Bismillahirrahmanirrahim

Wednesday, January 7, 2009

Lima maut keganasan di selatan Thailand

BANGKOK - Lima orang maut dalam keganasan berasingan yang tercetus antara kumpulan pejuang pemisah dan pasukan tentera kerajaan di wilayah selatan Thailand, kata polis, semalam.

Menurut polis, beberapa pejuang pemisah yang tidak diketahui jumlahnya menyerang pangkalan tentera di wilayah Pattani pada awal pagi semalam.

Dalam pertempuran bersenjata yang berlarutan selama 10 minit itu, seorang pegawai renjer terbunuh, kata polis.

Pada Ahad lalu di wilayah yang sama, seorang penganut Buddha ditembak mati dari sebuah kenderaan bergerak manakala di wilayah Yala kelmarin, seorang sukarelawan pertahanan Islam maut dan dua mangsa lain cedera ditembak pejuang pemisah.

Di wilayah Narathiwat, seorang anggota polis berpangkat sarjan maut ditembak dan seorang rakannya berada dalam parah dalam insiden berbalas tembakan dengan kumpulan pejuang pemisah kelmarin.

Sementara itu, seorang penganut Islam terbunuh dan isterinya cedera dalam satu serangan balas pada hari yang sama di Narathiwat.

Lebih 3,500 penduduk dibunuh sepanjang pergolakan berdarah di wilayah-wilayah selatan Thailand sejak lima tahun lalu.

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal