Bismillahirrahmanirrahim

Saturday, February 27, 2010

Sunday, February 21, 2010

PATTANI - Dua ketua militan utama di Yala cedera dalam insiden berbalas tembakan dengan askar kerajaan di selatan Thailand, kelmarin.

Dua suspek cedera itu dikenal pasti sebagai Nuruddinh Jagalakee dan Sayutee Alimama.

Timbalan Ketua Pasukan Tugas Khas 15, Apichai Ruang-rit berkata, pertempuran berlaku ketika askar mengepung sebuah rumah di perkampungan Pa Or dalam daerah Bannang Sata, dipercayai dijadikan markas pemberontak.

Lima askar berpakaian celoreng meluru masuk ke arah rumah itu walaupun diancam pemberontak supaya menghentikan serbuan.

Tindakan askar itu memaksa militan melepaskan tembakan sebelum kedua-dua pihak saling berbalas serangan.

Bagaimanapun, kumpulan pemberontak itu berjaya meloloskan diri, kata Apichai.

Thursday, February 18, 2010

12 cedera letupan depan penjara


PEGAWAI Polis Pattani menyiasat motosikal yang meletup di Pattani, semalam.

Bom dipercayai disembunyikan dalam tangki minyak motosikal

PATTANI: Sekurang-kurangnya 12 orang cedera apabila sebutir bom yang disembunyikan pada sebuah motosikal meletup di depan penjara pusat daerah Muang semalam, kata Ketua Polis Pattani, Kolonel Manas Sigsamat.

Saksi di tempat kejadian memberitahu polis, bahan letupan terbabit dipercayai disembunyikan di dalam tangki minyak motosikal yang diletakkan di tepi jalan di depan penjara itu dan meletup ketika kenderaan lalu-lalang.

Pasukan penyiasat polis yang pergi ke tempat kejadian, menemui sebutir lagi bom di dalam sebuah tin cat yang disembunyikan di dalam semak.

Mereka menemui 10 kilogram bahan letupan di dalam tin itu yang diaktifkan dari jarak jauh menggunakan telefon bimbit. Pasukan polis berjaya mematikan bom terbabit.

Semua 12 mangsa, dua parah, dikenal pasti sebagai Thiraphan Korkiatphithak, Nichart Korkiatphithak, Witthaya Jehheng, Yafad Ratchakij, Ror-eyesoh Duereh, Seksak Lamlae, Surin Waeni, Anurak Yingyuad, Affan Wanmad, Pimolrat Srihawong, Yutthana Surarak dan Esa Hayimasae.

Mereka kini dirawat di Hospital Pattani.

Polis menyalahkan kumpulan pemisah sebagai dalang kejadian itu.

Polis Yala berkata, empat pegawai kerajaan negeri cedera dalam tiga letupan bom berasingan di daerah Bannang Sata, awal semalam. Mereka turut menyalahkan kumpulan pemisah. �Agensi


PEGAWAI tentera menyiasat kawasan serangan bom motosikal di wilayah Pattani, semalam. - REUTERS


PATTANI 18 Feb. - Seramai 12 orang cedera dalam satu kejadian letupan bom berhampiran sebuah penjara di daerah Mueng di sini pagi ini.

Ketua Polis Mueng Pol, Kolonel Manus Siksamat berkata, pemberontak menyembunyikan bom seberat lima kilogram di sebuah motosikal yang diletakkan di luar penjara dan diletupkan menggunakan alat kawalan jauh apabila 12 orang awam terdiri daripada 10 lelaki dan dua wanita melintasi kawasan berkenaan pada pukul 7.45 pagi.

Polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui sebuah lagi bom seberat 10kg disembunyikan dalam semak kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian, katanya.

Lebih 3,800 orang terkorban dalam tempoh enam tahun lalu selepas puak pemisah melancarkan semula konflik bersenjata untuk mendapatkan kemerdekaan bagi tiga wilayah di Selatan Thailand iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat. - BERNAMA

Wednesday, February 17, 2010

MILF tolak tawaran Manila

MANILA: Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menolak tawaran damai terbaru Presiden Gloria Arroyo dan menganggap ia tidak wajar dipertimbangkan.
Perunding MILF, Mohagher Iqbal, berkata kemahuan mereka adalah mentadbir sebuah negeri yang dikawal sepenuhnya kumpulan itu.


“Kami tidak mahu menjadi tidak lebih daripada wakil Manila di selatan Filipina,” katanya semalam.


Melalui tawaran Manila itu, kerajaan menawarkan perkongsian kuasa dalam beberapa aspek, termasuk pungutan cukai dan kawalan sumber semula jadi.


Disebabkan itu, MILF menganggap tawaran berkenaan tiada bezanya daripada cadangan sebelum ini.


“Kerajaan akan terus mengawal hidup orang Islam di selatan Filipina,” katanya. Bagaimanapun, Mohagher mengakui MILF dan perunding kerajaan tetap mencari persefahaman.

Cuma, katanya, perjanjian itu mungkin tidak dapat ditandatangani sebelum Gloria menamatkan penggal pemerintahannya pada 30 Jun ini.


“Kemungkinan perjanjian dimuktamadkan sebelum Gloria berundur agak tipis,” katanya.


Gloria menandatangani gencatan senjata pada 2003 untuk membuka jalan rundingan damai. - AFP

MANILA: Gerila Islam berkata semalam mereka menolak tawaran autonomi terbaru kerajaan Filipina, menjadikannya sukar untuk menjalin apa-apa perjanjian damai sebelum Presiden Gloria Macapagal Arroyo meletak jawatan Jun ini.

Perunding kerajaan dan 11,000 anggota Barisan Pembebasan Islam Moro, yang berjuang mendapatkan pemerintahan sendiri di selatan Filipina selama berdekad lalu, bulan lalu memulakan semula rundingan selepas terhenti selama setahun.

Mahkamah Agung Filipina pada 2008 mengisytiharkan satu perjanjian damai awal sebagai tidak melanggar perlembagaan, menyebabkan pertempuran hebat yang mengorbankan beratus orang dan 750,000 penduduk kehilangan tempat tinggal. Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa melaporkan pertempuran itu reda Julai tahun lalu, namun kira-kira 100,000 orang masih kehilangan tempat tinggal. � AP


PASUKAN keselamatan Thailand memeriksa mayat dua anggota tentera yang terbunuh dalam pertempuran dengan puak pemberontak di selatan Thailand, kelmarin. - AFP


KUALA LUMPUR 17 Feb. - Dua kumpulan pemisah di selatan Thailand, Barisan Revolusi Nasional (BRN-C) dan Pertubuhan Pembebasan Pattani Bersatu (PULO) bersedia berbincang dengan Kerajaan Thailand bagi menamatkan konflik di wilayah berkenaan.

Jurucakap kumpulan tersebut berkata, dalam pertemuan antara pemimpin kedua-dua kumpulan baru-baru ini mereka mencapai kesepakatan untuk bekerjasama dalam meneruskan perjuangan sama ada melalui pendekatan militan atau politik.

''Keputusan berkenaan dibuat dalam perjumpaan khusus antara pemimpin BRN-C dan PULO yang turut dihadiri Naib Presiden PULO yang juga Ketua Bahagian Hal Ehwal Luar Negara PULO, Kasturi Mahkota,'' kata jurucakap itu dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia.

Persetujuan dua kumpulan ini dilihat mampu memberikan harapan kepada usaha bagi mewujudkan keamanan di selatan Thailand.

Dalam kenyataan itu juga, jurucakap tersebut berkata, kedua-dua kumpulan juga bersedia menerima siapa sahaja yang dilantik sebagai orang tengah bagi berunding dengan kerajaan Thailand, asalkan ia tidak lari daripada prinsip dan matlamat perjuangan mereka.

''Bagaimanapun berdasarkan kedudukan Malaysia yang unik dari segi sejarah antara penduduk dan hubungan baik antara kedua-dua kerajaan, maka harapan menuju perdamaian mungkin lebih mudah jika Malaysia menjadi orang tengah,'' katanya.

Jurucakap itu berkata, atas faktor-faktor keselamatan, BRN-C dan PULO meminta perbincangan dengan pihak kerajaan Thailand tidak diadakan di negara itu.

''BRN-C dan PULO berpendapat, kerajaan Thailand khususnya pihak tentera tidak boleh lagi berdolak-dalik di dalam usaha mencari penyelesaian konflik di selatan Thailand dan dunia tidak boleh menyalahkan puak pemisah sekiranya berlaku pergolakan yang berterusan,'' katanya.

BRN-C dan PULO juga melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang prihatin membantu menyelesaikan masalah di wilayah itu.

''Selain itu, kami tidak ada masalah dengan kumpulan pejuang lain kerana dasar serta matlamat adalah sama. Perjuangan akan diteruskan bagi mencari penyelesaian sehingga masalah mampu diatasi secara menyeluruh. Tindakan yang akan diambil bergantung kepada tindak balas kerajaan Thailand," kata jurucakap itu lagi. - Utusan

MANILA 17 Feb. - Pejuang Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menolak tawaran autonomi terbaru yang dikemukakan oleh kerajaan Filipina, sekali gus menjadikan sukar untuk mencapai sebarang perjanjian damai sebelum Presiden Gloria Macapagal Arroyo menamatkan perkhidmatan pada Jun ini.

Perunding kerajaan dan MILF yang mempunyai 11,000 anggota itu menyambung semula rundingan damai pada bulan lalu, setelah setahun proses damai tergendala.

Semasa rundingan anjuran Malaysia bulan lepas, perunding Manila menawarkan autonomi terhad yang sudah pun ditolak sebanyak dua kali oleh MILF kerana autonomi itu memberi mereka terlalu sedikit kuasa di wilayah yang terbatas, kata perunding MILF, Mohagher Iqbal.

MILF sebaliknya membentangkan draf perjanjian damai yang akan memberi penduduk Islam di selatan Filipina kuasa lebih besar di wilayah lebih luas yang termasuk dalam bidang kuasa kerajaan pusat di Manila, kata Iqbal.

Beliau memberi amaran, rundingan mungkin tergendala lagi jika kerajaan enggan berganjak daripada pendiriannya.

"Mereka akan terus menjadi raja dan kami akan menjadi rakyat mereka di bawah tawaran mereka itu. Kebuntuan akan berlaku jika mereka enggan berganjak," kata Iqbal.

Kebuntuan mungkin meresahkan lagi sesetengah komander MILF yang meragui faedah berunding dengan kerajaan dan mahu meneruskan pemberontakan bersenjata.

MILF yang kecewa dengan tawaran kerajaan itu menangguhkan pusingan rundingan selanjutnya yang dijadualkan di Malaysia pada minggu ini.

Perunding kerajaan, Rafael Seguis berkata, tawaran yang dikemukakannya kepada perunding MILF adalah 'langkah pembukaan konservatif' kerana pendirian kerajaan mesti mengikut undang-undang Filipina dan banyak tuntutan MILF akan memerlukan kelulusan undang-undang baru. - AP

Monday, February 15, 2010


SEORANG wanita dipercayai ibu mangsa diiringi ahli keluarganya melihat mayat anak perempuannya yang dipercayai dibunuh oleh puak pemisah di Narathiwat, selatan Thailand, semalam. - AFP


NARATHIWAT 15 Feb. - Empat orang ditembak mati dalam dua insiden di selatan Thailand sejak dua hari lalu, kedua-duanya melibatkan seorang wanita dan anak perempuannya.

Seorang wanita Islam dan anak perempuannya ditembak mati di sebuah kebun getah di wilayah Narathiwat hari ini, kata pegawai polis, Kapten Heraman Jaedee.

Katanya, wanita berkenaan telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa keselamatan dan mungkin dibunuh untuk menghalangnya daripada menyalurkan maklumat kepada mereka.

Dalam insiden semalam, seorang wanita beragama Buddha dan anak perempuannya berusia 14 tahun ditembak mati oleh penyerang berkenderaan ketika mereka menaiki motosikal untuk pulang ke rumah di wilayah Pattani, kata Kolonel Polis, Naraecha Suwanlapa.

Lebih 3,900 orang terbunuh dalam pergolakan di selatan Thai sejak enam tahun lalu.

Keganasan itu termasuk tembakan dari kenderaan, serangan bom dan kepala mangsa dipenggal.

Mangsa serangan selalunya terdiri daripada penduduk beragama Buddha dan Islam yang ada kaitan dengan kerajaan Thai, seperti anggota polis, askar, pegawai kerajaan dan guru.

Penempatan puluhan ribu anggota polis dan askar di bawah undang-undang keselamatan yang ketat belum dapat membendung keganasan tersebut.

Wilayah-wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat adalah sebahagian daripada sebuah kesultanan Melayu sebelum ditawan oleh Thailand seabad yang lalu. - Reuters

Friday, February 12, 2010

Rintihan Merentas Benua

Tuesday, February 9, 2010

Ketua daerah mati ditembak

BANGKOK: Kumpulan penyerang disyaki militan selatan Thailand membunuh seorang pegawai kerajaan dan seorang guru dalam serangan hendap terbaru di wilayah itu, semalam.

Polis menyatakan, ketua daerah Raman, Yala, berusia 41 tahun ditembak mati penyerang yang bersembunyi berhampiran rumahnya awal pagi semalam.

Mangsa ditembak di belakang rumahnya.

Mangsa kedua pula terkorban di Pattani selepas ditembak dua penunggang motosikal.


Guru berusia 51 tahun itu dilapor menaiki motosikal menuju ke rumahnya di Yala.

Mayatnya turut dibakar dan motosikalnya pula dicuri.

Sementara itu, dua sukarelawan pertahanan dilapor cedera parah selepas ditembak kumpulan penyerang berkereta di Pattani. Kedua-dua mangsa berusia 29 dan 35 tahun kini dilapor tenat.

Lebih 4,100 orang dilapor terbunuh sejak krisis keselamatan di wilayah itu bermula Januari 2004. - AFP

Saturday, February 6, 2010

2 lagi maut di Narathiwat


POLIS dan askar memeriksa mayat seorang lelaki disyaki pemisah selepas satu serbuan di Yala, wilayah selatan Thailand, semalam.

Dua kejadian babit keganasan bersenjata berlaku pada hari sama

NARATHIWAT: Seorang anggota tentera dan seorang suspek militan ditembak mati semalam dalam dua insiden berasingan di wilayah selatan Thailand yang bergolak sejak enam tahun lalu.

Polis berkata, militan berkenaan terbunuh dalam satu serbuan membabitkan 35 tentera ke atas sebuah rumah di wilayah Narathiwat pagi semalam.

Berikutan maklumat yang diterima daripada orang ramai, pasukan tentera berkenaan mengepung rumah terbabit dan menemui enam suspek militan di dalamnya.

Kedua-dua pihak berbalas tembakan selama 20 minit dan lima daripada suspek berjaya meloloskan diri. Seorang lelaki ditemui ditembak mati. Pihak tentera juga menemui peluru.

Dalam insiden lain pada tengah harinya, lima lelaki disyaki militan memakai pakaian wanita dan menaiki pikap menembak dua askar yang sedang mengawal di depan kedai runcit di Narathiwat.

Seorang daripada askar itu terbunuh manakala seorang lagi cedera.

Lebih 4,100 orang - sama ada penganut Buddha atau Muslim - terbunuh dan beberapa ribu lagi cedera dalam pemberontakan dilancarkan kumpulan pemisah di kawasan majoriti Muslim selatan Thailand sejak enam tahun lalu.

Tiada kumpulan pernah mengaku bertanggungjawab atas pemberontakan di rantau itu di mana majoriti penduduknya bercakap dialek Melayu sebagai bahasa pertama dan sekian lama mengadu dianaktirikan, terutama dari segi pendidikan dan peluang pekerjaan. - AFP

Monday, February 1, 2010

MANILA: Filipina menawarkan kuasa autonomi lebih luas kepada pemisah Islam di selatan negara itu dengan harapan perjanjian perdamaian dapat menamatkan pemberontakan 40 tahun di situ, kata ketua perunding kerajaan, semalam.

Annabelle Abaya berkata, tawaran baru itu mampu meyakinkan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menandatangani perjanjian damai sebelum presiden baru Filipina mengangkat sumpah 20 Jun ini.

“Melalui autonomi lebih luas ini, presiden menawarkan perkongsian kuasa,” katanya kepada media.

Perkongsian kuasa dengan penduduk Islam termasuklah aktiviti pungutan cukai dan kawalan sumber alam semula jadi di selatan Filipina.

Tawaran itu dibuat minggu lalu di Kuala Lumpur ketika wakil MILF dan Manila bertemu dalam perjumpaan rasmi pertama sejak 2008.

Draf awal yang hampir dipersetujui dua tahun lalu dibatalkan Mahkamah Agung kerana dianggap bercanggah dengan Perlembagaan.

Annabelle berkata, tawaran terbaru kerajaan bukan bermaksud memecah-belahkan Filipina serta tidak memerlukan pindaan perlembagaan.

Sementara itu, minggu lalu MILF berkata, mereka menamatkan rundingan dengan Manila selepas kerajaan tidak menawarkan sesuatu yang baru untuk mereka.

Bagaimanapun, MILF mengesahkan rundingan akan disambung semula 18 Februari ini. Annabell berkata, 80 peratus cadangan MILF boleh dipenuhi melalui cadangan baru itu. - AFP

MANILA: Filipina menawarkan 'autonomi tambahan' kepada pemisah Islam dengan harapan dapat memeterai perjanjian damai bagi menamatkan pemberontakan 40 tahun di selatan negara itu, kata ketua perunding kerajaan, di sini semalam.

Annabelle Abaya berkata, kerajaan berharap tawaran baru itu akan meyakinkan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) untuk menandatangani perjanjian damai sebelum presiden baru Filipina mengangkat sumpah jawatan pada 30 Jun depan.

"Dalam autonomi tambahan itu, presiden menawarkan perkongsian kuasa," kata Abaya kepada media.

Perkongsian kuasa dengan minoriti besar Islam akan meliputi aspek seperti kutipan cukai dan kawalan sumber asli di kawasan selatan yang dianggap penduduk Islam Filipina adalah warisan nenek moyang mereka.

Tawaran itu dibuat di Malaysia minggu lalu apabila MILF dan panel kerajaan bertemu di Kuala Lumpur dalam rundingan damai rasmi pertama sejak pemberontakan meletus pada 2008 berhubung satu draf perjanjian damai yang gagal.

Draf awal itu dimansuhkan oleh Mahkamah Agung, yang memutuskan ia tidak mengikut Perlembagaan.

Abaya menegaskan, tawaran baru kerajaan tidak bertujuan 'memecahbelahkan' negara dan tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan.

MILF, dalam satu kenyataan dikeluarkan hujung minggu, pula berkata Manila 'tidak membuat apa-apa tawaran baru' dan hasilnya mereka mengambil keputusan minggu lalu untuk tidak meneruskan pusingan akhir rundingan.

Bagaimanapun, Abaya berkata, selepas pertukaran perjanjian draf itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk berunding dengan pemimpin akar umbi di tanah air sebelum meneruskan rundingan.

"Ini adalah deraf pertama. Dalam draf pertama, anda biasanya menetapkan pendirian dan kemudian menukar kedudukan bergantung apa yang difikirkan pihak satu lagi," katanya.

MILF mengesahkan hujung minggu bahawa rundingan damai akan diteruskan di Kuala Lumpur pada 18 Februari.

Abaya berkata, draf pertama memfokuskan langkah yang 'dipersetujui' presiden serta cadangan yang boleh dibangkitkan dalam perundangan.

Beliau juga berkata pendirian kedua-dua pihak tidak jauh berbeza. "Lapan puluh peratus apa yang dicadangkan MILF boleh dimasukkan dalam cadangan panel kerajaan," katanya.

Presiden Gloria Arroyo membuka rundingan damai dengan MILF yang mempunyai anggota seramai 12,000 orang pada 2001 dalam usaha menamatkan perang pemisahan berdarah di pulau bergolak kaya mineral, Mindanao. � AFP

Autonomi baru MILF



Annabelle Abaya


MANILA 1 Feb. – Filipina menawarkan ‘autonomi yang dipertingkatkan’ kepada puak pemisah Islam di selatan negara ini dengan harapan untuk memeteraikan perjanjian damai bagi menamatkan pemberontakan yang berlarutan selama 40 tahun.

Ketua perunding kerajaan Filipina, Annabelle Abaya (gambar) hari ini berkata, Manila berharap tawaran terbaru itu akan meyakinkan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) supaya menandatangani perjanjian damai sebelum Presiden baru Filipina mengangkat sumpah pada 30 Jun ini.

“Presiden menawarkan perkongsian kuasa di bawah sistem autonomi yang dipertingkatkan,” kata Abaya.

Perkongsian kuasa dengan masyarakat Islam minoriti akan meliputi bidang seperti pengutipan cukai dan kawalan ke atas sumber asli di kawasan selatan Filipina yang dituntut oleh penduduk Islam negara ini sebagai tanah nenek moyang mereka.

Tawaran tersebut dibuat di Malaysia minggu lepas semasa panel-panel perunding MILF dan kerajaan Filipina bermesyuarat di Kuala Lumpur dalam rundingan damai rasmi yang pertama sejak pertempuran meletus pada 2008 berhubung draf perjanjian damai yang ditolak oleh Mahkamah Agung kerana disifatkan menyalahi perlembagaan.

Abaya menegaskan, tawaran terbaru kerajaan itu tidak bertujuan untuk ‘memecahbelahkan’ negara dan tidak memerlukan pindaan perlembagaan.

MILF dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata, kerajaan ‘tidak menawarkan sesuatu yang baru’ dan kerana itu mereka memutuskan untuk tidak meneruskan penyertaan dalam rundingan pusingan terbaru.

Bagaimanapun Abaya berkata, kedua-dua pihak selepas bertukar-tukar draf perjanjian bersetuju untuk berunding dengan penyokong masing-masing sebelum meneruskan rundingan.

MILF mengesahkan rundingan damai dijadual disambung semula di Kuala Lumpur pada 18 Februari ini.

Presiden Gloria Macapagal Arroyo melancarkan rundingan damai dengan MILF pada 2001 dalam usaha untuk menamatkan konflik pemisah di Pulau Mindanao yang sentiasa bergolak tetapi kaya dengan hasil galian.

Namun rundingan terhenti selepas Mahkamah Agung pada Ogos 2008 menolak draf perjanjian damai yang sepatutnya memberi kuasa kepada MILF ke atas banyak kawasan di selatan Filipina.

Hampir 400 orang terbunuh dan lebih 700,000 lagi terpaksa berpindah semasa kemuncak pertempuran berikutan keputusan mahkamah tersebut. Perjanjian gencatan senjata baru ditandatangani pada September lalu, membolehkan rundingan damai disambung semula. – AFP

Budak 6 tahun korban keganasan

YALA: Kumpulan disyaki pejuang pemisah menembak mati lima penduduk Islam, termasuk seorang budak lelaki berusia enam tahun.

Polis berkata, seorang lellaki berusia 45 tahun dan isteri, 39, ditembak dalam satu serangan hendap awal semalam ketika mereka dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah ladang getah di Pattani.

Dalam kejadian berasingan di wilayah sama, seorang budak berusia enam tahun dan ibu bapanya yang berusia 42 dan 50 tahun terbunuh selepas diserang ketika mereka membonceng motosikal.

Serangan itu juga menyebabkan anak bongsu pasangan berkenaan cedera di kepala. Kanak-kanak itu kini dirawat di hospital.

Lebih 4,100 orang, baik yang beragama Islam mahupun Buddha, terbunuh dan beribu-ribu lagi cedera sejak gerakan pemisah bermula enam tahun lalu di selatan Thai, wilayah yang majoriti penduduknya beragama Islam dan keturunan Melayu. - AFP

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal