Bismillahirrahmanirrahim

Thursday, April 28, 2011

Kerajaan Filipina, pemisah bertemu di KL

MANILA: Kerajaan Filipina dan bekas kumpulan pemisah Filipina–Islam menjadualkan pertemuan mereka di Kuala Lumpur semalam dan hari ini, kata sumber kerajaan dan pemisah.

Orang tengah dari Malaysia, Datuk Othman Abd Razzaq, memaklumkan kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) rundingan diadakan pada 27-28 April, kata Luwaran, laman web MILF.

MILF katanya bersedia menghadapi rundingan itu. Bagaimanapun, Pejabat Penasihat Presiden berhubung Proses Damai (OPAP) berkata MILF sudah menghantar satu draf cadangan kepada kerajaan Filipina ketika rundingan di Malaysia pada 9-10 Februari lalu.
Draf MILF yang mengandungi pendiriannya berhubung isu utama, tidak dianggap sebagai satu draf kerja untuk rundingan namun sebagai satu kertas yang perlu diperjelaskan, kata OPAP.

Tambahan pula, kerajaan Filipina akan terus menimbulkan kebimbangan berhubung komander MILF, Amiril Umbra Kato, yang berpecah dan membentuk tentera pemberontak bersenjatanya sendiri, Tentera Islam Bersenjata Bangsamoro (BIAF), kata ketua perunding kerajaan Filipina Marvic Leonen.

MILF menganggap Kato sebagai satu masalah dalaman, namun kerajaan Filipina mahukan resolusi masalah MILF dan Kato sebagai ”‘telus dan bertanggungjawab terhadap cadangan yang kami beri dalam meja rundingan,” tingkah Leonen.

Sementara itu, Luwaran, memberi bayangan Kato sudah tidak lagi mengaitkan dirinya dengan BIAF.
Bravo Macaapar, seorang daripada tiga komander MILF sebelum itu dikaitkan dengan Kato, menghantar seorang wakil dan menggesa Kato “kembali kepada BIAF”, ketika satu pertemuan di kawasan pergunungan Maguindanao pada 22 April lalu, kata Luwaran.

Dalam satu pertemuan dengan Kato dan leftenannya, wakil Macapaar, Khalid Al Haj bercakap masalah sebenar antara anggota utama MILF dan pemimpin pembelot, kata Luwaran, menambah pertemuan itu tidak diluluskan Jawatankuasa pusat MILF. – Agensi

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal