Bismillahirrahmanirrahim

Friday, January 30, 2009

MANILA 30 Jan. - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersetuju untuk meningkatkan peranan Brunei bagi membantu kerajaan Filipina mencapai perjanjian damai dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di selatan negara ini.

Hassanal yang melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Filipina menyatakan persetujuan tersebut semasa rundingan dengan Presiden Gloria Macapagal Arroyo di Istana Malacanang di sini hari ini.

Selepas pertemuan itu, Penolong Setiausaha Luar Filipina, Esteban Conejos berkata, Brunei bersedia untuk meningkatkan komitmen mereka kepada pasukan pengaman antarabangsa yang ditempatkan di pulau Mindanao.

Kemungkinan Brunei boleh meningkatkan bilangan anggota kontinjennya daripada 10 kepada 30 orang.

"Kami berharap mereka (Brunei) boleh menyumbang lebih daripada itu.

"Mereka boleh mengetuai delegasi antarabangsa dalam memantau proses damai," kata Setiausaha Perancangan Ekonomi, Ralph Recto selepas rundingan Hassanal dengan Arroyo.

Jiran kedua-dua negara, Malaysia menarik diri daripada peranan tersebut pada tahun lepas, atas sebab tiadanya kemajuan dalam rundingan bertahun-tahun yang dianjurkan oleh Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semalam berkata, kerajaan Malaysia boleh menimbangkan semula pendiriannya itu apabila Manila telah menyelesaikan beberapa isu yang pada pandangan Kuala Lumpur menghalang pencapaian perjanjian damai.

Isu tersebut termasuk hak penduduk Islam terhadap tanah warisan mereka di selatan negara ini serta isu pemerintahan sendiri. - AFP

Thursday, January 29, 2009

Filipina mahu sambung rundingan

MANILA 29 Jan. - Kerajaan Filipina berharap untuk menyambung semula rundingan damai dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) pada bulan depan.

Perunding baru kerajaan, Avelino Razon hari ini berkata, beliau berasa optimis kedua-dua pihak akan kembali ke meja rundingan pada bulan depan.

"Kita akan menyambung semula rundingan dari peringkat yang terputus.

"Kita tidak boleh berputus asa dalam usaha mencari perdamaian," katanya.

Razon menegaskan bahawa sebarang rundingan perlu mematuhi Perlembagaan negara ini.

Proses damai antara kedua-dua pihak tergendala pada Ogos lalu selepas Mahkamah Agung Filipina membatalkan draf perjanjian antara kerajaan dengan MILF yang akan memberi autonomi kepada kumpulan pemisah itu ke atas tanah warisan mereka di selatan negara ini.

Dua pemimpin kanan MILF, Abdulrahman Macapaar and Ameril Umbrakato yang marah dengan keputusan mahkamah itu telah melancarkan serangan ke atas beberapa kampung dan bandar di kepulauan Mindanao menyebabkan berpuluh-puluh orang penduduk terbunuh, manakala 500,000 penduduk menjadi pelarian bagi menyelamatkan diri.

Berikutan meningkatnya serangan yang dilakukan oleh MILF, Presiden Gloria Arroyo telah membatalkan rundingan dengan MILF dan memberi amaran bahawa rundingan damai hanya akan disambung semula apabila pejuang pemisah meletakkan senjata dan memberi fokus kepada mengadakan dialog dengan pemimpin politik dan Kristian setempat.

Sementara itu, MILF menegaskan bahawa kerajaan perlu menghormati perjanjian yang dipersetujui pada tahun lepas.

Barisan pejuang Moro itu telah menandatangani perjanjian gencatan senjata dengan kerajaan pada 2003 untuk memulakan rundingan damai.

Sehingga ini, MILF belum memberi sebarang ulasan terhadap perkembangan terbaru daripada pihak kerajaan itu untuk menyambung semula rundingan damai. - AFP

Tuesday, January 27, 2009

" Siapakah itu Mujaddid dan apa peranan mereka?

Kalau kita faham, persoalan Mujaddid ini amat penting kepada umat Islam. Namun rata-rata umat Islam tidak faham bahkan tidak tahu adanya Mujaddid. Malangnya termasuk para ulama turut memandang sepi terhadap persoalan penting ini. Kalau pun ada menyebut tentang tokoh Islam sepanjang zaman, nama Mujaddid tidak sedikit pun pernah di sentuh . Ini adalah satu kegagalan kita umat Islam dan kejayaan besar musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi. Yahudi bukan sahaja tenggelamkan sejarah Mujaddid bahkan Yahudi berjaya meyakinkan umat Islam bahawa Mujaddid tidak ada apa-apa peranan atau perananya kecil sahaja.

Sebaliknya tertonjol ulama yang berperanan kecil tetapi digambarkan sebagai tokoh Islam yang berjasa. Mengapa Yahudi berusaha keras menutup kebesaran Mujaddid? Kerana Yahudi tahu bahawa Mujaddid sajalah yang telah benar-benar mampu menghidupkan roh Islam serta Mujaddid juga yang bakal mengalahkan Yahudi. Sebagai contoh, mana ada dikalangan umat Islam menonjolkan ketokohan para Mujaddid yang lalu. Kalau ada pun kisah hidup Mujaddid tersebut hanyalah sekadar bersifat fakta sejarah tetapi bukan falsafah disebalik sejarah dan peribadi mereka. Adakah kita benar-benar mengenali dan menghayati sejarah perjuangan Umar Ibnu Abd Aziz, Abu Hassan Ashaari, Imam Shafei, Imam Fakhruddin Ar Razi, Imam Ghazali, Imam As Sayuti, cukup sekadar menyebut nama Mujaddid terdahulu. Kita hanya mengenali mereka pada nama dan ilmunya. Jauh sekali dari mengkagumi mereka dan dijadikan sebagai idola. Kemunculan Mujaddid akan datang ditunggu dan paling ditakuti oleh Yahudi. Mereka akan memerangi Mujaddid yang bakal datang. Sebelum kemunculannya, Yahudi sudah pun memerangi Mujaddid tersebut secara perang saraf bertujuan menghakis sama sekali keyakinan umat Islam terhadap Mujaddid. Termasuk para ulama. Bahkan melalui ulama Yahudi berjaya mengajarkan bahawa asal saja disebut Mujaddid akan cuba disesatkan. Maka umat Islam memandang serong kepada siapa saja yang dikatakan Mujaddid. Sekali gus hilang kekuatan umat Islam.

Siapa itu Mujaddid?

Hadis Rasulullah ada menyebut lebih kurang maksudnya, ‘Akan lahir setiap awal kurun seorang yang akan membaharui agama.’ Membaharui agama itulah Mujaddid, bukan membawa agama baru tetapi mentajdid atau mengembalikan roh agama sehingga umat Islam dizaman itu dapat merasakan roh Islam itu seolah-olah baru beragama. Kaedah, pendekatan, teknik, uslub yang dibawa Mujaddid tidak sama dengan ulama sezaman. Mereka adalah Sohibuzzaman, wakil Tuhan, rasul lil Rasul, ulama berwatak Rasul, pemimpin kebenaran dan ketua para Wali. Mujaddid sangat dipimpin oleh Allah swt dab Rasulullah saw. Mereka mendapat ilham dan ilmu hikmah. Mereka juga amat berjaya dalam memimpin roh manusia.

Peranan Mujaddid.

Setiap Mujaddid yang Tuhan utus setiap awal kurun itu beserta peranan masing-masing. Setiap Mujaddid membawa peranan untuk menyelesaikan atau mengatasi masaalah yang paling utama dizaman Mujaddid itu muncul. Contohnya zaman Umar Ibnu Abd Aziz masaalah besarnya ialah kepimpinan. Maka Beliau mentajdidkan kaedah kepimpinan. Zaman Abu Hassan Ashaari umat Islam menghadapi masaalah dengan percampuran ilmu ketuhanan dengan falsafah. Beliau membawa kaedah mengenali Allah swt melalui kaedah Ilmu Sifat Dua Puluh. Zaman Imam Shafei pula bekaitan dengan memahami hukum hakam dalam Islam. Beliau memperkenalkan Usul Fiqh dan Qawaidul Fiqh. Imam Fakhruddin mengenai Ilmu Al Quran dan Imam Al Ghazali mengenai penggabungan ilmu atau menyatukann ilmu. Dan begitulah seterusnya. Amat besar jasa para Mujaddid dan Mujaddid juga dijamin kejayaan dalam perjuangan mereka kerana mereka adalah pemimpin yang dijanjikan oleh Allah swt.

Kita berada diawal kurun ke 15.

Seorang Mujaddid telah muncul diawal kurun ini. Hanya tidak diketahui siapa orangnya. Kemungkinan besar ini adalah Mujaddid terakhir menjelang kiamat. Mujaddid akhir atau Mujaddid bongsu ini ada keistimewaan tersendiri. Diantaranya Mujaddid bongsu ini diberi kuasa pemerintahan. Perjuangannya bensambung kezaman empayar Islam pimpinan Al Mahdi. Beliau juga adalah orang kanan Al Mahdi bergelar Putera Bani Tamim(PBT). Perjuangan PBT bersama Al Mahdi inilah bakal mengambil alih semula Baitul Muqaddis setelah terlebih dahulu ditawan sepenuhnya oleh Israel. Banyak hadis-hadis mengenai Mujaddid termasuk PBT yang sangat tidak difahami oleh para ulama sezaman kecuali diri Mujaddid itu sendiri faham kerana difahamkan secara ilham oleh Allah swt. Di kalangan Mujaddid hanya dua orang sahaja yang diberi keistimewaan kuasa pemerintahan iaitu Umar Ibnu Abd Aziz, selaku Mujaddid pertama di kurun kedua dan Mujaddid bongsu Putera Bani Tamim di kurun ke 15 ini. Peranan PBT ini amat besar kerana dizamannya umat Islam menghadapi berbagai masalah. Seolah-olah seluruh masalah dizaman Mujaddid terdahulu semuanya terhimpun dizaman Mujaddid bongsu ini. Oleh itu Mujaddid bongsu ini diberi kelebihan untuk mampu mengatasi semua masaalah yang banyak serta berbagai jenis itu.

Mengapa Yahudi takut dan berusaha memusnahkan Mujaddid bongsu ini namun gagal?

Yahudi gagal memusnahkan Putera Bani Tamim kerana atas faktor janji Tuhan. Kalau bukan atas faktor janji Tuhan semasa diawal perjuanganya sudah dimusnahkan. Namun Tuhan membela biarpun Yahudi usahakan melalui berbagai cara. Hasil dari kegagalan usaha untuk memusnahkan PBT itu, membuatkan Yahudi semakin yakin terhadap PBT serta yakin akan kekalahan dipihak mereka. Yang tidak yakin hanyalah umat Islam. Para ulama turut menyumbang dalam menjadikan umat Islam ragu terhadap Mujaddid PBT ini. Begitu juga terhadap Al Mahdi. Secara licik Yahudi melahirkan Al Mahdi palsu sebagai mana liciknya Yahudi melahirkan Mustapha Kamal Atatturk yang maha zalim itu. Hingga natijah dari ramainya Al Mahdi palsu maka Al Mahdi sebenarnya pun turut ditolak oleh umat Islam. Namun atas faktor janji Tuhan maka PBT serta Al Mahdi tetap muncul dan bakal menguasai dunia sekaligus mengalahkan Yahudi.

Mengetahui situasi inilah maka Yahudi amat takut kepada dua tokoh simpanan Allah dizaman ini. Kerana melalui pimpinan PBT serta Al Mahdi inilah umat Islam akan membangunkan empayar kali kedua. Bumi penuh dengan keadilan, kemakmuran, aman dan sejahtera setelah menamatkan cengkaman angkara kezaliman Yahudi. Kepada dua pimpinan inilah sumber kekuatan umat Islam yang bukan kekuatan lahiriah tetapi kekuatan rohaniah, karamah atau bantuan Allah. Cuba kita renungkan sejenak, Yahudi ada tempat bersandar kekuatan iaitu Amerika dan Presiden Amerika, dipihak umat Islam mahu bersandar kepada siapa? Mana pemimpin dan negara sandaran bagi umat Islam? Semuanya sudah djinakkan oleh Yahudi semenjak ratusan tahun yang lalu melalui berbagai cara terutamanya sistem ideologi yang sangat terpisah dari Tuhan. Akibatnya iman, taqwa, perpaduan dan syariat Tuhan amat terpinggir dari kehidupan umat Islam. Tuhan sudah tidak dibawa campur tangan dalam menghadapi kekuatan Yahudi. Ramainya jumlah umat Islam, minyak, kuasa beli, sumber asli semuanya tidak menjadi kekuatan untuk menentang Yahudi kerana tiada pemimpin, tiada iman,tiada taqwa dan tiada perpaduan. Lebih-lebih lagi amat jauh dari bantuan dan pertolongan Allah swt yang merupakan sumber kekuatan paling utama. Semua kekuatan itu, yakni bantuan dan pertolongan Allah, pemimpin, iman, taqwa dan perpaduan hanya akan dikembalikan oleh PBT dan Al Mahdi, dua tokoh yang amat ditakuti juga amat dimusuhi oleh Yahudi. Bani Israel sudah pernah membunuh para Nabi. Maka tidak hairan mereka juga mahu membunuh Al Mahdi dan PBT. Malang sungguh umat Islam termasuk ulama kerana turut sama memusuhi tokoh yang bakal menyelamatkan seluruh umat Islam. Kalau beginilah sikap umat Islam, kita sama-sama lihat Yahudi akan terus mengganas tanpa ada kuasa dunia dapat menghalangnya termasuk PBB. Semoga Bush juga berusia panjang agar dia dapat melihat kebesaran Allah melalui Al Mahdi dan PBT dan kebenaran Islam. Juga agar Bush dapat melihat pengganas Zionis akan musnah dan akhirnya terbukti tidak ada apa yang Bush sebut sebagai pengganas Islam. Seluruh dunia akan berkata yang sebenar-benarnya pengganas ialah Zionis Israel.

Monday, January 26, 2009

Manila Mohon Bantuan Malaysia

MANILA 26 Jan. Kerajaan Filipina hari ini memohon bantuan daripada negara-negara luar untuk menyambung semula rundingan damai dengan kumpulan pejuang pemisah negara itu yang terputus tahun lalu.

Presiden Gloria Arroyo berkata, kerajaan mengharapkan sokongan daripada Malaysia, Brunei, Jepun dan Libya bagi memulakan semula rundingan damai dengan Pemimpin Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

"Panel keamanan akan berhubung secara langsung dengan fasilitator kami dan pemimpin MILF untuk menetapkan tarikh rundingan.

"Untuk memastikan rundingan keamanan di Mindanao seperti sebelum ini berjalan dengan lancar, saya berharap sokongan daripada Malaysia, Brunei, Jepun dan Libya yang sebelum ini telah menghantar fasilitator mereka," katanya.

Beliau turut meminta supaya Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Eropah dan Amerika Syarikat turut membantu dalam mewujudkan semula rundingan damai berkenaan.

Malaysia merupakan penganjur rundingan damai semasa MILF dan Manila mengisytiharkan gencatan senjata pada 2003. Malaysia juga turut menghantar pasukan pemantau gencatan senjata mengawasi Mindanao, bersama dengan Brunei, Libya dan Jepun.

Bagaimanapun rundingan gencatan senjata itu tertunggak pada bulan Ogos lalu selepas Mahkamah Agung Filipina membatalkan draf perjanjian damai berkenaan dengan MILF, menyebabkan beberapa komander MILF melancarkan serangan ke atas masyarakat Kristian di Mindanao.

Aroyo turut membatalkan rundingan dengan MILF dan berkata rundingan damai seterusnya harus menekankan pelucutan senjata oleh pejuang pemisah dan dialog dengan komuniti yang terjejas.

Malaysia menarik balik pemantau keamanannya pada November selepas rundingan berkenaan tergantung.

Seramai 12,000 anggota MILF berjuang untuk menubuhkan sebuah negara Islam di selatan pulau Filipina.

Kumpulan berkenaan telah menandatangani satu gencatan senjata dengan kerajaan pada 2003 dan mengadakan rundingan damai tetapi ia telah dirosakkan dengan pertempuran yang berterusan di wilayah berkenaan. - AFP

Tuesday, January 20, 2009

MANILA 20 Jan. - Pejuang Islam yang setia dengan kumpulan serantau Jemaah Islamiah (JI) berterusan lari ke selatan Filipina untuk bersembunyi, berlatih membuat bahan letupan dan mendapatkan pengalaman perang, kata penganalisis keselamatan serantau hari ini.

Kumpulan kecil warga Indonesia yang diketuai oleh dua suspek utama pengeboman Bali 2002 juga mahu mewujudkan markas di selatan Thailand, walaupun ia belum berjaya dilakukan setakat ini, kata badan pemikir keselamatan Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG), Sidney Jones.

"Ini kerana kuasa menolak adalah lebih kuat daripada kuasa menarik yang membawa mereka ke Mindanao," kata Jones kepada perwakilan media asing di sini.

Menurutnya, warga Indonesia, Malaysia dan Singapura yang bersembunyi di selatan Filipina adalah mereka yang lari dari pihak berkuasa di negara masing-masing.

Anggota baru itu tiba untuk mengadakan 'latihan kemahiran perang' katanya, dengan menjadikan konflik pemisahan di selatan Filipina yang telah berlarutan 40 tahun sebagai punca utama para pejuang Islam terus wujud di Pulau Mindanao.

"Selagi peperangan di selatan berlaku, selama itulah bilangan pejuang yang kecil akan terus berjuang di situ," kata Jones.

Pegawai keselamatan di Manila dan Jakarta percaya, sekurang-kurangnya 50 orang pejuang sedang bersembunyi di kawasan pemberontak di selatan Filipina, kebanyakannya warga Indonesia.

Jones berkata, JI yang bercita-cita untuk menubuhkan pemerintahan Khalifah Islam di Asia Tenggara telah dilemahkan berikutan penangkapan anggotanya di Indonesia dan kejayaan pihak berkuasa mematahkan rangkaiannya di Malaysia, Singapura dan Filipina, tetapi disebabkan dalang-dalangnya masih bebas menjadikan JI masih entiti yang sangat bahaya.

Menurutnya, pihak berkuasa mempunyai maklumat mengenai sekumpulan sedozen pejuang diketuai suspek pengebom Bali, Umar Patek dan Dulmatin sedang cuba menyusun semula rangkaian mereka dan mungkin telah memindahkan operasi ke selatan Thailand tetapi telah dinafikan oleh pejuang di sana.

"Pejuang Thailand memiliki orang- orang yang dilatih sendiri, berbahasa sama dan menunjukkan keupayaan tinggi untuk menambah baik bahan letupan mereka hanya menerusi pengalaman,'' tambah beliau. - Reuters

Monday, January 19, 2009

Fahri Abdullah al-Masri

16 Januari lalu TV2 menyiarkan sebuah filem epik tentang riwayat hidup Alexander The Great. Sesetengah pihak melihat watak ini sebagai Iskandar Zulkarnain. Filem itu menggambarkan raja agung itu sebagai watak biseksual, ghairahkan kuasa, penyembah dewa dan keputusannya di bawah dibawah telunjuk ibunya, Olivia (Angelina Jolie).

Raja yang agung itu menurut kacamata Barat adalah anak Raja Philips II; pemerintah Macedonia. Bapanya terbunuh, lalu Alexander jadi raja. Baginda mula menakluk Parsi di bawah pemerintahan Darius I.

Setelah Parsi dijatuhkan, kembaranya diteruskan sehingga meliputi Asia Barat, Asia Tengah, dan Asia Selatan. Baginda dan ketumbukan tenteranya merentasi Hindu Kush iaitu kawasan banjaran gunung menuju ke India.

Bagaimanapun, Alexander gagal memasuki India setelah angkatannya musnah di tangan Raja Chola. Kemuncaknya, Alexander dibunuh para pengikutnya dengan racun. Usianya 33 tahun saat itu. Demikian tafsiran Barat ke atas raja itu melalui filem tersebut.

Sekurang-kurangnya, setakat ini, ada tiga rujukan yang boleh diangkat sebagai penilaian. Pertama, filem Alexander itu, kedua Sulalatus Salatin dan ketiga al-Quran sendiri.

Lewat filem tersebut, saya membuat beberapa rumusan begini. Menurut kacamata Barat, Alexander berasal dari Rom, tenteranya Galdiators dan mungkin baginda dan tenteranya pernah bergaul, berkahwin dengan kaum China sehingga ada kalangan warga China yang mendakwa mereka sendiri adalah daripada jurai keturunan Rom. Wallahu'alam..

Kisah-kisah lain
Dalam Sulalatus Salatin, turut disebutkan bahawa Iskandar Zulkarnain berasal daripada Rom. Tun Seri Lanang menyebutkan bahawa Raja Iskandar itu anak Raja Darab, Rom bangsanya, Makaduniah nama negerinya, Zulkarnain gelarannya.

Maka, sudah wujud perbezaan antara catatan Melayu dan catatan Barat, iaitu perbezaan daripada sudut nama ayahnya.

Tun Seri Lanang menyebutkan secara jelas bahawa catatan beliau itu diambil daripada Hikayat Raja Iskandar. Selain itu, watak-watak lain yang wujud dalam catatan beliau itu adalah Nabi Ibrahim Khalilullah sebagai imam Raja Iskandar. Bermaksud, syariat yang diamalkan oleh raja agung itu adalah syariat Nabi Ibrahim a.s.

Turut disebutkan watak Nabi Khidhir a.s yang muncul ketika mahu menikahkan Iskandar dengan Puteri Syahrul Bariyah, anak Raja Kida Hindi yang jatuh dalam taklukannya.

Demikian kata Nabi Khidir: "Ketahui olehmu hei Raja Kida Hindi, bahawa raja kami inilah yang diserahkan Allah Ta'ala kerajaan dunia ini kepadanya, dari daksina lalu ke paksina.

Adapun sekarang, bahawa tuan hamba ada beranak perempuan, terlalu baik parasnya; kehendaknya minta daripada tuan hamba, dan diambil Raja Kida Hindi kiranya akan menantu, supaya berhubunglah segala anak cucu Raja Iskandar, jangan lagi berputusan kiranya sehingga hari kiamat. Bagaimana, kabulkah? Atau tiadakah?"

Maka, di sini bermulanya perkahwinan Raja Iskandar dengan seorang puteri dari belahan dunia Timur. Ada kemungkinan juga Raja Iskandar memiliki isteri-isteri di jajahan yang telah ditaklukinya untuk meluaskan pemerintahannya itu.

Di dalam filem Alexander, raja agung itu memiliki dua orang isteri. Satu isteri daripada Parsi dan seorang lagi dari India. Kedua-duanya adalah hasil daripada penaklukannya. Hakikat yang sebenarnya berlaku, wallahu'alam..

Raja Iskandar berasal dari Parsi?
Sementara itu, ada riwayat lain menyatakan, Khurosh Komeni, raja Parsi adalah raja yang memenuhi ciri-ciri perwatakan Iskandar sebagai yang disebut dalam al-Quran. Baginda adalah raja kerajaan Myra yang bermusuhan dengan kerajaan Himyar.

Khurosh dikatakan berjaya menyatukan kedua-dua kerajaan ini menjadi sebuah empayar yang luas. Tapi, Khurosh juga dikatakan penganut Zoroaster atau Zarathushtra yang juga memulakan penaklukan dari Timur ke Barat dalam usahanya meluaskan kuasanya. Pada ketika inilah beliau bertempur dengan kaum barbar yang diancam Yakjuj, Makjuj.

Khurosh mengarahkan agar dibina tembok guna menghalang kemaraan kedua-dua bangsa ini. Ada riwayat menyatakan Khurosh menjadikan Nabi Daniel, sebagai penasihat.

Dalam filem Alexander, penasihatnya adalah seseorang pemuda kacak yang sangat intim dengannya sehinggakan pemuda itu menjadi kekasihnya. Hal ini tentu sekali tertolak jika mahu disamakan dengan Zulkarnain dalam al-Quran itu.

Bagaimanapun, catatan Melayu dan Parsi ada persamaan. Dua watak nabi diperkenalkan di sini, iaitu Nabi Khidhir dan Nabi Daniel.

Satu hal yang menarik juga diperhatikan, dari manakah nama Iskandar itu didapati? Saya beranggapan, nama Iskandar itu bukan namanya yang sebenar, tetapi dinamakan begitu di India atau di Parsi setelah baginda diam seketika di sana.

Iskandar bukanlah nama Rom tapi ia adalah nama bangsa-bangsa yang ada kaitan dengan India atau Parsi. Dalam Hikayat Iskandar Zulkarnain, riwayat itu banyak mencatatkan hal peperangannya di India dan apakah yang telah dilakukannya di sana.

Zulkarnain adalah gelaran bermaksud; seseorang yang mempunyai dua kuasa; di Timur dan Barat. Hal gelaran seperti ini dianugerahkan kepada raja-raja seperti Zulkifli. Nama Zulkifli a.s, hakikatnya bukanlah nama, sebaliknya gelaran.

Menurut hemat saya, masing-masing kuasa di sebelah Timur dan Barat seperti Rom dan Parsi ini, sama-sama mendakwa bahawa sosok Iskandar itu adalah milik mereka. Namun dalam al-Quran, disebutkan baginda pergi menakluk ke arah matahari terbit dan matahari jatuh, ertinya baginda berasal dari kawasan yang berada antara Timur dan Barat.

Baginda bukan milik Timur dan Barat
Baginda bukan bukan milik belahan Timur dan Barat. Baginda bukan berasal dari Rom dan Parsi. Hanya, setelah melanggar Rom, maka Rom menyatakan baginda berasal dari Rom. Begitu juga setelah melanggar Parsi, baginda dianggap berasal dari Parsi.

Sebaliknya, baginda mungkin daripada bangsa yang kerdil dan akhirnya keluar menjadi raja yang agung, hasil daripada kesungguhannya mahu menyatukan belahan dunia Timur dan Barat untuk setia tunduk kepada perintah Allah.

Menurut hemat saya, memang ada kemungkinan baginda hidup sezaman atau hadir dalam suasana persekitaran Tauhid selepas Nabi Ibrahim a.s berhasil menumbangkan kekuasaan Raja Namrud dengan izin Allah s.w.t.

Pendek kata, Iskandar sebenarnya mucul selepas beberapa ketika setelah Dinasti Namrud telah tumbang. Jadi, di negara Babylon itulah berkemungkinan besar Iskandar dilahirkan. Sama ada baginda datang daripada Dinasti Namrud atau sebaliknya, wallahu'alam..

Maka selepas itulah Iskandar meneruskan penjelajahannya untuk mengembangkan ajaran Tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s. Baginda memulakan awal penaklukannya di Barat. Mungkin di sini beliau tinggal lama untuk menyatukan Rom di bawah Tauhid.

Iskandar kembali ke Timur untuk meluaskan empayarnya di sana; menaklukkan kerajaan Parsi, Asia (India) dan di sanalah baginda melaksanakan satu tugas berat, yang menjadi klimaks, puncak teragung kepada riwayat pemerintahannya, iaitu membina tembok yang memisahkan serangan Yakjuj dan Makjuj daripada sebuah kaum yang tertindas.

Kaum itu, seperti yang diriwayatkan di dalam al-Quran, adalah kaum yang tidak mengerti bahasa percakapan Iskandar. Ertinya, bahasa pertuturan kaum Iskandar itu telah tidak lagi dimengertikan oleh kaum tersebut. Wilayah tersebut terletak antara dua buah gunung dan kaum tertindas oleh Yakjuj, Makjuj itu belum pernah tersua dengan budaya Iskandar.

Saya mencadangkan bahawa bangsa yang tidak mengerti bahawa Iskandar dan Iskandar pula tidak mengerti bahasa percakapan mereka itu adalah bangsa Sanskrit yang mencipta bahasa Sanskrit. Wallahu'alam..

Ada kemungkinan Iskandar dan tenteranya tinggal dalam tempoh yang agak lama dengan kaum itu itu membangunkan tembok besi di kawasan antara dua gunung tersebut. Boleh jadi, hasil perkahwinan dengan bangsa tersebut, telah melahirkan jurai keturunan Melayu sepertimana yang wujud pada hari ini.

Jika usul ini boleh diterima, bermaksud, Melayu itu adalah hasil jurai keturunan sebangsa dengan Nabi Ibrahim a.s yang terlepas ke Nusantara dengan pernikahan campur hasil dari titisan darah Iskandar Zulkarnain bersama bala tenteranya dahulu.

Maka, sebab itulah dengan ketentuan Allah, bangsa Melayu lebih mudah menerima Islam berbanding kaum lain di Nusantara ini, kerana nenek moyang mereka memegang ajaran-ajaran Tauhid, warisan daripada Iskandar Zulkarnain. Wallahu'alam..

Mereka akhirnya diberikan perlindungan dalam bentuk sebuah negara. Seharusnya kaum Melayu itu bersyukur dengan sebab mereka terbebas daripada penjajahan Yakjuj, Yakjuj sepertimana peristiwa gelap yang telah menimpa nenek-moyang mereka dahulu.

5:10 p.m, 18 Januari
Sekolah Pemikiran Kg Baru

sumber:
HarakahDaily.Net

Thursday, January 15, 2009

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, raja-raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

Baginda yang dalam keadaan sebak semasa menyentuh perkara itu ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) di sini hari ini bertitah, teguran tersebut dizahirkan dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950.

Titah baginda, penempatan semula melalui Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney itu telah menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu.

Raja Nazrin bertitah, Rancangan Briggs memberi nikmat kepada 400,000 penduduk setinggan Cina di pinggir hutan berpindah ke kampung baru yang dilengkapkan dengan jalan, bekalan elektrik, air paip, kemudahan sekolah dan kesihatan serta turut dibantu mendapat pelbagai peluang pekerjaan dan kemudahan perniagaan.

Rancangan penempatan tersebut, titah baginda, dilaksanakan ketika masih begitu ramai keluarga Melayu yang tidak memiliki tanah dan dari segi lokasi geografi, kampung baru itu lebih hampir dengan bandar berbanding kawasan pembangunan Felda.

Raja Nazrin bertitah, kemudahan-kemudahan infrastruktur dan sosial yang disediakan di kampung baru juga jauh lebih baik daripada apa yang terdapat di kampung tradisi Melayu.

“Rancangan Briggs sebenarnya menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu. Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950, menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

“Raja-raja Melayu malah pernah menzahirkan kebimbangan terhadap pelantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya di Tanah Melayu pada tahun 1948 berasaskan kepada kebimbangan Duli-duli Tuanku itu terhadap apa yang dilakukan oleh Gurney ketika bertugas sebagai Setiausaha Negara di Palestin terhadap penduduk Arab,” titah baginda.

Raja Nazrin bertitah, peneroka tanah rancangan Felda hanya berpeluang melalui penghidupan di perkampungan moden 11 tahun selepas dinikmati oleh penduduk-penduduk kampung baru yang dibangunkan melalui Rancangan Briggs itu.

“Bayangkan betapa nasib lebih 112,000 keluarga desa berkemungkinan berada di dalam kategori miskin tegar sekiranya Felda tidak pernah wujud di negara ini,” titah baginda.

Raja Nazrin bertitah, rancangan pembukaan tanah melalui Felda adalah contoh ketara kejayaan gemilang program fardu kifayah yang bukan sahaja berjaya mengatasi masalah kemiskinan bagi ribuan keluarga Islam malah turut membawa mereka menerokai kejayaan yang lebih luas dan besar.

Titah baginda, kejayaan sesuatu idea begitu juga kejayaan sesuatu dasar bergantung pada kejayaan melepasi ujian di peringkat pelaksanaan.

Menurut baginda, Tabung Haji dan Felda bermula daripada satu idea, digubal dasar untuk memberikan roh kepada idea itu lalu ditubuhkan institusi bagi memberikan kerangka dan diterjemahkan kepada projek serta diuji pada peringkat pelaksanaan.

MILF pesimis isu damai di selatan

MANILA 15 Jan. - Pejuang pemisah hari ini berkata, mereka tidak pernah berharap rundingan damai dengan kerajaan Filipina dapat diteruskan kecuali pihak tentera menamatkan operasi di selatan negara ini.

Pemimpin Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bagaimanapun mengalu-alukan penghantaran pasukan perunding baru ke Malaysia minggu depan dan menganggapnya sebagai satu langkah positif.

"Inilah yang menjadi dilema, mereka menyatakan mahu menyambung semula rundingan tetapi perkembangan di akar umbi adalah sebaliknya.

"Tentera mesti mengikut arahan dan apa yang kami perlukan ketika ini ialah operasi dihentikan dan biarkan rundingan berjalan lancar,'' kata jurucakap MILF, Eid Kabalu.

Ketua perunding damai kerajaan, Rafael Seguis semalam berkata, beliau akan ke Kuala Lumpur untuk memaklumkan kerajaan Malaysia bahawa Manila sedia untuk duduk semeja dengan MILF bagi meneruskan 'rundingan awal'.

Malaysia yang menjadi penaja usaha damai tersebut menarik pasukan pemantaunya dari selatan selepas kecewa dengan proses rundingan yang terlalu perlahan.

Rundingan damai di selatan digantung sejak Ogos lalu selepas MILF melancarkan pemberontakan kerana membantah keputusan Mahkamah Agung yang membatalkan satu perjanjian untuk memberi lebih banyak hak kepada penduduk Islam di Pulau Mindanao.

- AFP

Wednesday, January 14, 2009

BANGKOK - Pasukan keselamatan Thailand yang bertempur dengan pemberontak di wilayah selatan Thai mengamalkan penyeksaan sistematik, di dua pusat tahanan dan sekurang-kurangnya 21 lagi tapak tahanan tidak rasmi, menurut Amnesty International semalam.

Benjamin Zawacki dari Amnesty International berkata sejak pemberontakan dimulakan selepas serangan terhadap sebuah depot tentera di Narathiwat pada 4

Januari 2004, fasa baru keganasan dan tindak balas pemberontakan menunjukkan

penyalahgunaan hak asasi manusia berleluasa dan meningkat oleh semua pihak.

Beliau berkata pasukan keselamatan menyeksa secara sistematik dan bentuk kekejaman lain, tidak berperikemanusiaan atau tidak memberikan layanan dengan sempurna atau menghukum untuk mendapatkan maklumat dan pengakuan bagi keperluan risikan yang tidak baik.

Mereka juga didakwa mengugut tahanan serta masyarakat mereka dengan memberikan atau menarik balik sokongan kepada pemberontak.

“Dalam beberapa kes yang didokumenkan oleh kami, pasukan keselamatan

menyeksa tahanan hingga mati. Tetapi tidak ada seorang askar atau polis didakwa oleh negara itu,” katanya pada persidangan akhbar semasa melancarkan laporan Thailand: Seksaan Tindakbalas Pemberontakan di Selatan oleh kumpulan hak sasi manusia di sini.

Beliau berkta sungguhpun seksaan itu dilaporkan seawal tahun 2004 dan meningkat dengan mendadak sejak pertengahan 2007, tidak ada bukti menunjukkan seksaan dikenakan atau layanan buruk disebabkan dasar negara ini.

Lebih 3,500 orang terbunuh sejak Januari 2004 apabila pemberontak memulakan semula tuntutannya untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Yala, Pattani dan Narathiwat.

Lebih 66 peratus yang terbunuh adalah orang awam dan hanya separuh daripada jumlah mereka yang terkorban adalah orang Islam.

Wednesday, January 7, 2009

BANGKOK - Lima orang maut dalam keganasan berasingan yang tercetus antara kumpulan pejuang pemisah dan pasukan tentera kerajaan di wilayah selatan Thailand, kata polis, semalam.

Menurut polis, beberapa pejuang pemisah yang tidak diketahui jumlahnya menyerang pangkalan tentera di wilayah Pattani pada awal pagi semalam.

Dalam pertempuran bersenjata yang berlarutan selama 10 minit itu, seorang pegawai renjer terbunuh, kata polis.

Pada Ahad lalu di wilayah yang sama, seorang penganut Buddha ditembak mati dari sebuah kenderaan bergerak manakala di wilayah Yala kelmarin, seorang sukarelawan pertahanan Islam maut dan dua mangsa lain cedera ditembak pejuang pemisah.

Di wilayah Narathiwat, seorang anggota polis berpangkat sarjan maut ditembak dan seorang rakannya berada dalam parah dalam insiden berbalas tembakan dengan kumpulan pejuang pemisah kelmarin.

Sementara itu, seorang penganut Islam terbunuh dan isterinya cedera dalam satu serangan balas pada hari yang sama di Narathiwat.

Lebih 3,500 penduduk dibunuh sepanjang pergolakan berdarah di wilayah-wilayah selatan Thailand sejak lima tahun lalu.

SIAPA IMAM AL-MAHDI ???

SEJAK dahulu hinggalah ke hari ini masalah siapakah sebenarnya AI-Mahdi tidak henti-henti menjadi perkara yang diperbahaskan. Akibat daripada itu, terdapat setengah golongan umat Islam yang cuba mengandaikan seseorang sebagai Al-Mahdi. Sementara setengah pihak pula (Ahlu Sunnah WaI Jamaah) tidak menetapkan seseorang sebagai Al-Mahdi, sebaliknya men­yerahkan perkara tersebut kepada urusan Allah SWT. Apa yang penting bagi kita ialah yakin akan kemunculannya sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW.

Bagi menjelaskan siapakah sebenarnya Ai-Mahdi, marilah kita merujuk kepada kitab-kitab para ulama Islam yang mu’tabar dan diakui kesahihannya. Di antara kitab-kitab tersebut ialah Al-Hawi Lii Fatawa karangan Imam As-Suyuti, Mukhtasar Fil Mahdi Al-Muntadzar dan As-Sawaiqul Mukhriqat karangan Ibnu Hajjar Al-Haitami, At-Tawadhihu Fl Tawaturi Ma Jaa Fil Muntadziri Waddajal Wal Masihi karangan Al-Allamah As­Syaukani, Ibrazul Wahmil Maknun Min Kalam Ibni Khaldun karangan Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari dan banyak lagi kitab-kitab lainnya yang menerangkan secara jelas tanda-tanda dan sifat-sifat Al-Mahdi sebagaimana yang disebutkan oleh hadits-hadits Rasulullah SAW.

Kitab-kitab tersebut menerangkan bahawa nama Al-Mahdi ialah Muhammad bin Abdullah sementara gelarannya pula ialah Abu Abdullah. Menurut riwayat yang sah Al-Mahdi adalah dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali. Sesungguhnya telah tsabit bahawa Al-Mahdi adalah keturunan Hassan bin Ali sebagaimana yang tersebut di dalam hadits sahih yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud dalam Sunannya,

“Telah berkata Ali sambil memandang puteranya ­Hassan,” Sesungguhnya Puteraku ini ialah sayid sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SA W. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.”

Hadits ini telah disahkan oleh para ulama di antaranya Al-Manawi di dalam kitabnya Al-Kabir, Ibnu Atsir dalam kitabnya An-Nihayah, Ibnu Qayyim Al Jauziyah dalan kitabnya Gharibul Hadits dan Al-Manarul Munif Fi Sahihi Wad Dha’if, Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari di dalam kitabnya Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS dan lain-lain lagi.

Di dalam kitab Naqdul Manqul m.s 8O pengarang kitab tersebut memetik kenyataan lbnu Qayyim Al-Jauziyah, “kebanyakan hadits-hadits menunjukkan bahawa Al-Mahdi adalah anak dari Sayidina Hassan bin Ali.”

Abu Thahir Muhd Syamsul Haq dalam kitabnya ‘Aunal Ma’bud (syarah Sunan Abu Daud), memetik kenyataan Al-­Hafiz Imanuddin yang menyebut bahawa hadits-hadits mengenai Al-Mahdi menunjukkan bahawa Ia dari ahli bait Rasulullah SAW, zuriat Fatimah dan anaknya Hassan bin Ali. (sila rujuk kitab ‘Aunal Ma’bud juzu’ II m.s 374 dan 382)

Tersebut di dalam kitab Hasyiah As-Sabban ms 137, bahawa riwayat yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan Al-Hussin adalah terlalu lemah. Sementara di dalam kitab Al-Iza’ah m.s 147 riwayat yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan AI-Hussin bin Ali adalah dha’if.

Terdapat juga hadits-hadits yang menyatakan bahawa Al-Mahdi dari keturunan Al-Abbas bin Abdul Muttalib. Maka para ulama hadits menghimpunkan hadits yang berlawanan. Iaitu hadits-hadits yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali adalah sah dan hadits yang mengatakan AI-Mahdi dari keturunan Al-Abbas dan Al.Hussin adalah dha’if. Ini adalah sebagaimana kenyataan yang dibuat oleh Al-Hafiz Abut Hassan Ad-Darqatni.

Hadith Tentang Al-Mahdi

1. Dari Jabir bin Abdullah ra katanya ; "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, : "Sentiasa ada di kalangan umatku golongan yang berperang di atas kebenaran, mereka sentiasa zahir hingga hari Qiamat. Sabdanya lagi: "Kemudian turun Isya bin Maryam AS dari langit, dan berkata pemimpin mereka (Imam Mahdi), silalah menjadi imam solat kami dan Nabi Isya menjawab, tidak, bahawa sebahagian Kamu sebagai kemuliaan Allah SWT ke atas umat ini (umat Islam) . Hadtih riwayat Muslim.

2. Dari Ali bin Abu Talib bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Al-Mahdi itu dari ahlul bait, Allah membawa kebaikan dengannya dalam satu malam. Hadith riwayat Imam Ahmad.

3. Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : "Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman. Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.

4. Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya buni dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis. Hadith riwayat At-Tabarani.

5. Dari Aishah ra katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : "Al-Mahdi itu seorang lelaki dari cucuku, ia akan berperang atas Sunnahku spt aku berperang atas wahyu". Hadith riwayat Na'im bin Hammad

6. Dari Said bin Al-Musaiyab dari Ummu Salmah yang berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Al-Mahdi itu dari keturunanku dari anak cucu Fatimah". Hadith riwayat Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, An-Nasa'i, At-Tabarani dan Al-Hakim

Namun, tidak terdapat hadits yang menyebut mengapa AI-Mahdi dinamakan Al-Mahdi, tetapi terdapat dua atsar sahabat dalam hal ini. Abdullah bin Syuzab berkata,

“Sebab ia dinamakan Al-Mahdi ialah kerana ia menunjukkan satu gunung di gunung negeri Syam. Ia mengeluarkan dari gua gunung tersebut lembaran-lembaran kitab Taurat. Al-Mahdi berhujah melawan orang-orang Yahudi menggunakan kitab tersebut dan mereka akhirnya kalah. Maka salah satu kumpulan orang-orang Yahudi memeluk Islam.” Atsar ini diriwayatkan oleh Al-Hafiz Ad-Dani dalam Sunannya.

Daripada Ka’ab bin Alaqamah berkata,

“Sebab dinamakannya Al-Mahdi ialah kerana ia menunjukkan pada suatu perkara yang telah hilang, dia mengeluarkan peti dari negeri Antakiah (peti berisi lembaran kitab Taurat dan lain-lain). Diriwayatkan oleh Na’im bin Hammad dalam kitabnya Al-Fitan.

Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari menerang­kan di dalam kitabnya Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS bahawa Al-Mahdi dilahirkan di Madinah Al-Munawwarah serta dibesarkan di sana. Sebelum umat Islam berbai’at dengannya, berlakulah satu peperangan yang besar di antara penduduk Madinah dengan tentera-tentera As-Syufiani. Dalam peperangan tersebut, penduduk Madinah mengalami kekalahan dan mereka lari bersama-sama Al-Mahdi ke Makkah. Di Makkah datanglah orang dari berbagai-bagal negeri kerana berbai’at dengannya di suatu tempat iaitu di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim.

Tanda-tanda keluarnya Al-Mahdi dinyatakan di dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Said, Ummu Salamah, Aisyah bin Malik dan Huzaifah Al-Yamani.

Di antara tanda-tanda menunjukkan kemunculan Al-Mahdi itu ada beberapa perkara:

1. Pecah Sungai Furat yang terbesar dalam negeri Iraq masuk ke Laut Parsi.

2. Gerhana bulan pada awal malan daripada bulan Ramadhan dan gerhana matahari dari awal bulan Ramadhan.

3. Gerhana bulan dua kali dalam bulan Ramadhan

4. Naik tanduk di langit umpama beberapa gigi.

5. Naik bintang yang berekor yang cerah di sebelah timur

6. Zahir api yang besar dari timur selama tiga malam atau tujuh malam

7. Zahir kelam pada langit.

8. Zahir merah pada langit yang berhamburan ia pada segala tepi langit yang lain daripada merah di tepi langit yang biasa.

9. Seruan yang umum dari langit kepada sekelian ahli bumi dengan loghat masing-masing bahawa Al-Mahdi telah zahir.

10. Tenggelam kampung Khrastan di dalam negeri Syam (Syria).

11. Diserukan daripada Iangit akan nama Imam Mahdi dengan seruan yang tersangat kuat hingga didengar oleh alhi bumi danipada Timur ke Barat. Maka orang yang tidur menjadi jaga, orang yang berdiri menjadi duduk dan orang yang terduduk menjadi terdiri di atas kedua kakinya kerana terlalu terkejut.

12. Zahir jemaah dari lelaki atau kuda di dalam bulan Syawal. Kemudian maka kedengaran suara yang menunjuk atas yang bathil. Peperangan dalam bulan Zulhijjah serta ramai sehingga mengalir darah di atas Jamratul Aqabah di Mina (tempat melontar).

13. Zahir banyak gempa bumi.

14. Datang dua seruan dari langit. Seruan yang pertama iaitulah seruan daripada langit dengan katanya, “Ketahuilah olehmu akan bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya keluarga Muhammad.” (Dan seruan kedua) iaitulah seruan syaitan dengan katanya, “Ke­tahuilah olehmu bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya dari ketuarga Isa.” (Lihat Ad­Duratun Nafi’ah Fi Isyratis Sa’ah)

Setengah-tengah ulama’ telah menamakan tokoh-tokoh tertentu sebagai Al-Mahdi. Al-Mahdi yang mereka maksudkan ialah pemimpin-pem­inipin Islam yang adil selepas Rasulullah SAW. berpandukan hadits Rasulullah SAW,

“Tetaplah kamu dengan sunnahku dan sunnah khulafa Ar-Rasydin Al-Mahdi (yang mendapat petunjuk).”

Riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi

Berpandukan hadits ini maka para ulama Ahli Sunnah Wal Jammah ada yang menentukan seseorang sebagai Al-Mahdi, tetapi bukanlah sebagai Al-Mahdi Muntadzar sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah SAW yang muncul di akhir zaman.

Hassan Ibrahini Hassan dalam kitabnya, Tarikhul Islam jüzu’ I m.s 407 menyebut dengan panjang lebar akan masalah ini dan menjelaskan, “Bahawa Al-Mahdi yang dikatakan oleh beberapa ulama’ di dalam kitab-kitab mereka ada beberapa orang itu bukanlah Al-Mahdi yang akan muncul di akhir zaman.”

Al-Imam Ahmad Hanbal sendiri pernah menyebut, “Bahawasanya Umar bin Abdul Aziz tidak syak lagi adalah ia Al-Mahdi, tetapi bukanlah Al-Mahdi yang akan keluar di akhir zaman. Tetapi adalah Al-Mahdi yang mendirikan ke­benaran dan kebajikan” (sila lihat kitab Naqdul Manqul ms 78-79)

Golongan Syiah yang berpendapat bahawa Muhammad bin Al-Hassan Al-Askari sebagai Al-Mahdi juga tidak menyebutnya sebagai Al-Mahdi Muntadzar yang muncul di akhir zaman. Sebaliknya mereka menyebutnya sebagai Al-Mahdi yang akan memimpin mereka atas kebenaran dan kebajikan. (sila lihat kitab ‘Aunal Ma’bud juzu’ II ms 382)

Tuesday, January 6, 2009

Tentera gempur kubu MILF

COTABATO, Filipina, 6 Jan. - Sekurang-kurangnya 10 anggota gerila pemisah Islam terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan oleh pihak tentera di selatan Filipina hari ini.

Menurut jurucakap tentera, jet pejuang tentera udara OV-10 menggugurkan bom di satu kawasan yang dikenal pasti sebagai kubu kuat Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Kalamansing, selatan Pulau Mindanao.

Leftenan Kolonel Julieto Ando berkata, maklumat yang diperolehi pihaknya menyatakan kawasan itu dihuni oleh sekitar 100 anggota MILF.

"Kami mendapat maklumat bahawa mereka merancang menyerang pasukan tentera dan kerana itu kami lancarkan serangan udara tersebut,'' katanya.

Menurut beliau, tentera yang masuk ke kawasan itu selepas serangan menemui mayat 10 anggota MILF sementara yang lain dipercayai melarikan diri.

Jurucakap MILF, Eid Kabalu mengesahkan mengenai serangan udara tersebut tetapi menafikan dakwaan pihaknya merancang menyerang tentera Manila.

Sementara itu, sekitar 500 keluarga melarikan diri dari Kalamansing berikutan serangan tersebut.

Serangan udara itu adalah siri terbaru dalam krisis antara kerajaan dengan MILF yang membantah keputusan Mahkamah Agung Filipina menggantung draf perdamaian bagi kedua-dua pihak.

Lebih 600,000 penduduk menjadi pelarian sejak Ogos lalu manakala berpuluh-puluh orang awam, anggota pemisah dan askar kerajaan terbunuh sepanjang krisis itu.

- AFP

NARATHIWAT 6 Jan. - Kumpulan pemisah menembak mati lima penduduk selatan Thai semalam sewaktu wilayah bergolak itu menyambut ulang tahun kelima gelombang keganasan yang meragut lebih 3,500 nyawa, kelmarin.

Menurut polis, beberapa lelaki yang dipercayai anggota pemisah menyerang sebuah pangkalan tentera di wilayah Pattani awal pagi ini dan mencetuskan pertempuran sekitar 10 minit.

Serangan itu menyebabkan seorang ranjer berusia 47 tahun terbunuh.

Dalam kejadian berasingan, seorang penduduk beragama Buddha ditembak mati oleh penyerang yang menaiki kereta.

Di wilayah Yala, seorang sukarelawan pertahanan beragama Islam ditembak mati dan dua lagi cedera dalam serangan yang juga dipercayai dilancarkan oleh kumpulan pemisah.

Sementara itu di Narathiwat, seorang anggota polis berpangkat sarjan ditembak mati dan seorang lagi cedera parah sewaktu bertempur dengan sekumpulan penyerang, pagi semalam.

Di wilayah yang sama, seorang penduduk Islam ditembak mati manakala isterinya cedera parah ketika diserang sewaktu mereka dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Pergolakan yang bermula sejak 4 Januari 2004 lalu tercetus berikutan kebangkitan semula kumpulan pemisah yang mahu memerdekakan tiga wilayah dominasi Islam di selatan negara ini.

- AFP

Friday, January 2, 2009

Sultan tanpa takhta di Palembang

JAKARTA - Sehingga kini, terdapat 150 buah kerajaan di Indonesia yang dipimpin secara tidak rasmi oleh sultan-sultan, lapor sebuah akhbar semalam.

Antara pemerintah kerajaan tidak rasmi itu ialah Sultan Palembang Darussalam, Sultan Iskandar Mahmud Badaruddin yang masih mempunyai istananya tersendiri.

Istananya terletak di Jalan Terpedom Palembang, dan sultan yang berusia 42 tahun itu hidup bebas tanpa peraturan ketat diraja.

Para tetamu keluar masuk ke istana dan tidak ada kawalan khusus atau tentera yang berkawal.

Mereka yang memasuki istana itu akan duduk di tepi singgahsana sultan.

"Saya hanya ingin memikirkan kemajuan rakyat Palembang, melestarikan budaya kita dan memperkenalkannya hingga ke luar negara," katanya yang berpakaian seperti orang biasa tetapi berambut panjang.

Iskandar dilantik menjadi sultan oleh Himpunan Zuriat Kesultanan Palembang Darussalam dan Ketua Asosiasi Kerajaan dan Kesultanan Indonesia pada 19 Novermber 2006.

Pendapatannya diperoleh menerusi tiga buah syarikat yang menjadi miliknya iaitu PT Kelantan Sakti, PT Adi Pratama, dan PT Gerindro Utama Mandiri.

Beliau yang sudah beristeri dan mempunyai empat orang anak rajin berkunjung ke daerah Palembang bagi meningkatkan ekonomi para petani.

Menurutnya, beliau pernah ditawarkan untuk bertanding dalam pilihan raya oleh Parti Golkar tetapi menolaknya kerana mahu menumpukan perhatian kepada kemajuan penduduk di wilayahnya. - Agensi

Thursday, January 1, 2009

"Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum ( NATO dan EUROPE ) dalam keadaan aman, lalu kamu akan berperang ( Perang Dunia ke IV - Perang Armageddon ) bersama mereka melawan suatu musuh dari belakang mereka ( Amerika Syarikat - 2/3 kaum yahudi akan musnah ). Maka kamu akan selamat dan mendapat harta rampasan, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit - bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rum. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: " Salib telah menang", maka datanglah kepadanya seorang lelaki dari kalangan kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut lalu kaum Rum mengkhianat* dan terjadilah peperangan demi peperangan ( al-Malhamah al-Kubra ). Di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu tentera".
- di riwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dari Zu Makhmar ra.

*"Mereka ( bangsa Rum ) akan mengumpulkan kekuatan untuk menyerang kamu dalam waktu sembilan bulan, kira-kira masa hamil seorang wanita".
- Diriwayatkan oleh Ahmad

"Pusat kepimpinan kaum Muslimin pada hari peperangan yang paling besar ( al-Malhamah al-Kubra ) adalah di sebuah negeri yang bernama 'Ghutah', yang mana di negeri itu terdapat sebuah kota yang bernama 'Damsyiq' ( Damaskus ), ia adalah merupakan tempat tinggal yang terbaik di kalangan kaum Muslimin pada waktu itu".
- Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Hakim

"Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga kaum Rum turun di A'maq dan di Dabiq ( dekat Damsyiq ), kemudian datanglah satu pasukan yang menghalang mereka dari Madinah yang berasal dari penduduk pilihan bumi, maka ketika mereka sudah berbaris-baris lalu berkatalah orang-orang Rum: 'Biarkanlah ( jangan kamu halangi ) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami ( yang masuk Islam ) untuk kami perangi', maka kaum Muslimin berkata: 'Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami'..... Maka ketika mereka ( al-Mahdi dan para pengikutnya ) telah sampai ke Syam, keluarlah Dajjal... dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris-baris dengan rapi, tiba-tiba ketika waktu solat sudah masuk, turunlah Isa Ibnu Maryam as.".
- Riawayat Muslim dari Abu Hurairah ra.

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal