Bismillahirrahmanirrahim

Thursday, February 12, 2009

Enam terbunuh di selatan Thailand


TENTERA Thailand memeriksa lokasi letupan bom yang membunuh tiga polis, di Pattani semalam.

PATTANI: Pemisah di selatan Thailand membunuh tiga anggota polis semalam dalam pengeboman tepi jalan, beberapa jam selepas tiga lelaki lagi maut dalam kejadian tembakan sambil lalu, kata polis.

Anggota polis berkenaan mengiringi guru ke tempat kerja dalam trak pikap di Pattani apabila pemisah menghidupkan bom. Tiga terbunuh dan seorang lagi cedera serius dalam letupan itu.

Di wilayah sama juga, timbalan ketua kampung beragama Islam berusia 40 tahun ditembak mati dalam serangan lewat kelmarin, sejurus selepas dua lelaki lagi, berusia 29 dan 45 tahun, ditembak mati di depan sebuah sekolah berdekatan.

Lebih 3,500 orang terbunuh sejak ketegangan meletus lima tahun lalu di selatan negara itu yang majoritinya penduduk Islam. Sekolah dan guru kerap menjadi sasaran kerana militan melihat sistem pendidikan Bangkok menerapkan budaya Buddha ke atas penduduk etnik Melayu di wilayah berkenaan. - AFP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal