Bismillahirrahmanirrahim

Tuesday, August 11, 2009

Wakil OIC lawat selatan Thailand


BANGKOK - Perwakilan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang diwakili 42 duta negara anggotanya dan pihak media melawat tiga wilayah bergolak di selatan Thailand kelmarin.

Lawatan dua hari ke wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat itu bertujuan untuk memberi peluang kepada setiap duta melihat sendiri bagaimana cara kerajaan Thailand menangani masalah di selatan Thailand.

Semua perwakilan juga diberi penjelasan berhubung rancangan kerajaan meningkatkan kualiti hidup penduduk Islam tempatan dan merangsang ekonomi.

Menteri Luar Thailand, Kasit Piromya berkata, lawatan berkenaan menunjukkan dedikasi kerajaan terhadap isu yang menjadi perhatian itu.

"Tiada apa yang hendak kita sembunyikan dan kita mahu orang ramai melihat kerajaan Thailand bersungguh-sungguh untuk memulihkan keamanan di wilayah selatan dan meningkatkan taraf hidup penduduk," katanya.

Beliau berkata, wartawan dari negara-negara Islam juga dibenarkan membuat laporan dan memberikan penjelasan sebenar mengenai apa yang berlaku di wilayah itu.

Menurutnya, komuniti antarabangsa dan dunia Islam kini lebih faham dengan keikhlasan Thailand untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di ketiga-tiga wilayah itu.

Sementara itu, seorang pegawai perisikan Thailand yang bertugas di wilayah selatan menyifatkan kekacauan di sana lebih buruk daripada gerakan penentangan komunis yang berlaku kira-kira dua dekad lalu.

1 ulasan:

anakbukitgantang said...

alhamduliillah, semoga OIC letak prasyarat klu nak melabur di Tahiland kena pstikan sosio ekonomi umat Islam Thailand terjaga, kuasa politik autonomi diberikan, dan ugama Islam dinobatkan

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal