul Razak telah menghantar pegawai perhubungan menemui kedua-dua pihak.

Othman selaku Ketua Panel Perunding Damai antara Kerajaan Filipina Dengan MILF menghantar dua pegawai menemui Pengerusi panel damai kerajaan Filipina, Mavic Leonen dan Mohagher Iqbal yang dilantik semula sebagai pengerusi panel damai bagi pihak MILF.

Beliau yang merupakan bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri berbuat demikian selaras dengan pra-sambungan rundingan damai di Kuala Lumpur bagi membincangkan rundingan damai Kerajaan Republik Filipina (GRP)-MILF tajaan pentadbiran baru Presiden Benigno Aquino III.

Sumber menyifatkan pertemuan yang diatur itu sangat penting bagi melicinkan usaha menyambung semula rundingan damai, dengan menyatakan kedua-dua pihak tidak boleh datang ke Kuala Lumpur dan terus duduk berhadapan di meja rundingan tanpa menyelesaikan masalah antara mereka terlebih dahulu dalam satu pertemuan kecil.

Bagaimanapun, sumber itu tidak menyatakan bila pegawai perhubungan itu dihantar atau tarikh pertemuan pra-sambungan rundingan damai itu akan diadakan.

Mohagher pula gagal dihubungi bagi mendapatkan ulasan berhubung isu tersebut. - AGENSI

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal