Bismillahirrahmanirrahim

Thursday, March 1, 2012


10 cedera dalam serangan bom tangan di Thai
BANGKOK - Sekurang-kurangnya 10 penduduk termasuk wanita dan seorang kanak-kanak di daerah Rueso di wilayah selatan Thailand cedera, semalam selepas dua remaja berpakaian seragam sekolah melemparkan bom tangan ke arah orang ramai di kawasan itu.

Menurut polis, kedua-dua suspek lelaki itu dipercayai menaiki motosikal semasa melakukan serangan tersebut.

“Dua mangsa dilaporkan cedera parah dalam kejadian itu,” kata jurucakap polis.

Keganasan semakin meningkat di wilayah Narathiwat, Pattani, Satun dan Yala yang mana majoritinya adalah penduduk Islam sejak Januari 2004 serta lebih 5,200 nyawa terkorban sehingga kini.

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal