Bismillahirrahmanirrahim

Tuesday, January 6, 2009

Lima korban terbaru di selatan Thai

NARATHIWAT 6 Jan. - Kumpulan pemisah menembak mati lima penduduk selatan Thai semalam sewaktu wilayah bergolak itu menyambut ulang tahun kelima gelombang keganasan yang meragut lebih 3,500 nyawa, kelmarin.

Menurut polis, beberapa lelaki yang dipercayai anggota pemisah menyerang sebuah pangkalan tentera di wilayah Pattani awal pagi ini dan mencetuskan pertempuran sekitar 10 minit.

Serangan itu menyebabkan seorang ranjer berusia 47 tahun terbunuh.

Dalam kejadian berasingan, seorang penduduk beragama Buddha ditembak mati oleh penyerang yang menaiki kereta.

Di wilayah Yala, seorang sukarelawan pertahanan beragama Islam ditembak mati dan dua lagi cedera dalam serangan yang juga dipercayai dilancarkan oleh kumpulan pemisah.

Sementara itu di Narathiwat, seorang anggota polis berpangkat sarjan ditembak mati dan seorang lagi cedera parah sewaktu bertempur dengan sekumpulan penyerang, pagi semalam.

Di wilayah yang sama, seorang penduduk Islam ditembak mati manakala isterinya cedera parah ketika diserang sewaktu mereka dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Pergolakan yang bermula sejak 4 Januari 2004 lalu tercetus berikutan kebangkitan semula kumpulan pemisah yang mahu memerdekakan tiga wilayah dominasi Islam di selatan negara ini.

- AFP

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal