Bismillahirrahmanirrahim

Wednesday, December 30, 2009

Dua askar Thailand terbunuh




ANGGOTA keselamatan memeriksa kawasan berlakunya serangan bom tepi jalan yang mengorbankan dua askar kerajaan di wilayah Pattani, selatan Thailand, semalam.

Bom seberat 15 kilogram diletup dari jauh menggunakan telefon bimbit

YALA: Letupan bom tepi jalan membunuh dua askar dalam keganasan terbaru di selatan Thailand semalam ketika pihak berkuasa meningkatkan keselamatan menjelang sambutan tahun baru dan ulang tahun keenam pemberontakan di wilayah terbabit.

Letupan membabitkan sebuah trak membawa lima ahli pasukan renjer ketika mereka meronda di laluan yang digunakan guru di wilayah Pattani, satu daripada tiga wilayah bermasalah bersempadan dengan Malaysia.

Dua askar mati di tempat kejadian manakala tiga yang lain parah. Polis berkata bom terbabit mengandungi 15 kilogram bahan letupan dan diletupkan dari jauh menggunakan telefon bimbit.

Kabinet khas kerajaan Thailand bagi menangani pemberontakan mengadakan satu mesyuarat semalam berikutan kebimbangan militan meningkatkan serangan menjelang sambutan Tahun Baru.

"Pegawai keselamatan terbabit meningkatkan langkah keselamatan menjelang cuti sambutan Tahun Baru," kata ketua tentera, Jeneral Anupong Paojinda kepada pemberita selepas mesyuarat terbabit di Bangkok.

Anupong juga mempertahankan langkah baru kerajaan untuk mendaftar motosikal dan kenderaan dengan kod bar di selatan selepas beberapa pemiliknya didapati mendapati bahawa kenderaan mereka dipergunakan.

"Kenderaan banyak digunakan dalam serangan jadi kami mahu mengawal kenderaan secara berkesan di kawasan terbabit. Satu-satunya kumpulan yang tidak akan bersetuju dengan langkah itu adalah militan," katanya.

Lebih 4,000 penduduk dilaporkan terbunuh manakala beribu-ribu lagi cedera sejak pemberontakan tercetus pada Januari 2004 ketika militan menyerbu sebuah kem tentera di selatan negara itu yang membunuh empat askar. - AF

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal