Bismillahirrahmanirrahim
Monday, February 21, 2011
17 cedera dalam serangan pemisah di pusat karaoke, kedai urut
0 ulasan Dicatat oleh Adisarwajagat di 2:46 AMNARATHIWAT (Thailand): Seramai 17 orang cedera dalam insiden pemberontakan di selatan Thailand apabila pejuang pemisah melancarkan serangan bom tangan di sebuah pusat karaoke, selain turut meledakkan bom di kawasan berhampiran, kata polis, semalam.
Dua wanita cedera dalam serangan bom tangan M-79 itu di pusat hiburan di bandar Narathiwat malam semalam dan disusuli ledakan bom 25 minit kemudian di hadapan kedai urut kira-kira 100 meter mencederakan 15 orang lagi.
Kumpulan pemisah Islam melancarkan kempen pertumpahan darah di wilayah di selatan Thailand sejak awal 2004 dan menyebabkan 4,400 orang terkorban termasuk umat Islam dan penganut Buddha.
Label: Pattani
Sunday, February 20, 2011
Beliau berkata dua budak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan juga cedera dalam kejadian itu.
Serangan menyebabkan empat bangunan kedai dan puluhan kenderaan termasuk motosikal dan trak yang diletakkan berhampiran rosak teruk.
Serangan ini adalah yang kedua dalam tempoh seminggu di wilayah bergolak selatan Thailand. Pada 13 Februari lalu, sebutir bom yang disembunyikan di dalam sebuah kereta meletup di Yala, menyebabkan 18 orang cedera manakala beberapa bangunan juga terbakar.
Kempen pemisah di wilayah bergolak di selatan Thailand yang bermula sejak 2004 sudah menyebabkan 4,400 orang Islam dan Buddha terbunuh.
Keganasan bagaimanapun dilaporkan semakin meningkat sejak kebelakangan ini, antaranya termasuk serangan bom yang menyebabkan sembilan orang terbunuh di Yala bulan lalu dan serangan ke atas sebuah pangkalan tentera mengakibatkan empat askar maut. – AFP
Label: Pattani
![]() |
Anggota daripada skuad bom Thailand memeriksa tempat kejadian sebuah kereta sarat dengan bom meletup yang dipasang oleh kumpulan pemisah Thailand di wilayah Narathiwat, di selatan negara itu, semalam. - AFP |
BANGKOK 20 Feb. - Penyerang tidak dikenali mengumpan polis dan orang ramai dengan melepaskan tembakan senjata api sebelum melancarkan serangan kedua menggunakan bom seberat 20kg yang menyebabkan 17 orang cedera teruk, termasuk anggota polis dan empat kanak-kanak di pusat bandar Narathiwat, malam tadi.
Gabenor Narathiwat Tanon Vechakornthanon berkata, penyerang yang menaiki sebuah motosikal melepaskan tembakan ke arah sebuah pusat karaoke pada pukul 7.30 malam dan kemudian meletupkan bom berkenaan dari jarak 100 meter apabila polis datang untuk menyiasat kes serangan pertama sambil dikerumuni orang ramai.
"Dua pekerja wanita cedera dalam serangan pertama, manakala 15 lagi cedera dalam serangan kedua," katanya tanpa memberi maklumat terperinci tentang mereka yang cedera.
Beliau berkata, bom buatan sendiri itu disembunyikan di dalam sebuah kereta yang diletakkan berhampiran tempat kejadian sebelum diletupkan dari jarak jauh menggunakan telefon bimbit.
Letupan itu turut memusnahkan empat rumah dan 12 kenderaan, katanya.
"Penyerang berniat mencetuskan keadaan huru-hara di bandar ini melalui serangan terancang dengan melepaskan tembakan pertama untuk menarik perhatian polis dan orang ramai, sebelum melancarkan serangan kedua," katanya. - BERNAMA
Label: Pattani
Monday, February 14, 2011
![]() YALA - Sembilan pemberontak ditahan kerana dipercayai terlibat dalam tragedi pengeboman kereta di Yala, Thailand, kelmarin. Kesemua suspek ditahan selepas selepas sekurang-kurangnya 300 polis peronda kawasan sempadan, polis daerah Yala serta pegawai Jabatan Pentadbiran Wilayah mengepung sepuluh kawasan di Tambon Lidol dan Tambon Yala di daerah Muang. Dalam operasi tiga jam bermula jam 6 pagi itu, sembilan suspek termasuk dua guru agama dari sebuah sekolah swasta dan sembilan remaja berjaya ditahan. Sekurang-kurangnya 18 orang cedera dalam letupan bom kereta yang menyebabkan kemusnahan akibat kebakaran yang dianggarkan bernilai 10 juta bath (RM992,850). |
Label: Pattani

BANGKOK - Seramai 18 anggota tentera dan orang awam cedera apabila bom buatan sendiri seberat 20 kilogram yang diletakkan dalam sebuah kenderaan pikap meletup di pusat bandar Yala, semalam.
Jurucakap polis Yala melaporkan tujuh daripada mereka cedera parah dan dimasukkan ke Hospital Yala, manakala yang lain hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama.
Pada masa ini, tidak dapat dipastikan jumlah sebenar anggota tentera dan orang awam yang cedera dalam kejadian pada jam 9.50 pagi waktu tempatan itu.
Siasatan awal berdasarkan kamera litar tertutup di kawasan itu menunjukkan seorang lelaki meletakkan pikapnya di pusat bandar pada kira-kira jam 7.30 pagi dan bom itu diletupkan menggunakan alat kawalan jauh apabila pasukan tentera melalui kawasan itu.
Letupan itu turut menyebabkan kebakaran yang memusnahkan 12 kedai kayu dengan kerugian kira-kira 10 juta Baht (RM990,000).
Label: Pattani
YALA: Sebuah kereta meletup di Yala, semalam, menyebabkan 18 orang cedera, termasuk empat tentera.
Pegawai polis tempatan berkata, kereta dipasang bom itu diletupkan di luar sebuah bank dan ia turut menyebabkan kebakaran memusnahkan kedai berhampiran.
“Bom dipasang dalam alat pemadam kebakaran yang ditinggalkan dalam lori pikap di depan sebuah kedai runcit berhampiran Bank Siam City,” katanya.
Daripada 18 mangsa cedera, empat adalah parah, termasuk tiga tentera Thailand.
Kumpulan pemberontak di kalangan penduduk Islam mula melancarkan kempen memerangi pihak berkuasa Thailand sejak awal 2004.
Lebih 4,000 orang terbunuh akibat konflik itu setakat ini.
Sejak akhir-akhir ini, keganasan di selatan Thailand meningkat dengan serangan berlaku hampir setiap hari.
Khamis lalu, tiga orang, termasuk seorang guru, ditembak mati dan mayat mereka dibakar di daerah Pattani. - AFP
Label: Pattani
Sunday, February 13, 2011
YALA: Sebutir bom kereta meletup di luar sebuah bank berdekatan beberapa kedai di wilayah selatan Thailand menyebabkan sekurang-kurangnya 18 orang cedera termasuk empat anggota tentera.
“Ia menyebabkan satu kebakaran di kedai berhampiran dan mencederakan kira-kira lapan orang.” Letupan itu menyebabkan kedai berdekatan terbakar. Empat daripada mangsa parah, tiga daripadanya anggota polis.
Selepas melihat rakaman kamera televisyen di kawasan kejadian menunjukkan seorang lelaki meletakkan traknya di tengah bandar itu sebelum 7.30 pagi waktu tempatan dan dipercayai meletupkan bom dari jauh ketika askar lalu.
Api hanya dapat dipadamkan selepas tiga jam. Kerosakan terhadap kedai dan tempat berdekatan dianggarkan menyebabkan kerugian 10 juta baht (RM990,906).
Pemisah melancarkan kempen keganasan di wilayah paling selatan Thailand sejak awal 2004, menyebabkan lebih 4,400 orang termasuk penduduk Islam dan Buddha menjadi korban dalam serangan hampir setiap hari.
Keganasan semakin meningkat sejak kebelakangan ini termasuk satu serangan bom di wilayah Yala yang membunuh sembilan penduduk kampung bulan lalu dan serangan bom berdarah luar biasa yang dilakukan militan seminggu sebelum itu terhadap sebuah kem tentera yang menyebabkan sekurang-kurangnya empat askar maut.
Khamis lalu, tiga orang termasuk seorang guru ditembak mati manakala mayat mereka dibakar berhampiran wilayah Pattani yang berjiran dalam satu siri serangan senjata di wilayah itu, minggu lalu. – AFP
Label: Pattani
![]() |
Pasukan keselamatan dan anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran bangunan kedai akibat letupan bom dalam sebuah trak di wilayah Yala, selatan Thai, semalam. - REUTERS |
YALA 13 Feb. - Satu letupan kenderaan yang menggegarkan selatan Thailand hari ini menyebabkan 18 orang cedera, termasuk empat anggota tentera.Insiden berlaku pada kira-kira pukul 9.30 pagi waktu tempatan (10.30 pagi waktu Malaysia) di Yala, satu daripada tiga wilayah bergolak di selatan negara ini yang diletakkan di bawah perintah darurat sejak 2005.
"Bom itu disembunyikan di dalam bekas pemadam api yang diletakkan di dalam sebuah trak yang diletakkan di hadapan sebuah kedai berhampiran Siam City Bank.
"Ia menyebabkan kedai itu terbakar dan mengakibatkan ramai yang cedera, termasuk empat orang yang parah," kata seorang pegawai polis tempatan.
Pemberontakan di selatan Thailand yang melancarkan kempen keganasan sejak 2004 telah mengorbankan lebih 4,000 orang.
Khamis lalu, tiga orang awam termasuk seorang guru ditembak mati dan mayat mereka dibakar di Pattani, wilayah berhampiran. - AFP
Label: Pattani
Friday, February 11, 2011
YALA: Tiga orang, termasuk seorang guru, ditembak mati dan mayat mereka dibakar, kata polis semalam
Menurut sumber polis, dua daripada mangsa adalah wanita.
Boontien Buphawas, 43, menjadi guru ke-139 dibunuh sepanjang tempoh tujuh tahun konflik di selatan Thailand itu.
Label: Pattani
Tuesday, February 8, 2011
MANILA: Kerajaan Filipina semalam berkata, rundingan dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) akan diteruskan.
Ketua perunding kerajaan, Marvic Leonen berkata, jawatankuasa rundingannya akan berlepas ke Kuala Lumpur untuk menghadiri rundingan dua hari itu yang akan bermula esok.
Leonen sebelum ini menyuarakan kebimbangan mengenai masa depan rundingan itu berikutan laporan perpecahan dalam MILF. - AFP
Label: MILF
Monday, February 7, 2011
This summary is not available. Please click here to view the post.
Label: MILF
Label: MILF
COTABATO 6 Feb. - Ketua perunding damai kerajaan Filipina, Marivic Leonen melahirkan kebimbangan dengan tindakan seorang komander kanan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) berpecah daripada pertubuhan pemisah itu sebelum rundingan damai dijadual bermula pada minggu depan.
Leonen hari ini memberi amaran, langkah Ameril Umbrakato untuk berpecah daripada MILF boleh menjejaskan rundingan antara kerajaan dengan kumpulan pemisah tersebut.
"Kerajaan memandang serius laporan mengenai pengunduran seorang komander MILF yang dikenali dan mengharapkan penjelasan daripada panel perunding damai MILF," kata Leonen dalam satu kenyataan.
Beliau yang dijadual menemui para perunding MILF mulai Rabu ini bagi melancarkan semula rundingan yang tergendala berkata, kerajaan mahu mencapai penyelesaian dengan MILF yang mempunyai 12,000 anggota itu 'secepat mungkin'.
Namun semalam, seorang pegawai kanan MILF mengesahkan, pertubuhan itu menghadapi pemberontakan yang mungkin serius di kalangan anggotanya selepas Umbrakato meninggalkan MILF tujuh bulan lalu membawa sekurang-kurangnya 1,000 pejuang bersenjata bersama-samanya.
Umbrakato adalah salah seorang komander MILF yang melanggar gencatan senjata pertubuhan itu dengan kerajaan Manila pada 2008 untuk melancarkan serangan maut ke atas perkampungan Kristian di selatan Filipina, menyebabkan hampir 400 orang terbunuh dan 70,000 melarikan diri.
Serangan itu membawa kepada pembekuan proses damai yang kini hendak dipulihkan berikutan pemilihan Presiden baru pada Mei lepas, Benigno Aquino yang telah merombak pasukan perunding damai kerajaan.
Baru-baru ini tersebar video menunjukkan Umbrakato mengumumkan beliau menubuhkan sebuah kumpulan bersenjata baru untuk meneruskan perjuangan bagi menegakkan sebuah negara Islam merdeka di selatan Filipina.
Tindakan Umbrakato itu ialah kes terbaru komander MILF tidak menghiraukan arahan daripada pucuk pimpinan pertubuhan pemisah tersebut. - AFP
Label: MILF
Sunday, February 6, 2011
This summary is not available. Please click here to view the post.
Label: MILF
Thursday, February 3, 2011
![]() |
Beberapa orang penduduk Buddha dari sebuah kampung di wilayah Pattani meratapi kematian rakan mereka dalam satu kejadian serangan ke atas sebuah kedai kopi di wilayah itu, semalam. – REUTERS |
YALA, Thailand 3 Feb. – Lima orang terbunuh, manakala tiga lagi cedera apabila sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah kedai kopi di Pattani, hari ini.
Menurut polis, penyerang yang bersenjatakan raifal automatik melepas tembakan ke arah sekumpulan orang yang berkumpul di hadapan kedai berkenaan untuk membeli keperluan harian.
‘‘Lima orang terbunuh di tempat kejadian, manakala tiga lagi cedera termasuk seorang cedera parah,’’ kata satu laporan polis.
Dalam kejadian berasingan, seorang penoreh getah ditemui mati dengan kesan dikelar di lehernya di daerah yang sama, pagi ini.
Polis berkata, lelaki berumur 49 tahun itu turut dipukul di kepala dengan senjata tumpul.
Keganasan di selatan negara ini, semakin meningkat, baru-baru ini dengan satu letupan bom berlaku di Yala mengakibatkan sembilan penduduk terbunuh minggu lepas dan serangan bersenjata ke atas pangkalan tentera pada dua minggu lepas menyebabkan empat askar mati.
Thailand melanjutkan perintah darurat di wilayah selatan pada 18 Januari lalu selama tiga minggu lalu, walaupun kumpulan hak asasi manusia melahirkan kebimbangan berhubung kuasa yang diberikan kepada pihak tentera. – AFP
Label: Pattani
MANILA 3 Feb. - Seramai 13 orang terbunuh dan beribu-ribu penduduk melarikan diri akibat pertempuran yang berpunca daripada perebutan tanah antara dua kumpulan pemisah Islam di selatan Filipina.
Pertempuran kecil diketuai oleh komander dua puak bertelagah di pulau Mindanao itu sudah berlarutan sejak beberapa minggu lalu, dengan pertempuran terbaru berlaku semalam, kata jurucakap tentera wilayah, Mejar Marlowe Patria, hari ini.
"Pada mulanya mereka menggertak satu sama lain tetapi pertempuran mula meletus pada 9 Januari.
"Pertempuran itu terhenti seketika sebelum tercetus semula, semalam" kata Patria.
Katanya, 13 orang daripada kedua-dua pihak terbunuh, manakala sembilan lagi cedera, sementara 800 keluarga terdiri daripada kira-kira 3,000 orang meninggalkan kawasan pertempuran dan kini mendapat perlindungan daripada kerajaan tempatan.
Perbalahan itu adalah antara seorang komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) iaitu kumpulan pemisah Islam yang berasal dari selatan negara ini, dengan seorang komander Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).
Jurucakap MILF, Mohager Iqbal berkata, dua komander tersebut bertempur kerana hendak merebut lebih 1,000 hektar tanah, dan para pemimpin kedua-dua puak cuba campur tangan untuk menghentikan keganasan.
"Bukan MNLF dan MILF yang berperang. Cuma antara sesetengah anggota MILF dengan beberapa anggota MNLF," kata Iqbal. - AFP
Label: MILF
Wednesday, February 2, 2011
YALA: Sekumpulan lelaki disyaki militan Islam menembak mati satu keluarga empat orang di kediaman mereka di selatan Thai, semalam.
Polis berkata, kumpulan berkenaan kemudian mencampakkan mayat mangsa yang beragama Buddha di kawasan hutan.
Mayat lelaki berusia 43 tahun, isteri berumur 33 tahun. anak perempuan mereka berusia 16 tahun dan anak lelaki, tujuh tahun, ditemui di hutan berhampiran landasan kereta api di Yala.
Pegawai kanan polis, Mejar Jeneral Chote Chawalwiwat berkata, penduduk tempatan mendengar bunyi tembakan di rumah keluarga itu lewat kelmarin tetapi terlalu takut untuk keluar dan menyiasat.
“Mereka satu-satunya keluarga Buddha yang tinggal di kampung berkenaan. Militan terbabit mahu menakutkan dan mengusir semua penganut Buddha,” kata Chote.
Kumpulan militan Islam melancarkan kempen keganasan di selatan Thai sejak awal 2004, menyebabkan lebih 4,400 orang terbunuh, termasuk penduduk Islam dan Buddha.
Pertempuran dikatakan semakin meningkat baru-baru ini dengan serangan bom di Yala yang meragut sembilan nyawa penduduk kampung minggu lalu di samping serangan terhadap sebuah pangkalan tentera minggu sebelumnya yang menyebabkan sekurang-kurangnya empat anggota tentera terbunuh.
Thailand melanjutkan perintah berkurung pada 18 Januari lalu di kebanyakan wilayah yang mempunyai majoriti penduduk Islam selama tiga bulan lagi walaupun kumpulan hak asasi manusia menyuarakan kebimbangan terhadap kuasa yang diberikan kepada tentera. - AFP
Label: Pattani
Label: Pattani