Bismillahirrahmanirrahim

Monday, May 16, 2011

2 sami Buddha mangsa terbaru pemisah

YALA: Letupan kuat bom di tepi jalan membunuh dua sami Buddha dan mencederakan dua anggota tentera di wilayah selatan Thailand, semalam, kata polis dalam serangan terbaru di wilayah yang menjadi sasaran kumpulan pemisah sejak tujuh tahun lalu.

Bom itu disembunyikan dalam longkang di wilayah Yala di sempadan Malaysia dan meletup sebaik trak pikap yang dinaiki dua sami itu melalui kawasan berkenaan. Letupan itu menyebabkan kenderaan dinaiki mereka bergolek sejauh 10 meter dan turut mencederakan dua anggota tentera yang ditugaskan melindungi dua sami terbabit daripada serangan kumpulan pemisah. Polis berkata, bom itu dibuat daripada bahan letupan yang dimasukkan ke dalam tong gas dan seberat 20 kilogram.


Insiden keganasan di Yala, Narathiwat dan Pattani semakin meningkat tahun ini. Serangan termasuk letupan bom, cubaan membunuh gabenor wilayah dan serangan bersenjata ke atas berek tentera. Sasaran utama kumpulan pemisah adalah pasukan keselamatan dan kakitangan kerajaan walaupun sami Buddha turut dibunuh. Kejadian itu menunjukkan ketegangan yang berlaku antara umat Islam dan golongan minoriti penganut Buddha di wilayah berkenaan. - Reuters

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal