Bismillahirrahmanirrahim
Friday, February 11, 2011
YALA: Tiga orang, termasuk seorang guru, ditembak mati dan mayat mereka dibakar, kata polis semalam
Menurut sumber polis, dua daripada mangsa adalah wanita.
Katanya, mangsa diserang pada malam kelmarin ketika dalam perjalanan pulang dari majlis membakar mayat di Pattani.
Boontien Buphawas, 43, menjadi guru ke-139 dibunuh sepanjang tempoh tujuh tahun konflik di selatan Thailand itu.
Di Narathiwat, seorang anggota polis berpangkat sarjan ditembak mati lelaki bermotosikal di depan sebuah masjid, manakala dua pemberontak terbunuh dalam pertempuran dengan anggota keselamatan.
Dalam kejadian di Yala, seorang sukarelawan keselamatan ditembak lelaki bermotosikal, juga malam kelmarin. - AFP
Label: Pattani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment