Bismillahirrahmanirrahim

Friday, January 2, 2009

Sultan tanpa takhta di Palembang

JAKARTA - Sehingga kini, terdapat 150 buah kerajaan di Indonesia yang dipimpin secara tidak rasmi oleh sultan-sultan, lapor sebuah akhbar semalam.

Antara pemerintah kerajaan tidak rasmi itu ialah Sultan Palembang Darussalam, Sultan Iskandar Mahmud Badaruddin yang masih mempunyai istananya tersendiri.

Istananya terletak di Jalan Terpedom Palembang, dan sultan yang berusia 42 tahun itu hidup bebas tanpa peraturan ketat diraja.

Para tetamu keluar masuk ke istana dan tidak ada kawalan khusus atau tentera yang berkawal.

Mereka yang memasuki istana itu akan duduk di tepi singgahsana sultan.

"Saya hanya ingin memikirkan kemajuan rakyat Palembang, melestarikan budaya kita dan memperkenalkannya hingga ke luar negara," katanya yang berpakaian seperti orang biasa tetapi berambut panjang.

Iskandar dilantik menjadi sultan oleh Himpunan Zuriat Kesultanan Palembang Darussalam dan Ketua Asosiasi Kerajaan dan Kesultanan Indonesia pada 19 Novermber 2006.

Pendapatannya diperoleh menerusi tiga buah syarikat yang menjadi miliknya iaitu PT Kelantan Sakti, PT Adi Pratama, dan PT Gerindro Utama Mandiri.

Beliau yang sudah beristeri dan mempunyai empat orang anak rajin berkunjung ke daerah Palembang bagi meningkatkan ekonomi para petani.

Menurutnya, beliau pernah ditawarkan untuk bertanding dalam pilihan raya oleh Parti Golkar tetapi menolaknya kerana mahu menumpukan perhatian kepada kemajuan penduduk di wilayahnya. - Agensi

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal