Bismillahirrahmanirrahim

Friday, January 29, 2010

Tentera maut masjid dibom

PATTANI: Seorang tentera Thailand terbunuh akibat letupan bom di perkarangan masjid d Pattani, semalam.

Dua lagi tentera dilapor cedera dalam pertempuran selepas letupan bom itu.


Jurucakap polis, Mejar Jeneral Pichet Pitisethapan berkata, bom kecil itu meletup ketika ketiga-tiga tentera berkawal semasa rakan lain sembahyang di dalam masjid itu.


“Sekumpulan penyerang kemudian melepaskan tembakan menyebabkan pertempuran selama lima minit.


“Pertempuran itu menyebabkan dua lagi tentera cedera,” katanya.


Lebih 3,900 orang dilapor terkorban sejak krisis keselamatan di wilayah selatan Thailand bermula enam tahun lalu. - Reuters

This summary is not available. Please click here to view the post.

Sunday, January 24, 2010

Perang ARMAGEDDON

Sejak berabad-abad lamanya,di dalam kitab-kitab tua,ramalan-ramalan,mitos-mitos purba dan ceritera-ceritera dari mulut ke mulut,terungkap tentang kisah peperangan maha dasyat yang tidak diketahui bila akan terjadi.Peperangan akhir ini digelar dalam pelbagai nama mengikut bangsa atau sempadan geografi seperti 'ENDGAME','STAR WARS','APOCALYPSE','THE GREAT TRIBULATION dan sebagainya.Nama lain yang juga amat popular digunakan untuk mengungkapkan peperangan besar dan universal ini adalah ARMAGEDDON.

"ARMAGEDDON"




Di seluruh dunia,terdapat segelintir pengkaji baik dari ilmuan Islam mahupun ahli kitab agama-agama wahyu yang juga disebut agama Ibrahim (Islam,Yahudi,Kristian) telah memerhatikan senario dunia hari ini dengan amat teliti.Kebanyakan ahli-ahli kitab ini (Yahudi dan Nasrani-disebut ahli kitab walaupun dari segi syariatnya mereka telah jauh menyimpang dari ajaran asal) amat-amat percaya dengan kedatangan satu peperangan amat besar yang akan mengakhiri segala konflik di atas muka bumi ini.Peperangan ini juga akan mengakhiri persengketaan besar dan pihak yang menang dalam perang ini adalah di pihak yang benar manakala yang kalah adalah di pihak yang salah dan batil.Peperangan inilah yang disebut sebagai Armageddon.Setiap kaum yang mempercayai Armageddon masing-masing percaya kaum merekalah yang menang.Orang Yahudi yang mempercayai mereka adalah bangsa pilihan Tuhan sememangnya percaya merekalah yang menjadi juara peperangan ini.Orang Kristian juga tidak mahu kalah dalam persoalan Armageddon ini.Mereka yang menemui hakikat Jesus akan turun di akhir zaman di dalam Injil untuk mengembalikan yang hak dan memenangkan kebenaran akhirnya amat gembira dan manjadikan ini sebagai hujah merekalah (kaum Kristian) akan memenangi peperangan Armageddon yang dasyat ini.Perkataan 'Armageddon' juga dapat dijumpai dalam 'Wahyu'(Revelation) 16:16,

"Dan roh-roh syaitan mengumpulkan sekalian tentera dunia di sebuah tempat yang bernama Armageddon"



Soalnya sekarang,apakah Armageddon itu?Adakah sebuah filem lakonan Ben Affleck dan Liz Tylor?

Perang Armageddon ialah:

-Perang besar dan perang penghancuran
-Perang universal yang berstrategi
-Perang yang dirancang dan dinantikan
-Perang yang amat dekat kemunculannya
-Perang antarabangsa
-Perang yang amat dasyat dalam sejarah
-Ia adalah awal dari kemusnahan
-Perang yang bermula dengan banyak perjanjian palsu (seperti rundingan damai dan genjatan senjata) sehingga ada orang berkata "perdamaian sudah tiba" padahal yang terjadi adalah sebaliknya.

Perkataan 'Armageddon' berasal dari perkataan bahasa Ibrani yang terdiri dari dua patah kata,iaitu:

1. 'Ar' yang bererti gunung atau bukit
2.'Mageddo' (majiddu-arab) iaitu nama sebuah lembah di Palestin, yang membentang dari 'Mageddo' di utara sampai ke 'Edom' di selatan di mana jaraknya sekitar dua ratus batu dan sampai ke Laut Putih (tengah) di barat dan bukit Mohab di timur yang jaraknya 100 batu.

Ahli-ahli kitab amat mempercayai peperangan ini.Mereka menunggu-nunggu kehadirannya sehingga memerhatikan pergerakan bintang dan susunan jasad di langit bagi memenuhi ramalan astrologi mereka.Mereka memerhatikan susunan kejadian dan kronologi peristiwa.Mereka AMAT KOMITED DENGAN KITAB-KITAB MEREKA.

Bagaimana pula di pihak umat Islam?Adakah mereka sedar tentang peperangan ini?

Amat malang sekali ketika umat lain merancang pelbagai strategi dan mempersiapkan diri menghadapi Armageddon,terdapat orang Islam yang leka dan menganggap Armageddon adalah fiksyen dan hiburan bertahap filem dan sensasi sahaja.Ada juga yang mengatakan ini semua dongeng orang kafir dan sengaja diada-adakan.Mereka terus leka mencari harta dunia yang sedikit ini tanpa mempedulikan perihal Armageddon.Yang lain terus berdansa di dalam disko dan bercumbu-cumbuan sesama bukan mahram tanpa ingat sedikit pun Tuhan yang menciptakan mereka dari air mani yang hina.

Sebenarnya Rasullullah s.a.w telah memperingatkan kita tentang kedatangan Armageddon yang dasyat ini.Sabda Rasullullah s.a.w:

"Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka.Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang,kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit,maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rum.Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!",maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut lalu kaum Rum telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan.Di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera".(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Telah bersabda Rasulullah SAW, “Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rum turun di kota A’maq dan di Dabiq (dekat Damaskus). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rum, ‘Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi’. Maka kaum Muslimin berkata, ‘Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu shalat sudah masuk, turunlah Isa Ibn Maryam AS.” (HR. Muslim dari Abu Hurairah)

Terdapat banyak sekali koleksi hadis-hadis berkenaan Armagedddon yang disabdakan Rasullullah s.a.w sebahagiannya digelar 'Hadis-hadis Fitan'.Sebelum terjadi peperangan ini,terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini ini.Terdapat banyak peristiwa menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam tetapi kami ingin fokus kepada dua peristiwa ini,Pencerobohan ke Atas Iraq dan Serangan Israel ke Atas Gaza.Terdapat sebuah hadis yang menakjubkan yang mengungkap peristiwa ini jelas sama seperti yang berlaku kini.Hadis Rasullullah s.a.w:

"Hampir saja tidak boleh dibawa makanan ke negeri Irak secupak(qafizh) makanan atau sebuah dirham.Kami(sahabat) bertanya,"Siapakah yang melakukan itu ya Rasullullah ? Baginda menjawab "Orang-orang ajam(non arab)".Kemudian baginda berkata : "Hampir saja tidak dibawa makanan atau sebuah dinar kepada penduduk Syam(Palestin, Syria ,Lebanon,Jordan dan sekitarnya) kemudian sahabat bertanya "siapa yang melakukan itu ya Rasulullah ? " orang orang RUM (Amerika-Eropah)"

Sesungguhnya ini adalah hadis yang amat menakjubkan yang benar-benar menjelaskan urutan situasi sekarang menjurus kepada peristiwa Armageddon.Ketika jigsclue ini ditulis,Israel telah berjaya melobi Amerika dan sekutu Eropahnya supaya menutup laluan penyeludup bawah tanah di mana melalui laluan tersebutlah orang-orang Palestin bergantung harap bantuan makanan dan keperluan lain.Satu berita yang menggemparkan dari Gaza ialah,ada penduduk sebuah kawasan di sana telah mula mengutip rumput-rumput di tepi-tepi jalan sebagai sumber makanan.

Dalam istilah moden sekarang,hadis Nabi di atas menerangkan tentang SEKATAN EKONOMI kepada Iraq dan Palestin (Gaza).

Di sini kami menyeru kepada umat Islam marilah meneliti kembali hadis-hadis nabi dan berfikir tentang masalah Armagedddon ini.Buat permulaan di samping AlQuran yang mulia dan Hadis Nabi,pembaca bolehlah merujuk kepada buku Perang Armageddon karangan Amin Muhammad Jamaluddin serta Huru-hara Akhir zaman karya penulis yang sama.Kedua buku ini juga bolehlah dibaca bersama-sama buku-buku Armageddon karya Muhammad Isa Dawud seperti Kedatangan Imam Mahadi dan sebagainya.Lebih bagus jika digandingkan dengan buku Dajjal Muncul dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda karya Muhammad Isa Dawud.

Pedulikan golongan antihadis yang sengaja mengelirukan diri sendiri dengan hujah "Dalam AlQuran tak sebut pun?".Bagaimanakah golongan ini boleh menunaikan solat dengan betul jika menolak hadis sebab AlQuran tidak menjelaskan kaedah solat,bacaan dan lain-lain.Hadis sahaja yang mengandungi semua itu.Menolak hadis nabi bermakna menolak Rasullullah.Jika sudah menolak Rasullullah jangan harap hendak mendapat syafaatnya di akhirat kelak.

Cuba kaji kehidupan Yahudi di Israel yang mengamalkan agama mereka.Mereka mengharamkan arak,babi,zina,rokok dan lain-lain di mana semua benda yang memudaratkan mereka sebarkan ke dunia.Hatta Coca-cola sendiri mereka tidak minum kerana tindakannya sama dengan pembersih takung tandas!Adakah air seperti itu yang kita mahu berada di dalam perut kita yang lembut ini?Mengapa mereka bertindak sebaliknya?Kerana mereka tahu bahawa semua itu adalah memudaratkan mereka sebagai bangsa pilihan tuhan (kononnya).Nampaknya sunnah nabi diamal oleh Yahudi dan mereka berjaya.Orang Islam tinggalkan sunnah malah menolak hadis nabi maka gagal dan kecewa.Orang-orang Islam dungu ini tidak mahu belajar mengenal peribadi Rasullullah malah secara membuta tuli menghinanya pula.Sesungguhnya di dalam sunnah itu ada kejayaan.Ada orang mengejek-ngejek dan memprovok orang yang memakai serban dan makan di dalam dulang.Sesungguhnya amat malang orang yang tidak mengenal peribadi Rasullullah kemudiannya menghina amalan hidup baginda.Padahal orang-orang Yahudi dan Kristian secara senyap berlumba-lumba mengkaji rahsia setiap tindakan Nabi yang dianggap mereka manusia paling berpengaruh di dalam sejarah kemanusian itu. Mereka tidak tahu rasional dari semua itu.Belajar dari Jemaah Tabligh (ambil positif tentang kesungguhan mereka melaksanakan sunnah dalam kehidupan,kesampingkan kelemahan-kelmahan mereka yang lain) anda mungkin sudah terbiasa memakan buah-buahan dahulu sebelum menjamah hidangan yang mana dalam budaya kontemporari adalah amat janggal yang mana buah-buahan adalah sebagai pencuci mulut,diambil selepas makan.Tetapi di dalam kajian sains pemakanan oleh pakar-pakar pemakanan Barat mengatakan amalan memakan buah selepas makan adalah amalan kurang sihat.Petikan dari hasil kajian mereka:

"Satu-satunya masalah yang timbul dalam pemakanan buah-buhan ini adalah kebanyakan orang tidak tahu untuk memakannya dalam satu cara yang membolehkan tubuh badan menggunakan zat makanannya dengan amat berkesan.Anda hendaklah sentiasa memakan buah-buahan ketika perut sedang kosong.Kenapa?Sebabnya ialah buah-buahan terutamanya tidak dihadam di dalam perut.Sebaliknya ia dihadam di dalam usus kecil,di mana ia mengeluarkan gulanya.Tetapi,sekiranya terdapat kanji,kentang ataupun daging di dalam perut,buah-buahan akan terperangkap dan mula menapai.Pernahkah anda memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut selepas makan besar dan bersendawa dengan rasa tidak selesa sepanjang malam?Ini kerana anda tidak makan dengan cara yang betul.ANDA SEPATUTNYA MEMAKAN BUAH-BUAHAN KETIKA PERUT SEDANG KOSONG".(Anthony Robbins, Unlimited Power)

Hakikatnya di satu peringkat amalan hidup hippies dan tidak betul dipopularkan 'The Hidden Hand' ke atas orang-orang Eropah,China dan sebagainya hatta Islam sendiri yang dungu dan menjadi pak turut kepada kehidupan yang pada mereka moden,bergaya,status,'high class' dan 'cool'.Yang anehnya orang Islam yang diberi model kehidupan yang lengkap langsung meninggalkannya lantas bersama-sama menyertai 'goyyim' (bangsa hamba atau haiwan ternakan mengikut istilah Yahudi) mengikuti budaya berfikir tahap rendah Barat ini.PADA PERINGKAT LEBIH TINGGI,orang-orang Yahudi dan Nasrani mula mengkaji sunnah Nabi dan manggabungkan dengan kajian sains dan mereka inilah yang mengamalkan rahsia amalan para nabi.Ini adalah kelompok elit yang meninggalkan cara hidup Barat semasa.Mereka terdiri dari golongan genius yang suka berfikir.Mereka mempromosikan gaya hidup Barat yang sudah 'expired' kepada orang Islam antihadis yang dungu ini.Sebaliknya mereka beramal pula dengan amalan para nabi dari cara pemakanan dan kebersihan diri.MEREKA MENYANJUNGI NABI MUHAMMAD S.A.W SECARA DIAM-DIAM.Orang-orang yang mempromosikan Nabi sebagai ketua pengganas,gila,syaitan,gila seks dan sebagainya adalah manusia bodoh yang tidak mengkaji siapakah manusia teragung ini yang menduduki ranking pertama Manusia Paling Berpengaruh Dalam Sejarah oleh seorang profesor Amerika Micheal H. Hart.Mereka menjadi hamba kepada golongan elit yang genius tadi bagi kerja-kerja mengelirukan manusia lain terutamanya umat Islam tentang kehebatan amalan para nabi terutamanya Nabi Muhammad s.a.w yang mewarisi hikmah kenabian dari yang sebelumnya.Banyak kelebihan dan hikmah yang tersembunyi dalam amalan sunnah nabi tetapi di sini bukanlah tempat yang sesuai untuk membicarakannya.Nampaknya topik Armageddon sudah hilang sebentar oleh isu sikap sesetengah orang Islam yang tidak mengambil peduli akan hadis-hadis nabi malah mencemuhnya pula.

Amat malang golongan ini.Sama ada mereka menjadi hamba Dajal,di'mindcontrol' atau sengaja mengelirukan diri sendiri demi sesuap nasi dan sekelumit pujian dan sanjungan.Mereka menjual agama dengan harga yang murah berserta maruah,keselamatan dan iman senipis kulit bawang mereka.Kepada golongan antihadis,bacalah hadis nabi.Fahamilah sabdanya.Siapalah anda hendak mempertikaikan kata-kata Sang Kekasih Tuhan?

INGAT!ALQURAN DAN HADIS TIDAK BOLEH DIPISAHKAN.TOLAK ALQURAN=KOSONG.TOLAK HADIS=KOSONG.Anda mesti ambil kedua-duanya.

sumber:
http://paksi.net/main/articles.php?article_id=115

Saturday, January 23, 2010

Khazanah Pattani




Bangunan bata merah penuh peristiwa: Masjid yang dibina pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah sehingga kini masih tidak siap

MENYEBUT saja Pattani, sebuah daerah terletak di selatan Thailand, perkara pertama berlegar di kepala ialah keadaan huru-hara yang menjadi punca beberapa siri gerakan menuntut kemerdekaan wilayah dari kawasan berkenaan.

Konflik demi konflik serta peristiwa berdarah dilaporkan media tempatan tidak dinafikan sedikit sebanyak menjunamkan semangat untuk meneroka bumi berselirat sungai dan pantai, mewah khazanah alam serta unggul adat resam dan budaya itu.

Begitupun, dalam resah dan gentar, pesona Pattani tetap memikat pelancong. Daerah yang dihuni hampir 85 peratus penduduk Islam itu menawarkan banyak sejarah silam untuk dihayati. Bahkan, sebelum dikenali sebagai wilayah yang ampuh pegangan Islamnya, rentetan sejarah Pattani amat panjang, termasuk pernah menjadi sebahagian jajahan takluk Langkasuka, diperintah kerajaan Melayu-Pattani, pengislaman Raja Phyatu Indhra oleh Syeikh Said pada kurun ke 15 yang membawa pengaruh Islam dalam budaya dan gaya hidup masyarakatnya.

Kunjungan ke Pattani belum sempurna andainya gagal menjejak kaki ke Masjid Krisek (Kruese). Ia terletak di Kampung Krisek, mukim Tanjung Luluk daerah Mueang.

Menurut cerita dari mulut ke mulut, masjid itu dibina pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1530-1564) sehingga kini tidak pernah siap sepenuhnya gara-gara sumpahan seorang kakak yang enggan merestui adiknya menganut Islam.

Tarian tradisional Pattani menggamit perhatian pengunjung.

Justeru, sejak peletakan batu asas hingga ke hari ini, seni bina masjid berkenaan kekal dengan bata merah tanpa cat, bertiang bulat dengan rekaan pintu berbentuk selekoh tajam. Seimbas pandang, masjid ini kelihatan seperti kota lama yang menghuni kawasan tanah tinggi.

Hanya pada zaman pemerintahan Raja Hijau (1584-1616), rumah ibadat itu disentuh pembaharuan, hasil garapan istimewa tukang dari Cina, Lim Tau Khiang. Sejak itu, ia diubahsuai beberapa kali termasuk ketika pemerintahan Long Yunus dan Tuan Sulung.

Namun, disebabkan keadaannya terlalu uzur dan usang, ditambah pula ekonomi Pattani lumpuh akibat peperangan, sultan mengambil keputusan membina masjid baru di Kampung Bana. Kesannya, Masjid Krisek ditinggal terbiar sehingga bersemak-samun.

Bagaimanapun, oleh kerana nilai sejarahnya, pada 1935, Jabatan Arkeologi dan Antikuiti Thailand mengisytiharkannya sebagai tapak sejarah sekali gus memungkinkan kerja pemuliharaan serta pemeliharaan bangunan dilakukan pada 1957, 1982 dan 2004. Selain sebagai tempat beribadat dan mengerat silaturahim, tujuan pengekalannya dibuat kerana ia dianggap khazanah penting negara.

Hasil makanan tempatan yang berbagai jenis dijual dengan harga murah.

Antara kira-kira 600 masjid di Pattani, Masjid Jamek Pattani di Thanon Yarang kini menjadi pusat tumpuan orang Islam tempatan beribadah serta mendalami ilmu agama. Dibina pada 1954 dan selesai menjelang 1963, seni binanya mengambil inspirasi Arab dan monumen tersohor, Taj Mahal.

Imam masjid, Yakob Abdullah, berkata masjid yang menelan belanja RM400,000 (46 juta baht) itu boleh memuatkan sehingga tiga ribu jemaah pada satu-satu masa.

“Demi mendapatkan suasana seperti Taj Mahal, India, sebuah kolam dilengkapi tugu berbentuk kubah dibina di tengah halaman. Masjid ini sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan dan penganjuran majlis penting, misalnya tilawah al-Quran bagi Wilayah Selatan kerap dianjurkan di sini. Ia juga dinobatkan antara masjid terindah di seluruh Thailand,” katanya.

Bagi yang ingin mendekatkan diri dengan alam, Pattani mungkin jawapannya kerana ia menawarkan berbilang sungai, pantai, air terjun, kawasan bukit dan pergunungan, ladang garam dan hutan payau bakau. Pusat pendidikan hutan paya bakau Yaring antara lokasi sasaran kerana sarat daya tarikan terutama misteri serta keindahan pemandangan hutan simpannya.

Projek membabitkan kawasan seluas 198.4 ekar berkenaan menghidangkan aneka kemudahan termasuk binaan jambatan daripada kayu Hopea Odorato sepanjang 1,250 meter, khusus memberi peluang pengunjungnya menghayati keindahan alam semula jadi ditawarkan tempat itu.

Sepanjang perjalanan, pengunjung disajikan dengan pelbagai spesies pokok dan tumbuhan berusia beribu tahun dengan segenap lorong dan ceruk menyediakan teres istirahat dilengkapi gambar dan maklumat berguna mengenai hutan berkenaan.

Sementara berdayung sepanjang terusan, pengunjung berpengalaman bertemu beragam spesies hidupan air, burung, serangga dan penduduk tempatan yang menyara hidup melalui hasil hutan bakau.

Dalam keasyikan menjejaki tamadun Islam, jangan sia-siakan peluang meneroka budaya lain. Makam Lim Kor Niew di Jalan Anak Ru, daerah Muang misalnya, amat berbaloi dilawati. Makam berkenaan menempatkan imej serta figura dewi Lim Kor Niew yang dibentuk menerusi ukiran pada batang pokok gajus, sekali gus simbolik misteri kematian dewi itu yang ditemui maut tergantung di pokok berkenaan.

Bertujuan menghormati dewi malang itu, setiap tahun ketika bulan mengambang penuh dan bulan ketiga kalendar lunar Cina, diadakan majlis keramaian besar-besaran dengan seluruh pelosok bandar bermandi cahaya, selain dibanjiri pengunjung dalam serta luar negara. Sambutan perayaan berkenaan dikatakan paling meriah dan menggamit tumpuan di wilayah Selatan negara terkenal dengan simbol gajah itu.

Meskipun, Pattani bukan tergolong lokasi pelancongan popular kerana ketidakstabilan politiknya, namun tinggalan sejarah, keunikan adat serta budaya, keramahan penduduk serta hasilan kraf menakjubkan mungkin mampu mengubah nasib Pattani menjadi destinasi persinggahan terkenal suatu hari nanti. Semoga tuah dan nasib menyebelahi Pattani.

Thursday, January 21, 2010

Tuesday, January 19, 2010

BANGKOK: Bangkok melanjutkan perintah darurat yang berlangsung sejak hampir lima tahun di selatan Thailand pada hari sama seorang tentera kehilangan kaki akibat diletupkan bom pemisah, semalam.

Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva, berkata Kabinetnya bersetuju memperbaharui perintah darurat itu selama tiga bulan lagi sehingga 19 April.


Bagaimanapun, Abhisit berjanji untuk mendesak pihak yang berkenaan supaya menerima cadangan memberi pengampunan kepada militan Islam serta penyokong mereka apabila dia menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Kebangsaan yang akan diadakan bulan depan.


Sementara itu, sebutir bom dipasang di tepi jalan diledakkan dengan isyarat telefon bimbit ketika satu trak tentera yang mengiringi guru kerajaan melalui kawasan Yala, semalam.


Akibat serangan itu, empat tentera cedera, termasuk kapten unit itu yang putus kedua-dua kakinya.

Seorang lagi tentera turut cedera parah. - AFP

30 September 2009

Satu gempa bumi 7.6 pada skala Richter menggegar Padang di pulau Sumatera, Indonesia. Seramai 704 mangsa mati selain kira-kira 4,000 terperangkap di bawah runtuhan.

Gegaran sekuat 7.0 pada skala Richter menggegar bahagian selatan Sumatera beberapa jam kemudian.

29 September 2009

Tsunami besar tercetus ekoran gempa 8.0 skala Richter di Samoa dan American Samoa, membunuh sekurang-kurangnya 177 orang di wilayah itu, sementara beratus-ratus yang lain dilaporkan hilang. Tsunami turut melanda Tonga.

2 September 2009

Gempa 7.0 skala Richter menggegar Tasikmalaya, pulau Jawa, mengorbankan 123 orang dan mencetuskan tanah runtuh.

6 April 2009

Hampir 300 maut di bandar L'Aquila, Itali apabila gempa 5.8 pada skala Richter melanda.

29 Oktober 2008

Barat daya Pakistan digegar gempa 6.4 skala Richter, menyebabkan sehingga 300 penduduk meninggal dunia dan berpuluh ribu yang lain hilang tempat tinggal.

12 Mei 2008

Gempa 8.0 skala Richter menggegar Sichuan, barat daya China. Lebih 87,000 maut atau hilang.

3 Februari 2008

Satu gempa dengan magnitud 6.1 pada skala Richter menggegar timur Congo dan barat Rwanda, membunuh 45 orang dan menyebabkan ribuan yang lain hilang tempat tinggal.

2 April 2007

Lebih 50 nyawa maut, sementara ribuan yang lain hilang tempat tinggal selepas gempa bermagnitud 8.0 skala Richter melanda Kepulauan Solomon dan menyebabkan tsunami.

6 Mac 2007

Gempa berukuran 6.3 pada skala Richter menggegar pulau Sumatera, merobohkan bangunan dan mengorbankan sekurang-kurangnya 70 orang.

17 Julai 2006

Sekurang-kurangnya 596 maut, lebih 9,500 cedera dan 74,000 yang lain hilang tempat tinggal setelah gempa dasar laut sekuat 7.7 skala Richter melanda pulau Jawa dan mencetuskan tsunami.

27 Mei 2006

Wilayah Yogyakarta, Indonesia, dilanda gempa 6.3 skala Richter, mengorbankan 6,000 mangsa dan menyebabkan 1.5 juta penduduk hilang tempat tinggal.

8 Oktober 2005

Satu gempa 7.6 pada skala Richter membunuh lebih 75,000 orang, kebanyakannya di bahagian sempadan di Pakistan Utara dan wilayah Kashmir. Seramai 3.5 juta hilang terpaksa dipindahkan.

28 Mac 2005

Sekurang-kurangnya 900 maut apabila gempa dengan magnitud 8.6 pada skala Richter menggegar pulau Nias, Sumatera.

26 Disember 2004

Gempa dasar laut sekuat 9.1 skala Richter dari pantai pulau Sumatera mencetuskan tsunami yang membunuh 220,000 mangsa di sekitar Lautan Hindi termasuk 168,000 nyawa di Acheh, Indonesia.

26 Disember 2003

Gempa kuat 6.7 pada skala Richter menggegar bandar Bam, Iraq, mengakibatkan sekurang-kurangnya 31,884 maut dan mencederakan 18,000 yang lain.

26 Januari 2001

Gujarat di barat India digegar gempa kuat, mengorbankan 25,000 orang dan 166,000 mangsa cedera. - AFP

Monday, January 18, 2010

2 penduduk Islam ditembak mati

PATTANI: Pemberontak didakwa menembak mati dua lelaki Islam dalam kejadian berasingan, kata polis semalam.


Di Pattani, empat lelaki bersenjata raifal M-16 melepaskan tembakan bertubi-tubi membunuh seorang penduduk kampung beruia 31 tahun di luar rumahnya malam semalam.

Tidak lama kemudian, seorang peniaga berusia 36 tahun pula menjadi mangsa ketika dia dalam perjalanan pulang dari kedai minum, juga di Pattani.


Pada petang semalam, seorang wanita Buddha berusia 42 tahun cedera selepas dua lelaki menaiki motosikal melemparkan bom tangan ke sebuah pusat karaoke tempat mangsa bekerja.

Lebih 4,000 orang maut dan ribuan lagi cedera sejak pemberontak mengangkat senjata di selatan Thailand enam tahun lalu. - AFP

Sunday, January 17, 2010

MANILA - Kerajaan Filipina yakin dapat memeterai perjanjian damai dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dalam tempoh lima bulan akan datang, kata seorang pegawai Kabinet.

Setiausaha Akhbar, Cerge Remonde berkata, kerajaan yakin dengan niat baik dan keikhlasan kumpulan pemberontak dalam perbincangan keamanan itu.

"Kami yakin mencapai persetujuan yang menguntungkan kedua-dua pihak bagi perjanjian damai itu. Kami optimis bahawa rundingan damai antara MILF dan kerajaan boleh ditandatangani sebelum penggal akhir pemerintahan Presiden Gloria Macapagal Arroyo," kata Remonde.

Beliau berkata, Malaysia memainkan peranan penting dalam rundingan tersebut sebagai pihak ketiga.

MILF yang mempunyai 11,000 ahli adalah kumpulan pemberontak terbesar yang berjuang untuk membentuk kerajaan sendiri di Mindanao.

Perjanjian damai terakhir dijangka menamatkan pemberontakan penduduk Islam di selatan Filipina selama lebih empat dekad.

Seperti dipersetujui kedua-dua pihak, sebuah pasukan antarabangsa ditubuhkan baru-baru ini untuk memantau gencatan senjata.

Anggota pasukan pemantau itu berasal dari Malaysia, Qatar, Indonesia dan Norway, kata jurucakap MILF.

Friday, January 15, 2010


Teks penuh "Book of Mormon"

Thursday, January 14, 2010

2 dibunuh, dibakar

YALA: Sepasang suami isteri ditembak mati sebelum dibakar dalam kejadian keganasan terbaru di selatan Thai, semalam.


Polis mendakwa kumpulan militan Islam bertanggungjawab terhadap kejadian di Pattani itu.

Dalam kejadian lain, seorang bapa juga mati setelah keluarganya diserang, didakwa oleh kumpulan yang sama.

Keganasan yang meletus enam tahun lalu di wilayah selatan Thai yang majoriti penduduknya beragama Islam dan keturunan Melayu telah menyebabkan lebih 4,100 orang terbunuh.

Dalam kejadian semalam, seorang lelaki berusia 51 tahun dan isterinya, 42, dalam perjalanan ke tempat kerja dengan bermotosikal apabila mereka diserang.

Polis berkata, penyerang kemudian menyimbah minyak pada mayat pasangan beragama Buddha itu lalu membakarnya di tengah jalan.

Kumpulan yang sama juga dipercayai menyerang seorang lelaki Buddha, isteri, anak perempuannya berusia 11 tahun dan bayi berumur 10 bulan.

Lelaki itu dan anak perempuannya cedera dalam kejadian itu tetapi lelaki terbabit mati kemudian di hospital.

Sementara itu, dua anggota tentera cedera akibat jerangkap samar tidak lama selepas itu.

Keganasan di selatan Thai bermula 4 Januari lalu 2004 dan menjadi semakin buruk sejak itu.

Wilayah berkenaan satu ketika dulu diperintah oleh raja Melayu sebelum dijajah oleh kerajaan Buddha Siam pada 1902.

Militan terbabit tidak mendedahkan matlamat mereka secara umum dan menggunakan pelbagai cara dalam serangan, termasuk memenggal mangsa. - AP

Selatan Thailand terus bergolak

Tiga maut, 17 cedera kena tembak

YALA: Tiga orang maut dan 17 lagi cedera kena tembak dan letupan bom dalam pergolakan terbaru di wilayah majoriti penduduk Islam di selatan Thailand, kata polis di sini, semalam.

Di Pattani, beberapa penyerang tidak dikenali menembak mati dan membakar mayat pasangan beragama Buddha yang dalam perjalanan ke tempat kerja dengan motosikal.

Penyerang membawa mangsa ke tengah jalan raya, mencurah minyah tanah dan membakar lelaki berusia 51 tahun itu dan isterinya yang berusia 42 tahun.

Dalam satu lagi serangan di wilayah sama, satu keluarga beragama Buddha seramai tiga orang termasuk budak perempuan 12 tahun cedera ditembak penyerang bermotosikal.

Kelmarin, sekumpulan juruelektrik kerajaan diserbu ketika mereka sedang memasang wayar elektrik di sepanjang jalan juga di Pattani. Seorang terbunuh manakala empat lagi cedera.

Sebutir bom kemudian diletupkan di luar sebuah kedai minuman di wilayah sama, mencederakan empat orang awam manakala di wilayah berdekatan, sebutir lagi bom meletup di luar sebuah pasar yang mencederakan tiga anggota tentera dan tiga orang awam.

Lebih 3,900 orang terdiri daripada penduduk Buddha dan Islam, terbunuh dalam tempoh enam tahun kekacauan di rantau kaya tanaman getah itu.

Pattani, Yala dan Narathiwat adalah sebahagian wilayah kesultanan bebas dikenali sebagai Pattani sebelum diambil alih Thailand yang majoriti penduduknya beragama Buddha, pada 1909.

Kira-kira 80 peratus daripada penduduk rantau itu beragama Islam yang bercakap dialek Melayu sebagai bahasa pertama dan sekian lama mengadu mengalami diskriminasi, terutama dari segi pendidikan dan peluang pekerjaan.

Penyerang, dipercayai pemisah sering menyasarkan penduduk Buddha dan Islam dikaitkan dengan kerajaan Thailand seperti pegawai polis, tentera, pegawai kerajaan dan guru.

Satu usaha menentang pemberontakan besar-besaran tidak banyak membantu menamatkan keganasan membabitkan pelan rangsangan bernilai AS$1.9 bilion (RM6.34 bilion) untuk mengurangkan jurang ekonomi dan meminimumkan pengaruh pemberontakan. - Reuters


Wednesday, January 13, 2010

Apakah dia perang Armageddon ???

Satu peristiwa besar dan perang kehancuran

  • Pertemuan strategi perang raksasa yg sudah terlalu hampir waktu berlakunya
  • Perang persekutuan-internasional yg akan tercetus dan sentiasa ditunggu2 oleh seluruh umat manusia dari dahulu lagi
  • Perang politik dan agama
  • Peperangan raksasa dr byk pihak yg terlibat dan akan membawa kehancuran sebahagian dunia dgn sgt besar
  • Peperangan yg paing besar dan dahsyat dlm sejarah ketamadunan hidup manusia
  • Perang yg dimulai dgn menyeluruhnya perdamaian tetapi ianya PALSU sehingga semua penduduk dunia menyangka dan mengataklan bahawa kita akan hidup aman damai dgn termeterinya bbrp perjanjian damai yg selepas itu akan di cabuli oleh musuh2 yg benci thdp org2 yg beriman kpd Allah SWT.

Asal perkataan Armageddon:

  • Asal dr perkataan Ibrani dan terdiri dr 2 pktn : “Ar” – yg bererti gunung atau bukit
  • Mageddo” – nama dr sebuah lembah di Palestin yg mana lembah ini merupakan sebuah medan pertempuran yg akan tercetusnya perang ini. Ia membentang dr dataran Mageddo di utara smpai ke Edom di Selatan yg jaraknya sekitar 200 batu sampai ke Laut Putih (Tengah) di bhgn Barat dan Bukit Mohab di Timur yg jaraknya 100 batu .
  • Para ahli peperangan berpendapat bhw kawasan ini merupakan tempat yg strategik , setiap panglima tentera / angkatan yg dapat menguasai tempat ini akan dapat mematahkan setiap serangan
  • Perkataan Armageddon adalah sebuah istilah bukannya asing dikalangan para ahli kitab (yg amalkan kitab Taurat, zabur ,injil yg lama) dan disebut juga dlm kitab tersebut ttg akan berlakunya peperangan hebat ini.Ahli kitab ini adalah golongan yahudi dan nasrani yg beramal dgn kitab asal.
  • Nabi Muhammad SAW ada bersabda ” sampaikanlah ajaran-ajaranku walaupun itu hanya satu ayat , dan berbicaralah dr ajaran bani Israil (Yahudi) dan aku tiada halangan ” (1) - sahih al Bukhari bab 6 pg 3461 dr Abdullah Ibnu Umar RA.
  • Tetapi haruslah dgn syarat juga , tidak membenarkan dgn tanpa usul periksa sabdanya lagi ” apabila ada ahli kitab yg berbicara (ttg agama) maka jgnlah kamu benarkan dan jgn pula kamu dustakan” (2) – sahih Bukhari diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA
  • Maksudnya disini Nabi SAW menganjurkan kita menyelidiki juga apa cerita yg disampaikan oleh para ahli kitab dan jgn percaya bulat-bulat., tetapi perkataan mereka juga kita boleh terima …dan tidaklah ditolak mentah-mentah …

PERKATAAN ARMAGEDDON OLEH PENULIS BUKAN ISLAM YG MEMPERCAYAINYA

  • Dlm kitab Wahyu (revealation – 16:16) ” dan roh-roh syaitan mengumpulkan sekelian tentera dunia disebuah tempat bernama Armageddon –(Injil : pg 388 – terbitan darul Thaqafah , Mesir)
  • Dlm buku ” Dimensi agama dlm Politik Amerika Syarikat (AS) di sebut bhw 7 org pemimipin AS mempercayai akan tercetusnya perang Armageddon – (Buku janji yg benar dan janji yg dusta pg .31)
  • Presiden AS yg lalu, Ronald Reagen berkata : ” Sesungguhnya generasi ini adalah generasi yg akan melihat Armageddon” (buku ramalan dan politik pg.66 )
  • “…. Segala sesuatu pasti akan berakhir dlm bbrp tahun.. akan terjadi perang dunia yg paling besar ialah perang armageddon atau datarn mageddo…” (Buku Drama berakhirnya zaman – Oral Robertus, buku Akhir bola dunia yg paling besar – Hall Lindus)
  • Aku berkeinginan agar aku dpt mengatakan bhw kita akan dpt mencapai perdamaian. Akan tetapi saya percaya bhw perang Armageddon akan berkecamuk di lembah Mageddo. ( Buku janji yg benar dann janji yg dusta pg. 62 / buku ramalan dan politik pg. 37)
  • Seorag penulis AS yg bernama Greys Halsl berkata : Kita sbg org2 Kristian percaya bhw sejarah manusia akan berakhir dgn sebuah peperangan yg di sebut sbg Armageddon dan peperangan ini akan menyaksikan kembalinya Isa Al Masih yg akan memrintah org-org yg hidup dan org yg mati dgn saksama ( ramalan dan politik pg.19)

Kaum Muslimin dan Armageddon Terdapat ramai di kalangan org Islam sendiri yg masih tidak mengetahui tentang Perang Armageddon – bahkan ada yg mengatakan perkataan itu hanya ada dalam sejarah filem hollywood lakonan Bruce Willis dan Ben Affleck . Padahal realitinya holllywood yg didokong oleh yahudi sememangnya ingin memesongkan fakta tentang Armageddon ini melalui propaganda filem.Padahal di kalangan para ahli kitab mereka telah mengkaji tentang peperangan ini dan senantiasa bersiap sedia utk menghadapinya.Hadith nabi SAW yg membicarakan ttg peperangan ini :” kamu akan mengadakan perdamaian dgn bangsa Rum dlm kedaan aman, lalu kamu akan berperang bersama mereka melawan suatu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan menadpat harta rampasan perang yg byk, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yg luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang leleki Rum. Lalu dia akan mengangkat tanda salib (tentera kristian) dan melaungkan salib telah menang maka datanglah kepadanya seorang lelaki muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut , kemudian tentera Rum mengkhianati perdamaian dan terjadilah peperangan demi peperangan, dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera , dibawah setiap bendera terdapat 12 ribu tentera”- Hadith sahih riwayat Imam Ahmad,Imam Abu Daud, Ibnu Majah dr Zu Makhmar RA.Disahihkan oleh Tafsir Al Albani dlm mentahkik hadis misyqat , pg 5424 dan kitab sahih al Jami’ dan ia mempunyai bberapa riwayat.Hadith di atas dgn jelas menerangkan bhw di sana ada 2 buah peperangan yg akan terjadi :

  1. Perang dunia Armageddon yg telah byk diketahui oleh semua pihak
  2. Peperangan-peperangan , dlm sesetengah hadith di sebut Peperangan terbesar (Malhamah al Kubra).Peperangan ini tidak diketahui ramai kecuali oleh sebahagian orang , pihak2 yg berperang dlm pertempuran ini adalah kaum muslimin , menghadapi tentangan dr Rum (Eropah dan AS) setelah berlakunya perang Armageddon di mana pd awalnya muslimin bersekutu dgn mereka tetapi akhirnya Rum mengkhianati kita dlm perang tersebut.

Makanya, perang Armageddon adalah peristiwa pertama yg kita tunggu sbg permulaan dr huru hara di akhir zaman sebagaimana yg akan diterangkan dlm bahagian seterusnya iaitu bab Imam Mahdi al Muntazar. Perang tsbt juga adalah perang penghancuran dan nuklear yg akan memusnahkan sebahagian besar senjata stategik, yg tinggal selepas itu hanyalah senjata tradisional berupa panah, pedang dan kuda yg akan diguna pakai dlm peperangan selepas Armageddon (khasnya oleh tentera Al Mahdi nanti) .Bab 2 – Insya Allah saya akan sambungkan tentang bagaimana perkiraan umur umat -umat terdahulu sehingga umat akhir zaman ini dan juga siapakah dia yg dinamakan dgn imam Mahdi al Muntazar.Segala yg buruk itu dr saya dan yg baik itu dr Allah SWT jua …. SIAPAKAH IMAM AL MAHDI AL MUNTAZAR 1. Al Mahdi Al Muntazar (lelaki yang dinanti / ditunggu-tunggu) akan kemunculannya adalah seorang lelaki muda dari kaum Muslimin yang berasal dari keluarga nabi Muhammad SAW. · Beliau dari keturunan sayydatina Fatimah Binti Rasulullah SAW. · Namanya Muhammad Bin Abdullah – jadi namanya sama dgn Nabi Muhammad SAW · Al Mahdi bukanlah seperti yang diduga oleh kaum Syiah ar Rafidhah yang mengharap kemunculannya dari negeri Sardeb ( area Samarra) kerana Al Mahdi seperti ini tiada faktanya dan tiada nas-nas hadis Nabi SAW yang menerangkannya . · Kaum Syiah ini mendakwa bahawa Al Mahdi namanya ialah Muhammad Ibn Al Hassan Al Askari, akan memasuki Sardeb ketika berusia 5 tahun. · Mereka sentiasa menunggu kehadirannya dr Sardeb sedangkan Al Mahdi seperti yg mereka dakwa itu sekali2 tidak akan keluar dr Sardeb itu. ( sila rujuk kitab2 Nihayah tarikh Ibnu Kathir, Al Fitan Wal Malahim, bab ttg berita AL Mahdi juz : 1)CIRI CIRI IMAM AL MAHDI· Berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW telah disebutkan bahawa Al Mahdi atau Muhammad Ibn Abdullah yang akan muncul itu berhidung panjang, mancung dan runcing (mempunyai bentuk wajah yang cantik), berkening luas, dia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan keseimbangan · ( sebelumnya dunia dipenuhi dgn kezaliman dan ketidakadilan) – seperti yang dapat kita lihat hari ini , penindasan dan peperangan terhadap umat islam di mana2 dan berleluasa. · Beliau akan memerintah dunia selama 7 tahun atau 8 tahun atau paling lama 9 tahun setelah turunnya Isa Al Masih AS , sebelum berlakunya hari kiamat. Sepanjang pemerintahannya manusia hidup dalam kedamaian dan keadilan yg tidak pernah dirasai selepas kewafatan Rasullullah SAW.· Hadis Nabi : 1. ” Sesungguhnya bumi ini akan dipenuhi dgn kezaliman dan kesemenaan, dan apabila kezaliman dan kesemenaan itu telah penuh, maka Allah SWT akan mengutus seorang lelaki yg berasal dari keturunanku, namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku (Muhammad Ibn Abdullah). Maka dia akan memenuhi bumi dgn keadilan dan kemakmuran sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu dgn kezaliman dan kesemena-menaan (penindasan).Diwaktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman. Maka kamu akan hidup bersamanya selama 7 tahun atau 8 tahun dan paling lama 9 tahun.” ( hadis ini adalah sahih riwayat dr Tibrani, Bazzar dan Abu Naim. Imam As Sayuti telah menunjukkan akan kesahihannya dlm Al Jami. Disahihkan oleh Al Albani dlm As Silsilah As Sahihah , no: 1529)2. ” Al Mahdi berasal dari keturunanku ahli bait yang akan diislahkan oleh Allah SWT dalam satu malam” ( hadis ini hadis sahih riwayat Imam Ahmad dlm Musnad Imam Ahmad dan Ibnu Majah dlm sunan nya dr sayyidina Ali RA.Ia disahihkan oleh Syeikh Ahmad Syakir ketika memberikan komennya dlm Musnad Ahmad. Ia juga disahihkan oleh Al Albani dlm As sahihah no 2371.) Maksud Islah : (2 tafsiran dr ahli tafsir Hadis) 1) bahawa sebelum menjadi Al Mahdi beliau mempunyai bbrp kekurangan kecil, kemudian Allah SWT mengampuni dosa-dosanya, menunjukinya dan menurunkan ilham-ilhamnya.2) Bahawa Allah SWT memberinya persiapan utk menjadi khalifah dan memimpin kaum muslimin yg mukminin dalam menghadapi huru-hara dan peperangan peperangan akhir zaman . (tafsiran mengikut kitab Fitan Wal Malahim ttg. Berita Al Mahdi , oleh Ibnu Kathir juz :1) hadis 3 : ” Al Mahdi berasal dr anak cucuku , dari keturunan Fatimah”( Hadis Hasan diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim dari Ummu Salamah.Imam Sayuti menunjukkan kesahihannya dlm Al Jami.) hadis 4 :” Bahawa akhir zaman nanti akan muncul seorang khalifah yg berasal dr umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya”(Diriwayatkan oleh Ahmad dlm Musnad Imam Ahmad, dan oleh Muslim dalam Sahih Muslim dari hadis Jabir bin abdullah dan Abu Said Al Khudri) · Kemunculan Imam Mahdi bukanlah berasal dari usahanya, (Muhammad Bin Abdullah) dan bukan juga atas permintaannya.Bahkan beliau sendiri sama sekali tidak tahu bahawa Allah SWT akan mengislahkannya dalam masa satu malam dan bahawa Allah SWT akan mempersiapkan baginya satu kaum yang jumlahnya sedikit dan tidak mempunyai persiapan dan kekuatan , kemudia mereka akan membaiahkan beliau di Kaabah, sedangkan beliau (Imam Mahdi) Tidak menyukai baiah itu. · Kedatangan Imam Mahdi diakahir zaman adalah satu perkara yg telah ditakdirkan oleh Allah SWT, yang telah tertulis di Luh Mahfuz yang tidak dapat tidak akan muncul juga satu hari nanti – hanya masa dan ketika nya sahaja yg tidak diketahui oleh sekelian makhluk …hanya dalam ilmu dan pengetahuan Allah SWT sahaja. · Jadi kedatangannya sama seperti kedatangan Al Masih Dajjal, turunnya Isa Ibnu Maryam AS, keluarnya Ya’juj dan Ma’juj serta sisa tanda-tandanya hari kiamat. · Oleh sebab itu , mempercayai dan meyakini akan kedatangan Imam Mahdi ini adalah hukumnya wajib bagi seluruh umat Islam, dalam syariat dan iktikad bg setiap mukmin.Ini kerana hadis-hadis yg menerangkan tentang Al Mahdi adalah mencapai tingkat Mutawatir – bermakna menurut hampir semua ulamak tafsir Hadis , hadis Mutawatir menunujukkan ilmu yg Qat’I, yang tidak dapat diragui dan digugat, mengetahuinya adalah wajib , mengamalkannya adalah fardhu dan mengingkarinya adalah haram dan kufur.

Friday, January 8, 2010

Abhisit janji undur askar

YALA - Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva berjanji akan mengundurkan askar dari selatan Thailand dan menyerahkan tanggungjawab keselamatan kepada penduduk tempatan selepas keganasan di wilayah itu mula reda.

Lawatan Abhisit ke Yala, Pattani dan Narathiwat untuk merasmikan pembukaan lebuh raya baru yang menghubungkan Yala dan Pattani kelmarin disambut dengan beberapa serangan bom.:

Salah sebuah bom meletup tidak jauh daripada tempatan upacara perasmian tersebut.

Abhisit ketika berucap di kem askar di Yala berkata, kerajaan dan pihak tentera bersetuju menyerahkan peranan menjaga keselamatan di selatan Thailand kepada renjer tentera dan penduduk tempatan sebaik saja situasi di wilayah itu pulih.

Namun, beliau tidak menyebut tarikh tertentu mengenai pengunduran askar kerajaan.

Pihak berkuasa mengetatkan kawalan keselamatan sepanjang lawatan Abhisit ke daerah Muang, Yala untuk merasmikan Lebuh Raya 418 dari Yala ke Pattani sepanjang 42 kilometer yang dihubungkan dengan Lebuh Raya 410 sepanjang 29 kilometer.

Kerja-kerja pembinaan lebuh raya itu bermula sejak 2002 dengan menelan kos sebanyak 703 juta baht (RM71 juta).

Namun, kontraktor terpaksa menghentikan projek pembinaan tersebut pada 2004 berikutan ancaman keganasan yang dicetuskan pejuang pemisah.

YALA - Suspek militan meletupkan dua butir bom di wilayah majoriti penduduk Islam di selatan Thailand ketika Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva melakukan lawatan, semalam.

Letupan pertama berlaku 100 meter dari kawasan di mana Abhisit dijadualkan merasmikan sebatang jalan di bandar Yala dan mencederakan seorang anggota polis.

Letupan kedua juga berlaku di Yala tetapi tidak menyebabkan sebarang kecederaan.

Polis berkata, mereka berjaya mematikan bom ketiga di jalan berhampiran.

Abhisit tiba di Narathiwat dan turut dijadualkan melawat Yala dan Pattani dalam lawatan sehari itu.

Lebih 4,100 orang terbunuh dalam pemberontakan selama enam tahun di ketiga-tiga wilayah itu yang diketuai oleh beberapa kumpulan pemisah.

Dalam keganasan berasingan, penyerang bermotosikal menembak mati seorang lelaki Buddha yang bertugas di Jabatan Meteorologi di daerah Pattani, kelmarin.

Seorang militan berusia 25 tahun terbunuh di Narathiwat kelmarin selepas bertempur dengan pasukan keselamatan yang mengawasi kawasan itu menjelang kunjungan Abhisit.

Pihak berkuasa Thailand menempatkan 1,000 anggota keselamatan termasuk enam helikopter untuk melindungi Abhisit dan pegawai kanannya ketika merasmikan jalan, memberi hadiah kepada kanak-kanak dan kunjungan ke perkampungan contoh sepanjang lawatan itu.

YALA: Kumpulan disyaki pejuang pemisah selatan Thai semalam meletupkan dua bom tepi jalan menyebabkan dua tentera terbunuh dan tiga polis cedera.

Satu daripada bom itu diletupkan di Yala, menggunakan telefon bimbit, hanya kira-kira 300 meter dari tempat Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva merasmikan sebatang jalan raya tiga jam selepas itu, kata jurucakap polis, Mejar Jeneral Sayan Krasesaen.


Perasmian itu berlangsung tanpa sebarang kejadian buruk.


Seorang anggota tentera terbunuh dan tiga polis cedera dalam serangan iru.


Sejam selepas letupan pertama, bom kedua diletupkan, di daerah lain di Yala, menyebabkan seorang lagi anggota tentera mati.


Thailand menempatkan puluhan ribu anggota keselamatan di selatan negara itu tetapi sehingga ini masih gagal mengekang keganasan di wilayah yang penduduknya mendakwa ditindas atas alasan perkauman dan agama. — AFP

Thursday, January 7, 2010

YALA, Thailand 7 Jan. - Militan pemisah disyaki menanam dua butir bom di kawasan yang majoritinya dihuni penduduk Islam di selatan Thailand hari ini, menyebabkan seorang penduduk terbunuh, ketika Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva tiba untuk mengadakan lawatan.

Menurut polis, letupan pertama dikatakan hanya berada 100 meter dari kawasan di mana Abhisit dijadual akan merasmikan jalan raya di bandar Yala dan hampir mencederakan seorang anggota polis yang bertugas ketika lawatan itu diadakan.

Letupan yang kedua, juga di Yala dan berada dua kilometer daripada kawasan itu merupakan letupan bom yang sangat kuat yang mengorbankan seorang anggota sukarelawan selain menyebabkan lubang yang besar di kawasan itu.

"Badan mangsa hancur sepenuhnya," kata komander tentera selatan, Mejar Jeneral Wichet Visaijorn kepada pemberita.

"Militan sengaja mencetuskan serangan keganasan ini bagi menarik perhatian," katanya.

Malah pihak polis turut mendakwa, mereka telah berjaya memusnahkan bom yang ketiga.

Abhisit yang dilahirkan di Britain selain mengaku beliau telah gagal membendung keganasan di selatan negara sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada Disember 2008, tiba di wilayah Narathiwat dan dijadual akan melawat wilayah Yala dan Pattani dalam lawatan sehari itu.

Suthep Thaugsuban, timbalan perdana menteri yang bertanggungjawab berhubung keselamatan negara berusaha mencari punca serangan yang berlaku hari ini. - AFP


ABHISIT bertanya khabar penduduk pada majlis pembukaan lebuh raya baru, semalam.

YALA: Seorang pegawai keselamatan terbunuh dan seorang lagi cedera, dalam tiga kejadian letupan bom berasingan di selatan Thailand tetapi tidak menghalang Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva, meneruskan lawatan ke dua wilayah paling bergolak itu, semalam.

Panglima tentera wilayah selatan, Leftenen Jeneral Pichet Wisaijorn, berkata sebutir bom tepi jalan meletup di Yala, menyebabkan seorang anggota renjer yang sedang membuat rondaan terbunuh.

Beliau berkata, di wilayah sama, sebutir bom yang lebih kecil sebelum itu meletup hanya kira-kira 200 meter dari lokasi upacara pembukaan lebuh raya baru yang dijadual dilakukan oleh Abhisit, menyebabkan seorang pegawai polis cedera.

Sebutir lagi bom meletup di wilayah Pattani, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Kami berjaya mengawal keadaan. Serangan secara kecil-kecilan biasa berlaku ketika lawatan orang kenamaan bagi mendapatkan perhatian dan publisiti," katanya.

Lebih 1,000 pegawai keselamatan dikerah mengawal keadaan ketika lawatan itu.

Abhisit, bagaimanapun, meneruskan upacara merasmikan pembukaan lebuh raya yang menghubungkan Pattani dan Yala. Jalan dua lorong yang sedia ada sebelum ini sering menjadi sasaran kumpulan pemisah yang sering memasang bom tepi jalan, manakala kenderaan juga kerap diserang hendap.

Abhisit dijadual meneruskan lawatannya ke sebuah projek perumahan dan pembangunan tanah, sebuah pangkalan untuk renjer paramilitari dan sebuah perkampungan nelayan.

Keganasan di tiga wilayah di selatan Thailand, Pattani, Yala dan Narathiwat sehingga kini sudah mengorbankan lebih 3,000 penduduk Buddha dan Islam sejak pergolakan bermula pada 2004. - Reuters

Wednesday, January 6, 2010

NARATHIWAT - Pihak berkuasa Thailand meningkatkan kawalan keselamatan di Narathiwat sempena lawatan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva ke wilayah itu, hari ini.

Abhisit dijangka menyampaikan bantuan rumah kepada keluarga yang terjejas akibat keganasan di wilayah selatan Thai itu.

Gabenor Narathiwat, Thanon Wetkornkan kelmarin mempengerusikan mesyuarat khas untuk membincangkan langkah-langkah keselamatan semasa kunjungan Abhisit ke daerah Rueso.

Thanon berkata, kira-kira 1,000 askar, polis dan kakitangan pentadbiran wilayah, termasuk pegawai berpakaian preman dikerahkan untuk menjamin keselamatan Abhisit.

Pegawai perisikan juga ditugaskan untuk mengumpul maklumat mengenai situasi di daerah berkenaan, katanya.

Lawatan Abhisit itu adalah usaha kerajaan untuk memulihkan kemarahan ahli keluarga mangsa yang terbunuh dalam keganasan di selatan Thai.

Sementara itu, pihak berkuasa wilayah menyerbu 35 lokasi di 13 daerah dalam Narathiwat yang disyaki menjadi tempat perhimpunan anggota pemberontak.

Sunday, January 3, 2010

YALA - Sebutir bom meletup di sebatang jalan yang menghala ke sebuah sekolah di daerah Bannang Sata, Yala dengan menyebabkan enam orang parah.

Dalam serangan itu, sebutir bom yang ditanam di laluan jalan ke Sekolah Ban Bannang Kuwae, meletup kira-kira jam 10 pagi, semalam, kata polis.

Letupan tersebut menyebabkan enam orang cedera akibat terkena serpihan bom.

Selain serpihan bom, polis turut menemui silinder gas yang digunakan sebagai pengisi bom dan walkie talkie di tempat kejadian.

Di Pattani, Sekolah Ban Payo dalam daerah Sai Buri terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat pada malam Jumaat lalu.

Kebakaran kedua pula berlaku di Pusat Kesihatan Tambon Kadunong, terletak 1 kilometer dari Sekolah Ban Payo.

Keganasan berlaku pada malam ketika penduduk di selatan Thai, yang majoriti beragama Islam, menyambut ulang tahun kali keenam kebangkitan pemberontakan di wilayah itu.

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal