Bismillahirrahmanirrahim

Sunday, October 3, 2010

Filipina-MILF mula perhubungan

MANILA 3 Okt. - Sumber yang boleh dipercayai dan rapat dengan panel rundingan damai Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mendedahkan bahawa wakil Malaysia yang dipilih sebagai orang tengah, Datuk Othman Abdul Razak telah menghantar pegawai perhubungan menemui kedua-dua pihak.

Othman selaku Ketua Panel Perunding Damai antara Kerajaan Filipina Dengan MILF menghantar dua pegawai menemui Pengerusi panel damai kerajaan Filipina, Mavic Leonen dan Mohagher Iqbal yang dilantik semula sebagai pengerusi panel damai bagi pihak MILF.

Beliau yang merupakan bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri berbuat demikian selaras dengan pra-sambungan rundingan damai di Kuala Lumpur bagi membincangkan rundingan damai Kerajaan Republik Filipina (GRP)-MILF tajaan pentadbiran baru Presiden Benigno Aquino III.

Sumber menyifatkan pertemuan yang diatur itu sangat penting bagi melicinkan usaha menyambung semula rundingan damai, dengan menyatakan kedua-dua pihak tidak boleh datang ke Kuala Lumpur dan terus duduk berhadapan di meja rundingan tanpa menyelesaikan masalah antara mereka terlebih dahulu dalam satu pertemuan kecil.

Bagaimanapun, sumber itu tidak menyatakan bila pegawai perhubungan itu dihantar atau tarikh pertemuan pra-sambungan rundingan damai itu akan diadakan.

Mohagher pula gagal dihubungi bagi mendapatkan ulasan berhubung isu tersebut. - AGENSI

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal