Bismillahirrahmanirrahim

Tuesday, January 20, 2009

MANILA 20 Jan. - Pejuang Islam yang setia dengan kumpulan serantau Jemaah Islamiah (JI) berterusan lari ke selatan Filipina untuk bersembunyi, berlatih membuat bahan letupan dan mendapatkan pengalaman perang, kata penganalisis keselamatan serantau hari ini.

Kumpulan kecil warga Indonesia yang diketuai oleh dua suspek utama pengeboman Bali 2002 juga mahu mewujudkan markas di selatan Thailand, walaupun ia belum berjaya dilakukan setakat ini, kata badan pemikir keselamatan Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG), Sidney Jones.

"Ini kerana kuasa menolak adalah lebih kuat daripada kuasa menarik yang membawa mereka ke Mindanao," kata Jones kepada perwakilan media asing di sini.

Menurutnya, warga Indonesia, Malaysia dan Singapura yang bersembunyi di selatan Filipina adalah mereka yang lari dari pihak berkuasa di negara masing-masing.

Anggota baru itu tiba untuk mengadakan 'latihan kemahiran perang' katanya, dengan menjadikan konflik pemisahan di selatan Filipina yang telah berlarutan 40 tahun sebagai punca utama para pejuang Islam terus wujud di Pulau Mindanao.

"Selagi peperangan di selatan berlaku, selama itulah bilangan pejuang yang kecil akan terus berjuang di situ," kata Jones.

Pegawai keselamatan di Manila dan Jakarta percaya, sekurang-kurangnya 50 orang pejuang sedang bersembunyi di kawasan pemberontak di selatan Filipina, kebanyakannya warga Indonesia.

Jones berkata, JI yang bercita-cita untuk menubuhkan pemerintahan Khalifah Islam di Asia Tenggara telah dilemahkan berikutan penangkapan anggotanya di Indonesia dan kejayaan pihak berkuasa mematahkan rangkaiannya di Malaysia, Singapura dan Filipina, tetapi disebabkan dalang-dalangnya masih bebas menjadikan JI masih entiti yang sangat bahaya.

Menurutnya, pihak berkuasa mempunyai maklumat mengenai sekumpulan sedozen pejuang diketuai suspek pengebom Bali, Umar Patek dan Dulmatin sedang cuba menyusun semula rangkaian mereka dan mungkin telah memindahkan operasi ke selatan Thailand tetapi telah dinafikan oleh pejuang di sana.

"Pejuang Thailand memiliki orang- orang yang dilatih sendiri, berbahasa sama dan menunjukkan keupayaan tinggi untuk menambah baik bahan letupan mereka hanya menerusi pengalaman,'' tambah beliau. - Reuters

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal