Bismillahirrahmanirrahim

Sunday, October 30, 2011


NARATHIWAT: Beberapa penyerang yang tidak dikenali, menembak mati tiga orang di sebuah stesen minyak di kawasan bergolak di selatan Thailand, semalam.

Mangsa yang mati termasuk seorang lelaki berusia 75 tahun yang ditembak di bahagian kepala ketika sedang mengisi minyak motosikalnya.
 
Seorang wanita pula ditembak mati di hadapan sebuah kedai barang di stesen minyak itu.

Tiada tangkapan dilakukan setakat ini.


Wilayah selatan yang terletak berdekatan dengan sempadan Malaysia, mengalami pergolakan agama sejak lapan tahun lalu. Kira-kira 4,800 orang mati dalam pergolakan ini.

Rakyat tempatan yang majoriti beragama Islam mengadu pihak berkuasa melakukan diskriminasi dan bertindak ganas. - AFP


NARATHIWAT 31 Okt - Sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali menembak mati tiga penganut Buddha di sebuah stesen minyak di wilayah bergolak selatan Thailand, kelmarin.

Antara yang terkorban termasuk seorang lelaki berusia 75 tahun yang ditembak mati di bahagian kepala semasa mangsa sedang mengisi minyak motosikalnya.

Seorang lagi mangsa merupakan wanita yang ditembak di hadapan kedai runcit di stesen tersebut.

Bagaimanapun, tiada penangkapan dibuat setakat ini. - AFP

Wednesday, October 26, 2011


BANGKOK - Tiga orang terkorban manakala lebih 40 lagi cedera dalam 10 serangan bom berasi-ngan dilancarkan di seluruh wilayah Yala, kelmarin, semasa ulang tahun ketujuh tragedi Tak Bai. 

Menurut polis Yala, lebih 10 butir bom diletakkan di hotel, pusat hiburan, kedai dan restoran meletup secara berasingan sepanjang malam. 

“Bom pertama diletupkan di kira-kira jam 7 malam dan mengorbankan dua lelaki,” menurut polis tanpa memaklumkan bagaimana mangsa ketiga terbunuh. 

Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam serangan itu namun Kementerian Luar Negeri menasihatkan warga Malaysia supaya menangguhkan sebarang perjalanan ke wilayah bergolak di selatan Thailand. 

Semasa tragedi Tak Bai, 87 orang meninggal dunia akibat lemas dan sesak nafas apabila ratusan penunjuk perasaan diangkut di dalam sebuah trak dari Tak Bai ke sebuah kem tentera di Pattani selepas ditahan kerana mengadakan demonstrasi terhadap pihak berkuasa. -Bernama

Tuesday, October 25, 2011


YALA 26 Okt. – Beberapa siri letupan yang menggegarkan seluruh bandar di selatan Thailand menyebabkan sekurang-kurangnya tiga maut dan berpuluh lagi cedera.

Pihak berkuasa melaporkan sebanyak 15 letupan kedengaran di sekitar Yala, sekali gus menimbulkan keadaan tegang di bandar tersebut.

“Siri letupan tersebut dipercayai dilakukan oleh kumpulan pemberontak Islam, sekurang-kurangnya tiga maut termasuk dua pemberontak dan lebih 50 cedera,” kata Gabenor Krisada Boonrach. – AFP




Reuters - ANGGOTA-ANGGOTA pasukan keselamatan mengawal lokasi letupan bom di wilayah Narathiwat, selatan Thailand kelmarin.


PATTANI - Polis menyatakan anggota-anggota gerila pemisah membunuh tujuh orang dan mencederakan 10 yang lain di selatan Thailand.
Seorang pegawai polis, Kolonel Kwandee Chimplee berkata, kumpulan penyerang melepaskan tembakan ke arah pos keselamatan di bandar Narathiwat malam kelmarin dan meletupkan dua butir bom buatan sendiri di kawasan sama.
Kwandee semalam memberitahu, mangsa-mangsa yang maut termasuk dua anggota sukarelawan keselamatan awam dan dua orang awam selain seorang askar, isteri serta anak lelakinya.
Menurut Kwandee, pihak berkuasa percaya ketiga-tiga serangan itu dilakukan oleh kumpulan militan yang sama.
Narathiwat adalah antara tiga wilayah selatan Thailand yang memiliki majoriti penduduk Islam.
Hampir 5,000 orang terbunuh sejak penentangan Islam tercetus di selatan Thai pada 2004. - Agensi

Filipina serang MILF


MANILA 24 Okt. - Tentera udara Filipina hari ini melancarkan serangan udara ke atas sekumpulan pemberontak Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang didakwa membunuh 35 orang dalam beberapa serangan di selatan negara ini sejak minggu lalu.

Dua pesawat penyerang OV-10 mengebom sebuah kampung terpencil di pinggir bandar Payao, Pulau Mindanao, di mana pemberontak MILF berkubu sejak minggu lepas, kata jurucakap tentera, Mejar Harold Cabunoc.

"Pengeboman bermula pada 11.30 pagi ini ke atas kira-kira 100 pemberontak bersenjata yang berlindung di dalam kubu dan parit," katanya.

Belum ada laporan mengenai kemalangan jiwa dalam pengeboman itu tetapi tentera berkata, kira-kira 3,000 orang awam sudah pun meninggalkan kawasan itu pada minggu lepas.

Jurucakap tentera bagi wilayah Barat Mindanao, Leftenan Kolonel Randolf Cabangbang pula berkata, serangan udara itu ditujukan kepada kedudukan pemberontak diketuai oleh tiga komander MILF yang diburu iaitu Wanning Abdusalam, Putot dan Ogis Jakarta serta sebilangan pengikut mereka yang bersenjata.

Katanya, pengeboman tertumpu kepada kem pemberontak di kampung Labatan, pinggir Payao.

Askar Briged Tentera ke-102 yang diketuai oleh Kolonel Santiago Baluyot semakin menghampiri kem berkubu itu.

Penduduk kampung Labatan sebelum ini mencapai kata sepakat untuk meminta bantuan tentera mengusir pemberontak daripada mendirikan kem di kampung mereka. - AFP/Bernama



PASUKAN bomba Thai berusaha memadam kebakaran pasar raya yang terbakar setelah diletupkan oleh militan di Narathiwat, kelmarin. - AFP


NARATHIWAT 24 Okt. - Penyerang yang disyaki puak pemisah Islam membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang dan mencederakan 10 lagi dalam insiden tembakan dan letupan bom di selatan Thailand.

Dua askar renjer terbunuh malam tadi apabila sekumpulan lelaki bersenjata yang berpakaian seperti wanita dan menaiki tiga trak pikap melepaskan tembakan ke arah satu sekatan jalan raya.

Sejurus kemudian sebutir bom meletup di sebuah pasar raya berdekatan, disusuli dengan letupan bom kedua di sebuah pasar raya lain yang terletak kira-kira 300 meter jauhnya, mencetuskan kebakaran yang merebak ke rumah-rumah kedai dan mengambil masa tiga jam untuk dipadamkan.

Polis berkata, mayat seorang lelaki pemilik pasar raya pertama dan seorang guru wanita ditemui rentung di dalam premis itu manakala seorang budak lelaki dan ibu bapanya ditemui maut di pasar raya kedua.

Sepuluh orang lain cedera akibat kebakaran dalam serangan-serangan tersebut yang berlaku selang setengah jam.

Wilayah-wilayah di selatan Thailand bergolak sejak lebih lapan tahun lalu, menyebabkan lebih 4,800 orang terbunuh, termasuk penduduk Islam dan penganut agama Buddha.

Pada akhir bulan lepas, empat askar terbunuh dan seorang kanak-kanak cedera parah apabila lebih 12 penyerang yang disyaki puak pemisah menyerang sebuah sekolah di Narathiwat.

Guru yang bertugas di sekolah kerajaan kerap menjadi sasaran kerana mereka dilihat sebagai simbol kekuasaan kerajaan dan simbol sistem pendidikan yang didakwa sebagai usaha Bangkok untuk memaksa penduduk Islam menerima budaya Buddha. - AFP

This summary is not available. Please click here to view the post.

7 maut serangan di Thailand


SEBUAH  pasar raya terbakar sejurus letupan bom di wilayah  Narathiwat, semalam.
SEBUAH pasar raya terbakar sejurus letupan bom di wilayah Narathiwat, semalam.
NARATHIWAT: Sekumpulan disyaki pemisah Islam menembak mati sekurang-kurangnya tujuh orang dalam siri tembakan dan serangan bom di selatan Thailand, kata polis semalam. 

Petang kelmarin, sekumpulan lelaki bersenjata yang memakai pakaian wanita dan menaiki tiga trak pikap, melepaskan tembakan di pusat pemeriksaan di Narathiwat yang membunuh dua anggota renjer.

Tidak lama selepas itu, sebutir bom meletup berhampiran pasar raya berhampiran, diikuti bom kedua di sebuah pasar raya lain yang terletak kira-kira 300 meter, menyebabkan kebakaran merebak ke rumah kedai dan mengambil masa tiga jam untuk dipadam.

Polis berkata, mereka menemui dua mayat rentung, seorang pemilik kedai lelaki dan seorang guru perempuan dalam kedai pertama, manakala mayat seorang budak lelaki dan ibu bapanya ditemui di dalam sebuah lagi kedai. 

Tujuh lagi mengalami kecederaan dalam serangan itu, yang berlaku dalam masa setengah jam, terbaru dalam siri peningkatan serangan oleh kumpulan pemisah. 

Wilayah paling selatan negara itu digegarkan dengan konflik sejak lapan tahun lalu yang sudah meragut lebih 4,800 nyawa penduduk Islam dan Buddha. 

Lewat bulan lalu, lebih 12 pemisah menyerang sekolah di Narathiwat, membunuh empat anggota tentera dan mencederakan seorang kanak-kanak. Guru yang bertugas di sekolah awam kerap menjadi sasaran kerana dilihat sebagai simbol kekuasaan kerajaan dan sistem pendidikan dilihat sebagai usaha Bangkok melaksanakan budaya Buddha. 

Penduduk di wilayah berkenaan merungut mengenai diskriminasi terhadap etnik Melayu Islam oleh pihak berkuasa di negara Buddha itu, termasuk dakwaan salah guna kuasa oleh tentera. – AFP 

Monday, October 24, 2011

This summary is not available. Please click here to view the post.

Thursday, October 20, 2011


MANILA: Tentera Filipina semalam menemui enam lagi mayat anggotanya yang terbunuh berikutan pertempuran dengan kumpulan pejuang pembebasan terbesar Filipina Selasa lalu.

Pertempuran dengan pejuang Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF)) itu meragut sekurang-kurangnya 25 nyawa.

Seorang tentera yang dilapor hilang diselamatkan lewat kelmarin dan seorang lagi ditemui awal semalam di laut berhampiran tempat kejadian selepas berenang ke arah sebuah penempatan tentera, kata jurucakap, Kolonel Antonio Parlade. - AP

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal