Bismillahirrahmanirrahim

Wednesday, October 28, 2009

YALA: Kumpulan pemisah disyaki menembak mati empat orang awam di selatan Thai, semalam.

Kejadian berlaku sehari selepas Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva menyatakan sokongan terhadap rancangan untuk memberi lebih banyak autonomi kepada penduduk wilayah berkenaan.

Dalam kejadian pertama, penyerang menyerbu sebuah kedai membaiki motosikal di Pattani dan menembak mati seorang lelaki Buddha sebelum membakar mayatnya.

Dua lelaki Buddha dan seorang Islam yang dipercayai pengintip kerajaan, ditembak dalam kejadian berasingan.

Lebih 3,900 orang terbunuh dalam keganasan yang melanda wilayah itu sejak ia meletus pada awal 2004. - AP

This summary is not available. Please click here to view the post.

Manila, MILF meterai perjanjian

MANILA: Kerajaan Filipina dan sebahagian besar kumpulan pemisah Muslim menandatangani perjanjian memberi jaminan supaya tidak mensasarkan orang awam dan melindungi sekolah serta hospital, satu petunjuk hubungan pulih selepas bertahun terbabit dalam konflik.

Perjanjian yang ditandatangani di Kuala Lumpur itu mensasarkan untuk mengelak penderitaan besar-besaran orang awam di selatan Filipina, di mana beratus terbunuh dan lebih setengah juta orang kehilangan tempat tinggal ketika rundingan damai gagal tahun lalu.

“Tindakan selanjutnya yang lebih logik ialah meneruskan rundingan damai,” kata Eid Kabalu, jurucakap Barisan Pembebasan Hadapan Islam Moro (MILF), yang berjuang untuk pemerintahan autonomi di selatan negara itu yang dikuasai penduduk beragama Kristian.

Kedua-dua pihak akan membincangkan langkah menguatkuasakan perjanjian sebaik saja rundingan rasmi diteruskan hujung tahun ini, termasuk pemantauan antarabangsa, kata perunding kerajaan Rafael Seguis.


“Ia mensasarkan menghalang jumlah kehilangan tempat tinggal penduduk secara besar-besaran,” katanya.

Ramai penduduk awam kehilangan tempat tinggal akibat konflik yang meragut sekurang-kurangnya 120,000 nyawa sejak 1970-an.

Dalam perjanjian yang ditandatangani kelmarin, kedua-dua pihak komited untuk tidak mensasarkan orang awam, selain “sekolah, hospital, premis agama, pusat kesihatan dan pengagihan makanan atau operasi bantuan.” Mereka juga bersetuju untuk tidak menghalang kemasukan bantuan makanan dan barangan bantuan lain.

Rundingan damai gagal Ogos tahun lalu apabila Mahkamah Tinggi mengisytiharkan satu perjanjian awal tidak mengikut perlembagaan berhubung satu rantau autonomi Islam.

Satu serbuan maut oleh tiga komander pemisah yang kecewa dengan perjanjian gagal itu mencetuskan berbulan pertempuran yang mengorbankan beratus orang awam serta memaksa lebih setengah juta penduduk melarikan diri dari tempat kediaman. Kebanyakannya sudah kembali ke rumah asal. - AP

Konflik selatan Thai: 5 maut

YALA: Tiga penduduk kampung maut dipercayai ditembak militan di Pattani, semalam, manakala seorang anggota polis dan lelaki bersenjata terbunuh dalam pertempuran di wilayah itu.

Kejadian pertama membabitkan lelaki berusia 19 dan 46 tahun yang ditembak empat lelaki yang menaiki dua motosikal.

Dalam kejadian lain, seorang lelaki 29 tahun - disyaki militan - dan seorang pengawal sempadan maut selepas berbalas tembakan malam kelmarin.

Seorang lelaki Islam berusia 23 tahun pula ditembak mati pemberontak ketika menaiki motosikal. - AFP

Wednesday, October 21, 2009

MANILA: Bekas pemimpin Filipina, Joseph Estrada semalam berikrar untuk melancarkan perang habis-habisan terhadap pejuang kemerdekaan Islam dan pemberontakan komunis negara itu jika dipilih menjadi presiden tahun depan.

Bekas bintang filem berusia 72 tahun itu yang akan melancarkan secara rasmi kempennya untuk pilihan raya presiden hari ini berkata, masalah ekonomi yang dihadapi Filipina akan dapat diatasi dengan wujudnya keamanan.

“Kita perlu mengisytiharkan perang habis-habisan untuk menangani pemberontakan bagi mewujudkan keamanan,” katanya ketika berucap pada forum antikemiskinan Pertubuhan Bang- sa-Bangsa Bersatu yang dihadiri calon pilihan raya itu. - Reuters


ESTRADA


MANILA - Bekas pemimpin Filipina, Joseph Estrada semalam berikrar untuk melancarkan perang habis-habisan terhadap gerila-gerila Islam dan pengganas komunis jika beliau menang pilihan raya presiden pada tahun depan.

Bekas bintang filem yang pernah dipenjarakan atas tuduhan rasuah itu menyatakan demikian sebelum dia secara rasmi melancarkan kempen untuk bertanding jawatan presiden hari ini.

Menurutnya, masalah ekonomi negara-negara Asia Tenggara boleh diatasi jika wujudnya keamanan.

"Kita terpaksa mengisytiharkan perang habis-habsian terhadap pemberontakan," kata Estrada yang berumur 72 tahun pada satu forum antikemiskinan anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Estrada menjadi presiden pada 1998 tetapi dipecat oleh Parlimen tiga tahun kemudian kerana dakwaan rasuah dan digantikan dengan Gloria Macapagal Arroyo.

Beliau terkenal dengan dasar keras terhadap pemberontak. Pada zaman pemerintahannya, pangkalan utama Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Pulau Mindanao pernah ditawan tentera.

Estrada kini berada di tempat ketiga dalam tinjauan pendapat terhadap calon pilihan raya presiden pada Mei 2010.

Anak lelaki Corazon Aquino, Benigno "Noynoy" Aquino kini mendahului Arroyo dan Estrada. - AFP

Monday, October 19, 2009

Polis jumpa motosikal gagal kesan bahan letupan

BANGKOK: Sekurang-kurangnya 24 orang cedera selepas sebutir bom diletupkan di sebuah pasar di wilayah selatan Thailand dipercayai oleh kumpulan pemisah, semalam.

Bahan letupan buatan sendiri itu disembunyikan pada sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan pasar makanan segar di bandar Yala, kata jurucakap tentera, Kolonel Parinya Chaidilok.

"Tiga anggota tentera yang melakukan rondaan di kawasan terbabit juga cedera dalam kejadian letupan awal pagi.

"Polis percaya, bahan letupan itu seberat tujuh hingga 10 kilogram dan sedang menyiasat sama ada telefon bimbit digunakan untuk menghantar isyarat supaya meletup," katanya.

Saksi berkata, dua lelaki berusia 30 dan 35 tahun memakai kemeja-T dan topi hitam, meletakkan motosikal itu dekat tempat kejadian. Pemerintah tertinggi polis serantau, Leftenan Jeneral Pichit Wisaijorn menyalahkan pemisah atas keganasan terbaru itu.

"Kami terima maklumat supaya bersedia menghadapi letupan bom kereta, tetapi mereka gunakan motosikal," katanya.

Polis dilaporkan memeriksa motosikal berkenaan beberapa minit sebelum letupan berlaku, tetapi gagal mengesan bom itu.

Katanya, itu adalah kali keempat kawasan terbabit diserang.

Lebih 3,700 penduduk beragama Islam dan Buddha terbunuh sejak pemberontakan tercetus di tiga wilayah paling selatan Thailand mulai Januari 2004.

Wilayah terbabit, Narathiwat, Pattani dan Yala adalah kawasan majoriti penduduk Islam di negara yang dikuasai penganut Buddha.

Penduduk Islam di tiga wilayah itu sejak sekian lama mendakwa mereka dianiaya oleh kerajaan pusat. Kehadiran pengawal keselamatan secara besar-besaran di wilayah itu juga gagal menghentikan keganasan.

Malah, militan turut mensasarkan penduduk Buddha dan Islam yang didapati bekerja dengan kerajaan termasuk askar, polis dan penyampai maklumat. � AP



ZAMBOANGA - Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim kelmarin menggesa Amerika Syarikat (AS) membantu kumpulan itu mencapai perjanjian damai dengan kerajaan Filipina di Mindanao.

Beliau membuat gesaan itu selepas mengadakan pertemuan dengan Kuasa Usaha AS, Leslie Bassett pada Jumaat lalu di Kem Darapanan, Maguindanao.

Murad juga memberi penghargaan kepada AS dan Presiden Barack Obama atas komitmen tinggi ditunjukkan dalam menyokong proses damai dan penyelesaian konflik secara aman antara Manila dan MILF.

Naib Pengerusi MILF, Ghazali Jaafar berkata, Washington perlu memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan masalah akar umbi yang menyebabkan konflik sejak berpuluh-puluh tahun lalu di Mindanao.

"Kerajaan AS tahu mengenai latar belakang konflik ini di sudut sejarah dan undang-undang. Kami percaya Washington dapat membantu menghasilkan penyelesaian secara aman," katanya.

AS adalah negara penderma utama kepada kawasan-kawasan mundur di Mindanao.

Basset menerusi mesej disiarkan laman web MILF berkata, AS komited dalam menyokong proses damai di selatan Filipina dengan menyediakan lebih bantuan dan memainkan peranan utama yang lebih spesifik.

Pada tahun lalu, Duta AS, Kristie Kenney menemui Murad secara rahsia di Darapanan untuk menyatakan sokongan penuh AS ke atas MILF berhubung rundingan damai dengan Manila.

Murad menegaskan komitmen kumpulan itu untuk mencapai perjanjian damai dengan kerajaan pimpinan Presiden Gloria Macapagal Arroyo.

Namun, Manila menghentikan rundingan damai dengan MILF berikutan serangan kumpulan tersebut ke atas penduduk Kristian di Mindanao.

BANGKOK 19 Okt. - Pejuang pemisah Islam disyaki telah meletupkan sebutir bom di pasar awam di selatan Thailand hari ini, menyebabkan 24 orang cedera.

Bom buatan sendiri itu diletupkan dari sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran pasar basah di pusat bandar Yala, kata jurucakap tentera, Kolonel Parinya Chaidilok.

Tiga anggota tentera yang sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan turut cedera dalam kejadian yang berlaku awal pagi ini, katanya.

Kakitangan kerajaan termasuk tentera dan polis serta mereka yang disyaki penyalur maklumat di kalangan penganut Buddha dan penduduk Islam sering menjadi sasaran puak pemberontak. Malah orang awam juga turut menjadi sasaran.

Lebih 3,700 orang telah terbunuh di tiga wilayah selatan Thailand sejak kumpulan pemberontak melancarkan serangan pada Januari 2004.

Wilayah Narathiwat, Pattani dan Yala adalah kawasan majoriti penduduk Islam di negara yang didominasi oleh penganut Budha ini.

Kawalan keselamatan yang ketat baru-baru ini turut gagal menghentikan keganasan di wilayah bergolak itu. - AP

YALA 19 Okt. - Sebutir bom meletup di pasar yang penuh sesak di wilayah yang bergolak menyebabkan 25 orang termasuk tiga tentera cedera, lapor polis tempatan.

Bom yang disembunyikan di sebuah motosikal diletakkan di hadapan pasar di bandar Yala, meletup pukul 7.30 pagi tadi ketika ramai pelanggan sedang berbelanja barang keperluan.

Sumber hospital memaklumkan 13 daripadanya dimasukkan ke hospital dan seorang daripadanya parah. - AFP

MILF komited berdamai

ZAMBOANGA 18 Okt. - Para pemimpin Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menemui diplomat Amerika Syarikat (AS) untuk memberi jaminan mengenai komitmen kumpulan pemisah itu terhadap rundingan damai dengan kerajaan Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo.

Pertemuan antara Pengerusi MILF, Murad Ebrahim dengan kuasa usaha AS, Leslie Bassett berlangsung kelmarin di Darapanan, kem latihan utama MILF di wilayah Cotabato, Pulau Mindanao, menurut kenyataan MILF hari ini.

Jurucakap kedutaan AS, Rebecca Thompson mengesahkan pertemuan itu dengan berkata: "Puan Bassett menemui beberapa pemimpin dan pegawai di Cotabato dalam rangka lawatan rutin untuk mengetahui situasi di sana secara lebih dekat."

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Naib Pengerusi MILF, Ghazali Jaafar; ketua perunding damai Mohagher Iqbal dan lima pegawai kanan MILF yang lain, manakala delegasi AS termasuk tiga diplomat dari kedutaan AS di Manila selain Bassett.

Washington merupakan penyumbang utama bantuan ke kawasan penduduk Islam di Mindanao manakala pasukan tentera khas AS yang berpangkalan di pulau itu memberikan latihan dan maklumat perisikan kepada tentera Filipina yang memerangi puak militan.

"Kami percaya AS boleh banyak membantu usaha untuk menyelesaikan konflik secara aman," kata Ghazali kepada pihak AS, menurut kenyataan MILF itu.

Kerajaan Arroyo dan MILF yang mempunyai 12,000 anggota itu telah mengambil langkah berhati-hati ke arah menyambung semula rundingan damai rasmi sejak beberapa bulan lalu.

Rundingan itu terhenti tahun lepas selepas Mahkamah Agung Filipina menolak draf perjanjian yang dicadangkan oleh kerajaan untuk memberi MILF autonomi terhadap 'tanah warisan' mereka yang mencakupi lebih 700 pekan dan kampung di selatan negara ini.

Keputusan itu mendorong beberapa komander MILF dan pengikut mereka menyerang perkampungan pendatang Kristian di selatan Filipina, menyebabkan lebih 300 orang terbunuh dan sekitar 750,000 lagi melarikan diri.

MILF dan kerajaan Filipina menandatangani perjanjian gencatan senjata baru pada Julai lalu. - AFP

Wednesday, October 14, 2009

BANGKOK: Kerajaan Thailand melanjutkan undang-undang darurat di wilayah selatan negara itu untuk tempoh tiga bulan lagi, semalam.

Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva berkata, undang-undang itu akan kekal di Narathiwat, Pattani, Yala dan sebahagian Songkhla.

“Perintah darurat diperlukan di wilayah selatan tapi pelaksanaannya akan lebih telus,” kata Abhisit.

Pada masa sama, beliau turut mengumumkan penubuhan satu suruhanjaya khas menyiasat dakwaan anggota keselamatan menyalah guna kuasa di wilayah terbabit.


Beliau turut berkata, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dilaksana di Songkhla menggantikan undang-undang darurat bermula bulan depan.

“Jika lebih berkesan, ISA dilaksana di wilayah lain,” katanya. - AFP

MILF nafi culik paderi

This summary is not available. Please click here to view the post.

Monday, October 12, 2009

PATTANI: Penyerang tidak dikenali menembak mati tiga lelaki Muslim dalam serangan berasingan di wilayah selatan Thailand yang bergolak sejak kelmarin.

Dalam satu serangan di sini kelmarin seorang lelaki Muslim penternak lembu yang berusia 49 tahun, ditembak mati oleh penyerang yang didakwa pemberontak yang melalui kawasan itu menaiki sebuah trak pikap. Mangsa sedang bekerja di ladang itu ketika serangan berkenaan.

Pada malam hari ini seorang lelaki Muslim penyembelih daging berusia 36 tahun ditembak mati ketika sedang dalam perjalanan pulang menaiki motosikal di wilayah Yala, manakala seorang lagi lelaki berusia 37 tahun ditembak mati ketika dalam perjalanan ke sebuah kedai kopi di wilayah Narathiwat.

Seorang lelaki Muslim lain yang berkerja sebagai seorang pentadbir tempatan, cedera dalam satu insiden tembak lari di Pattani pada tengah hari Ahad.

Timbalan perdana menteri Thailand, Suthep Thaugsuban, melawat Yala semalam, diiringi panglima angkatan tentera Anupong Paochinda bagi mengumumkan rancangan Bangkok untuk membangunkan wilayah selatan yang bergolak sejak pemberontakan tercetus pada Januari 2004. - AFP

-------------------------------------------------------------------------------------------------

PATTANI: Tiga penduduk Islam mati ditembak dalam kejadian berasingan di selatan Thai, semalam.

Dalam satu kejadian di Pattani, seorang penternak lembu berusia 49 tahun ditembak oleh sekumpulan lelaki, dipercayai anggota pemisah yang menaiki pikap ketika bekerja di ladangnya.

Di Yala, seorang penjual daging berusia 36 tahun mati selepas ditembak ketika menunggang motosikal dalam perjalang pulang ke rumahnya.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 37 tahun ditembak ketika dalam perjalanan ke warung kopi di Narathiwat.

Seorang kakitangan kerajaan, juga beragama Islam cedera selepas ditembak di Pattani.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban berada di Yala semalam, bersama-sama ketua tentera, Anupong Paochinda untuk mengemukakan rancangan kerajaan bagi membangunan wilayah selatan negara itu. - AP

Tentera Thai serbu madrasah

60 pelajar, guru kena tahan untuk soal siasat

PATTANI: Pasukan keselamatan semalam menyerbu sebuah sekolah Islam di kawasan pemberontakan di selatan Thailand, dan menahan 60 pelajar serta dua guru agama untuk disoal siasat.

Menurut polis, serbuan itu dilakukan dua hari selepas sekumpulan pemberontak melepaskan tembakan terhadap barisan kenderaan yang membawa pegawai tertinggi kerajaan di kawasan berkenaan. Tiada sesiapa cedera atau terbunuh.


Lebih 3,700 orang terbunuh di tiga wilayah di selatan Thailand sejak tercetusnya pemberontakan pada Januari 2004. Wilayah berkenaan - Narathiwat, Pattani dan Yala - adalah kawasan majoriti penduduk Muslim di negara itu. Penduduk Muslim sudah lama mengadu mengenai diskriminasi oleh kerajaan pusat.

Semalam, kira-kira 200 anggota polis dan askar menahan 60 pelajar dan guru beragama Islam di Sekolah Saengtham Wittaya di daerah Bacho di Narathiwat, kata Kolonel Polis Chamlong Ngamnet.

“Kami menerima maklum balas bahawa ada pihak yang boleh memberi maklumat mengenai kejadian Sabtu lalu dan kejadian lain yang ada kaitan dengan pemberontakan,” kata Chamlong.

“Kami akan membebaskan mereka yang tidak terbabit. Kami hanya ingin menyoal mereka mengenai kegiatan terbaru di sekolah itu dan di kawasan berkenaan.”

Pihak tentera boleh menggeledah dan menahan suspek untuk disoal siasat selama 30 hari tanpa tuduhan di bawah perintah darurat yang dikuatkuasakan di wilayah berkenaan sejak Julai 2005.

Pemberontak berkenaan tidak membuat sebarang kenyataan awam secara rasmi tapi dikatakan berjuang untuk mendapatkan sebuah negeri berasingan bagi penduduk Muslim di wilayah berkenaan.

Kawasan itu pernah menjadi daerah kesultanan Islam sehingga diambil alih oleh Thailand pada awal abad ke-20.

Pasukan keselamatan sebesar 60,000 anggota pun gagal menamatkan keganasan di kawasan berkenaan setakat ini. Pihak militan menjadikan mereka yang bekerja dengan kerajaan sebagai sasaran, termasuk guru, askar, polis dan penyampai maklumat yang disyaki.

Mereka juga menyerang orang awam yang dipercayai bertujuan menakutkan masyarakat beragama Buddha. - AP

-------------------------------------------------------------------------------------------------

PATTANI 12 Okt. - Pasukan keselamatan Thailand menahan 60 pelajar dan guru agama untuk disoal siasat berhubung satu serbuan di sebuah madrasah di selatan Thai, hari ini.

Serbuan itu dilancarkan dua hari selepas sekumpulan lelaki yang disyaki puak pemisah melepaskan tembakan ke arah konvoi yang membawa seorang pegawai tinggi kerajaan di kawasan berhampiran.

Tiada sesiapa yang cedera atau terbunuh dalam serangan itu.

Dalam serbuan hari ini, 200 anggota polis dan askar menahan 60 guru dan pelajar di Sekolah Saengtham Wittaya, di daerah Bacho, wilayah Narathiwat, kata jurucakap polis, Kolonel Chamlong Ngamnet.

Menurut beliau, pihak polis mendapat maklumat bahawa sesetengah pelajar dan guru agama itu mempunyai maklumat mengenai serangan kelmarin dan selebihnya mungkin ada kaitan dengan puak pemisah.

"Kami akan membebaskan mereka yang tidak terlibat. Kami cuma mahu menyoal mereka tentang kegiatan di sekolah itu dan di kawasan berkenaan baru-baru ini," katanya.

Tentera Thailand dibenarkan memeriksa dan menahan suspek untuk disoal siasat selama 30 hari tanpa mendakwa mereka, di bawah undang-undang darurat yang dikuatkuasakan di tiga wilayah majoriti penduduk Islam, Narathiwat, Pattani dan Yala sejak Julai 2005. - AP

-------------------------------------------------------------------------------------------------

NARATHIWAT: Pasukan keselamatan menyerbu sebuah madrasah di sini semalam, menahan 60 pelajar dan guru untuk disoalsiasat.

Serbuan di daerah Bacho itu dilakukan dua hari selepas sekumpulan pejuang pemisah menyerang konvoi kereta membawa pegawai kanan kerajaan di kawasan berkenaan.

Serbuan terhadap Sekolah Saengtham Wittaya itu membabitkan 200 anggota polis dan tentera, kata jurucakap polis, Chamlong Ngamnet.

“Kami menerima maklumat bahawa ada beberapa pelajar dan guru sekolah berkenaan tahu mengenai kejadian Sabtu lalu dan ada di kalangan mereka mempunyai hubungan dengan gerakan pemisah,” katanya

Menurutnya, polis turut menemui buku mengenai serangan berani mati di sebuah bilik asrama berkenaan.

“Mereka yang tidak terbabit akan dibebaskan. Kami hanya mahu menyoalsiasat mengenai kegiatan terbaru mereka di sekolah dan di kawasan berkenaan,” katanya.

Kira-kira 3,700 orang terbunuh sejak keganasan meletus di Naratahiwat, Pattani dan Yala, tiga wilayah selatan Thai yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Penduduk Islam di wilayah berkenaan sejak sekian lama mengadu ditindas oleh Kerajaan Pusat yang dikuasai penganut Buddha.

Kehadiran 60,000 anggota keselamatan gagal mengekang keganasan yang mensasarkan pegawai kerajaan dan mereka yang disyaki menjadi tali barut pemerintah. - AFP

BANGKOK 12 Okt. — Thailand meminta Malaysia untuk meneruskan pelbagai programnya dalam membantu negara itu membawa keamanan, kestabilan dan kemakmuran di wilayah selatan negara itu yang bergolak.

Menteri Pertahanan Pravit Wongsuwan memberitahu Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Azizan Ariffin yang sedang melakukan lawatan ke negara itu, Thailand menghargai inisiatif 3E” (Pendidikan, Keusahawanan dan Pekerjaan) yang sedang dilaksanakan oleh Malaysia.

Pegawai Thailand dan Malaysia berkata, Pravit gembira dengan komitmen dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia dan angkatan tentera dalam hubungan dengan rakan Thailand mereka sejak 50 tahun lepas. - Bernama

Sunday, October 11, 2009

MANILA 10 Okt. - Ketua panel badan perunding Filipina yang menjalankan rundingan dengan pemberontak tempatan, meletak jawatan bagi membolehkannya bertanding dalam pilihan raya negara itu pada tahun depan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya hari ini, Avelino Razon, yang mengetuai usaha damai kerajaan dengan pemberontak komunis serta pejuang pemisah Islam, akan meletak jawatan pada minggu depan bagi membolehkan beliau bertanding jawatan Datuk Bandar Manila pada pilihan raya pada Mei tahun depan.

Presiden Gloria Macapagal Arroyo dilapor telah menerima peletakan jawatannya dan menamakan timbalannya, Nabil Tan sebagai individu bertanggungjawab mengetuai Pejabat Penasihat Presiden untuk Proses Perdamaian (OPAPP).

Razon mula memegang jawatan tersebut pada Januari lalu, namun beliau ketika itu turut membantu memulihkan semula proses damai dengan kumpulan pemisah Islam, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). - AFP

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal