Bismillahirrahmanirrahim

Tuesday, March 31, 2009

4 pejuang pemisah ditembak mati

PATTANI 30 Mac - Pasukan keselamatan membunuh empat pejuang pemisah Islam dalam satu pertempuran di selatan Thailand, hari ini.

Insiden berbalas tembakan itu berlaku, selepas lebih 10 pejuang pemisah melancarkan serangan hendap ke atas sekumpulan 10 askar yang sedang melakukan rondaan di wilayah Narathiwat, kata jurucakap tentera, Kolonel Parinya Chaidilok.

"Kumpulan askar tersebut melepaskan tembakan balas dan anggota pejuang pemisah melarikan diri dengan empat daripada mereka ditemui mati di kawasan hutan berdekatan jalan raya," katanya.

Puluhan askar kemudian telah dikerahkan untuk mengesan baki enam penyerang dan dua daripada mereka berjaya ditangkap di kawasan berdekatan.

Dalam satu serangan berasingan hari ini, seorang peniaga makanan beragama Islam cedera parah setelah ditembak oleh seorang pemberontak ketika peniaga itu sedang menunggang motosikal. - AP

Saturday, March 28, 2009

FILIPINA 28 Mac - Askar kerajaan bersenjatakan meriam dan kereta perisai bertempur dengan pejuang Islam di selatan Filipina, menyebabkan 20 gerila dan tujuh tentera kerajaan maut.

Jurucakap tentera wilayah, Leftenan Kolonel Jonathan Ponce berkata, tentera daripada Briged 601 mendapat laporan bahawa 80 pejuang Islam diketuai komander Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Umbra Kato sedang berkumpul di kampung Bialong apabila pertempuran tercetus sebelum subuh semalam yang berlanjutan selama lapan jam.

Menurut Ponce, ia merupakan pertempuran terburuk pada tahun ini.

Beliau menambah kata, lima askar turut cedera dalam serangan itu yang berlaku di luar bandar Mamasapano, dekat wilayah Maguindanao.

Tambah beliau, pihak tentera diarahkan memburu Kato serta dua komander pemberontak lain yang dipercayai mengetuai insiden amukan berdarah yang mengorbankan berpuluh-puluh orang awam di wilayah Lanao del Norte selepas urusan perjanjian damai awal dibatalkan Ogos lalu.

Jelas Ponce, pihaknya percaya ramai pejuang Islam cedera dan maut akibat terkena tembakan meriam askar kerajaan.

Sementara itu, di selatan pulau Jolo, tentera kerajaan akan berundur dari kawasan hutan setelah militan Islam mengancam akan memenggal kepala salah seorang daripada tiga anggota Palang Merah Antarabangsa (ICRC) yang ditawan oleh militan Islam.

Setiausaha Dalam Negeri, Ronaldo Puno berkata, pengunduran itu akan disempurnakan dalam masa 36 jam bagi membuka jalan kepada militan Abu Sayaf agar membebaskan salah seorang tawanan itu. - AP

Friday, March 13, 2009

BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva meluluskan penghantaran 4,000 anggota tentera darat ke tiga wilayah selatan negara itu iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala.

:Abhisit menyatakan lebih banyak pasukan tentera akan dihantar ke wilayah selatan bagi menumpaskan pejuang pemisah.

:Penghantaran sejumlah besar pasukan tentera itu juga dibuat bagi menghalang golongan muda tempatan daripada menyertai kumpulan pejuang itu.

:Kerajaan Thailand mengharapkan beberapa bentuk skim pendidikan yang ditawarkan kerajaan dapat mengalihkan tumpuan warga muda di ketiga-tiga wilayah Islam itu.

:Pihak berkuasa sebelum ini memberi pelbagai tekanan hebat ke atas kumpulan pejuang pemisah bagi menggagalkan misi pembebasan yang dijalankan.

:Namun kumpulan pejuang mula menggunakan pendekatan lebih keras bagi meningkatkan tekanan kepada kerajaan di wilayah-wilayah selatan negara ini.

:Kerajaan juga dijangka mempertimbangkan lanjutan perintah darurat di wilayah selatan Thailand sehingga bulan depan, kata Abhisit.

:Krisis tiga wilayah di selatan Thailand merupakan di antara isu keselamatan yang menjadi perhatian utama pentadbiran Abhisit.

Tuesday, March 3, 2009

Kemunculan Imam Mahdi

"Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga kaum Rum sampai di A'maq atau di Dabiq untuk menyerang kamu, maka datanglah suatu pasukan yang akan menghadapi mereka dari Kota Madinah** yang mana mereka pada waktu itu adalah manusia-manusia yang terbaik di muka bumi ini. Apabila mereka semua telah berbaris-baris ( siap untuk berperang ) berkatalah orang-orang Rum: 'Biarkan kami membuat perhitungan dengan saudara-saudara kami yang tertawan ( kaum Rum yang telah masuk Islam )'. Kemudian kaum Muslimin berkata: 'Kami tidak akan membiarkan kamu mengusik ( menyakiti ) saudara-saudara kami'. lalu mereka ( kaum Muslimin ) memerangi mereka. Dalam pertempuran itu, 1/3 dari tentera Islam melarikan diri dari pertempuran yang mana mereka tidak akan diampuni dosanya oleh Allah swt selam-lamanya dan 1/3 lagi dari tentera Islam tersebut tewas sebagai para syahid yang paling baik di sisi Allah swt. Sedangkan 1/3 lagi dari baki tentera tersebut mendapatkan kemenangan yang mana mereka tidak akan tersesat selama-lamanya, kemudian mereka menakluki kota Kontantin dan ketika mereka sedang membahagi-bahagikan harta rampasan perang, mereka telah menggantungkan pedang mereka di pohon zaitun. Ketika itu, syaitan berteriak; 'Sesungguhnya al-Masih ad-Dajjal telah menguasai keluarga-keluarga kamu'. Kemudian mereka ( tentera Islam bersama Imam al-Mahdi ) bergerak pulang. Ketika mereka sampai di Syam, keluarlah ia ( Dajjal ) dan ketika kaum Muslimin telah bersiap-sedia untuk berperang, tiba-tiba masuklah waktu solat, maka turunlah Isa Ibnu Maryam as., kemudian baginda ( Isa ) pergi menuju dan menghadap kepada mereka dan apabila baginda ( Isa ) dilihat oleh musuh Allah swt maka ia ( Dajjal ) akan meleleh ( hancur ) seperti garam yang mencair dan sekiranya ia membiarkan hal tersebut sesungguhnya ia ( musuh Allah ) akan hancur ( meleleh ) sehingga binasa. Akan tetapi Allah swt berkehendakkan untuk membunuhnya di tangan Isa Ibnu Maryam, maka Isa Ibnu Maryam memperlihatkan darah Dajjal di tombaknya".
- Diriwayatkan oleh Muslim

**"Akan terjadi suatu perselisihan ketika meninggalnya seorang khalifah, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah, dan beliau lari ke Makkah, maka datanglah kepadanya orang-orang yang berasal dari penduduk Makkah, lalu mereka membawa lelaki tersebut secara paksa, kemudian mereka membai'ahnya antara Hajarul- Aswad dengan Maqam Ibrahim.
- Riwayat Ahmad dan Abu daud dari Ummu Salamah

'Aisyah Ummul-Mukminin ra. telah berkata:
"Ketika tidur, tubuh Rasulullah SAW bergetar, lalu kami bertanya: 'Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan, wahai Rasulullah?', Rasulullah SAW menjawab: 'Akan terjadi suatu kehancuran, iaitu bahawa sekelompok orang dari matku akan berangkat menuju ke Baitullah untuk memburu seorang 'lelaki' Quraisy yang pergi bersembunyi di Kaabah sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai di sebuah padang pasir ( al-Baida' ), maka mereka ditelan bumi'. Kemudian kami bertanya: 'Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?'. Baginda menjawab: 'Betul, di antara mereka yang ditelan bumi itu adalah mereka yang sengaja pergi untuk berperang dan ada pula yang dipaksa untuk berperang serta ada pula orang yang sedang musafir, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat, sedangkan mereka berasal dari arah ( niatnya ) yang berbeza-beza, kemudian Allah swt akan membangkitkan mereka pada hari kebangkitan menurut niat mereka masing-masing".
- Diriwayatkan oleh Bukhari

"Seorang lelaki akan berlindung di baitullah ( Kaabah ), maka diutuslah suatu utusan ( oleh penguasa ) untuk mengejarnya, dan ketika mereka telah sampai di suatu padang pasir maka mereka terbenam ditelan bumi".
- Diriwayatkan oleh Muslim dari Ummu Salamah

"Suatu kaum yang mempunyai jumlah dan kekuatan yang tidak bererti akan kembali ke Baitullah, maka diutuslah ( oleh penguasa ) sekelompok tentera untuk mengejar mereka, sehingga apabila mereka telah sampai di suatu padang pasir, maka mereka ditelan bumi".
- Diriwayatkan oleh Muslim dari Hafsah Ummul-Mukminin ra.

"Sesungguhnya Baitullah ini akan diserang oleh suatu pasukan sehingga pasukan tersebut telah sampai di sebuah padang pasir, maka bahagian tengah pasukan itu ditelan bumi, maka berteriaklah pasukan bahagian hadapan kepada pasukan bahagian belakang, kemudian semua mereka ditenggelamkan oleh bumi dan tidak ada yang tertinggal kecuali seorang yang selamat yang akan mengkhabarkan tentang kejadian yang menimpa mereka".
- Diriwayatkan oleh Muslim dari Hafsah Ummul-Mukminin ra.

"Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam, menuju ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejar seorang lelaki yang akan dijaga oleh Allah daripada mereka".
- Diriwayatkan oleh Ahmad dari Ummu Salamah ra

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal