Bismillahirrahmanirrahim

Monday, May 2, 2011

Selatan Thai berdarah lagi



YALA - Dua renjer tentera maut manakala sembilan yang lain cedera dalam dua serangan bom berasingan di selatan Thailand yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan pemisah negara itu, kelmarin.

Menurut pihak berkuasa, sebutir bom meletup dan mencederakan empat pegawai renjer yang sedang melakukan rondaan di wilayah Yala manakala bom kedua meletup hanya satu kilometer dari lokasi serangan pertama sehingga membunuh dua renjer dan mencederakan lima yang lain.

Keganasan terbaru itu berlaku semasa Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat wilayah Narathiwat yang terletak berhampiran Yala bagi mempengerusikan satu mesyuarat pembangunan.

Selatan Thailand yang bersempadan dengan Malaysia adalah antara kawasan paling bergolak di Asia Tenggara sejak kumpulan pemisah bangkit menuntut kuasa autonomi bermula Januari 2004.

Keganasan di wilayah itu sehingga kini telah membunuh 4,500 orang.

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal