Bismillahirrahmanirrahim

Friday, December 18, 2009

Serangan bom di restoran Pattani

PATTANI - Seramai 13 orang cedera apabila sebutir bom meletup di sebuah restoran dalam daerah Muang, Pattani, kelmarin.

Mangsa terbunuh adalah lima askar renjer dan lapan penduduk awam, terdiri daripada enam lelaki dan tujuh wanita.

Semua mangsa dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan sejurus letupan berlaku sekitar tengah hari kelmarin.

Pasukan pemusnah bom yang memeriksa tempat kejadian berkata, bom tersebut diletakkan di dalam pasu di restoran berkenaan dan diletupkan menggunakan isyarat telefon bimbit ketika pelanggan sedang menikmati makan tengah hari.

Sementara itu, seorang sukarela pertahanan, Isho Jeni, 28, mati ditembak pada awal pagi kelmarin di daerah Yaring, Pattani ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Satu lagi serangan bom turut dilaporkan pada pagi kelmarin dalam wilayah sama dengan menyebabkan lima askar cedera.

Di Yala, laporan perisikan mendakwa seorang daripada tiga warga Thailand, yang disyaki pakar bom, ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia pada Isnin lalu.

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal